Apa itu blogger ? Kena tau di sini apa maksud sebenar blogger .. Sekarang ni ramai benar mengelarkan diri mereka blogger .. Asal bukak je blog , terus kata dia blogger .. Tapi diorng tau ke apa itu blogger ?
Merujuk pada wikipedia , ' A person who writes a blog, or weblog ' .. mudah je kan ? Seseorang yang menulis di blog ataupon weblog .. Ok.. cuba perhatikan semula blog blog korang .. Apakah kita layak digelar blogger .. Tak pasti ? Cuba cerminkan diri...
Aku puas dah cerminkan diri.. hehehe ... maka aku rasa la aku layak digelar blogger .. heehhe.. apa yang aku blog kan ? Pergh.. macam macam.. Macam macam adaaaa... sampai tak larat la nak baca .. haaa..
Ok.. ada pertanyaan dari seorang adik ni.. dia tanya aku camana nak jadi seorang blogger yang berjaya ... Hurm.. aku tak boleh nak bagi jawapan sebab aku bukanlah contoh yang terbaik untuk dikatakan blogger yang berjaya .. Takat masuk majalah 2 kali ada la.. hehe .. kat SINI dan SINI ..
Apa yang aku buat ialah rajin dan terus rajin mencari bahan.. buka mata .. berfikir dan berkongsi .. Bukan sekadar mengharapkan isu isu yang ada di dalam suratkhabar , television atau majalah yang sering aku buat dulu .. Aku perlu bergerak selangkah lagi ke depan bagi menyampaikan maklumat serta cerita cerita yang datangnya sendiri dari aku .. Barulah segar dari ladangkan ?
Blogger yang berjaya ialah blogger yang berjaya membuat pembacanya berfikir serta mendapat manafaat dari segala penyampaianya di dalam penulisan di blognya ..
Bagaimana ? Serupa juga kita nak menjadi pelajar yang cemerlang .. cara yang sama juga.. bukan sekadar mengelamun atau nganga depan blog atau blogwalking saja ...
Contoh blogger yang berjaya ? Ramai sebenarnya .. Biasanya penulisan mereka penuh dengan maklumat dan juga ilmu .. blog blog begini patut kita dekati dan contohi .. segalanya punya dalil dan rujukan.. bukan main sedap cakap ikut tekak ..
OK ? Semoga berjaya ... InsyaAllah ..