Ada blogger buat isu ni ... Ada yang kecewa sebab widget FOLLOWER tu ilang .. ada yang bagi alternatif.. ada yang tak kisah .. ada yang kisah ..
Aku ?? Kisah tak ? Pergh.. siut.. aku kisah giler !! Walaupun angka yang tertera kat widget FOLLOWER aku tu 14 ribu lebih tapi yang masuk tak sampai pun suku kan ? Sekurangnya ada dari tak de kan ?
Jangan lupa.. itu adalah alternatif kepada sumber trafik.. sama gak bila blogger bermain SEO .. kalau takde isu panas , mana nak korek keyword keyword tertentu ? nak cerita pasal ayam jiran sebelah ke ?
Macam aku bagitau semalam , penyumbang trafik ke blog aku adalah dari blogspot sendiri .. Gamaknya dari mana tu ? Pastinya dari widget tu sendiri dan juga bloglist ...
Kemudian barulah FACEBOOK dan seterusnya blog blog rakan ... Kalau nak tau populariti sesuatu blog , mudah jer ... buat entri , pastu biarkan.. jangan beria nak promosi sana sini.. jangan nak tampal kat wall mana mana FB .. g masuk komen kat blog orang ..biar je gitu .. cuba lah buat ? Tngok.. apakah blog kita tu dikenali kerana entri kita yang kononnya berkualiti atau sememangnya mereka masuk kerana KITA sendiri ?
Seperkara lagi .. FOLLOWER adalah satu lambang kepada sesebuah blog .. Bukan mengejar populariti .. bukan mengejar kepuasan tetapi memberi semangat.. Bab trafik adalah salah sendiri ! Jika tau ramai follower , tingkatkan kualiti dan kuantiti entri .. Apa kes satu hari satu entri ? Apakah kita rasa kita cukup beri entri yang kenyang kepada minda pembaca ?
Kesimpulan .. FOLLOWER penting .. FOLLOWER juga membentuk imej blogger .. Lagi ramai FOLLOWER lagi berhati hati blogger tersebut .. Komen ? Komen tidak semestinya dari pembaca setia ...
Aku bukan menyokong mereka berblog semata mata mengumpul follower tetapi aku menegaskan FOLLOWER adalah penyumbang trafik yang tinggi .. jika entri kita tidak ada kaitan dengan SEO .. ..
FOLLOWER penting bagi aku ? Sekali lagi aku beritahu , Ya .. Tak kira di FACEBOOK , TWITTER mahupun blog sekali , mereka tetap FOLLOWER blog aku .. mereka bukan FOLLOW aku .. tapi blog aku.. Mereka baca bila ada masa .. Itu yang penting.. JANJI BACA .. KOMEN ? tak kisah ... hehehe..
Sama gak bila ada blogger terkejar kejar PR dan ALEXA .. sama jeer... tak yah pening pening ...
Dah baca ? Undi aku kat SINI