Baru lepas layan movie The Negotiator ( 1998 ) lakonan Samuel L. Jackson dan Kevin Spacey untuk kali yang entah ke berapa .. Filem ni , bagi aku sangat sangat best .. Walaupun sekadar filem namun aku boleh terapkan strategi yang mereka guna tu ke dalam blog aku ni .. dan ianya berkesan sekali ..
Berbalik pada entri aku nih .. hurm.. aku perasan ada blogger blogger baru ni sukar terima kenyataan tentang dunia blog ni.. Ada seolah olah rasa macam blog seseorang yang dikatakan popular tu , tak layak langsung dapat 'pangkat' begitu ..
Aku tak salahkan mereka .. ini kerana mereka masih lagi 'mentah' dalam dunia blog ni .. Mereka mungkin boleh bangga jika blog mereka punya trafik yang tinggi .. Tapi cuma perhatikan balik .. kenapa trafik mereka tinggi ? Apakah kerana umpan SEO ? Atau sememangnya entri blog mereka senantiasa dinanti oleh pembaca setia mereka ?
Jangan dabik dada .. Hari ni kita boleh melayang di udara kerana angin yang kuat .. Melayang tinggi tanpa rasa takut untuk jatuh .. Tapi jangan lupa .. Malam menjelang .. awan berarak .. ribut mendatang .. dan banyak lagi punca yang membolehkan layang layang tu terjunam ke tanah .. Berapa lama mampu bertahan ?
Tak kira berapa lama tapi yang penting bagaimana ianya turun .. Secara perlahan .. atau terjunam terus lalu rosak ? Atau , putus terus tali layang layang lalu tersangkut di dahan pokok ?
Fikirkan .. jangan bangga jika baru menerbangkan layang layang tersebut dah melayang tinggi di awan .. fikirkan cara mengekalkannya dia awan tersebut dan tau bila nak turunkannya ..
Ops.. undi untuk hari ini .. cepat !! hehe.. tqqq .. KLIK SINI