Mungkin blogger lama dah tau .. tapi aku rasa ramai blogger baru minggu ni memandangkan cuti sekolah dan budak U pon ramai cuti kan ?
Ada beberapa perkara yang aku ingin kongsikan bersama .. Ni bukan kes nak tunjuk pandai atau nak berlagak bagus .. Sekadar perkongsian buat blogger baru ..
Yang pertama .. blog yang ringan adalah amat penting .. Sbb sekarang ni , ramai pembaca gemar online melalui pda mereka ..
Boleh nampak kan ? Ni data dari blog aku sendiri .. kita kena senantiasa peka dengan pembaca di sekeliling kita .. Jangan gunakan falsafah 'blog aku , sukahati aku la' jika ingin maju dalam dunia blog .. Pendapat pembaca kita , amat penting untuk diambil kira ..
Yang kedua , kekerapan update entri .. Ada yang fikir satu atau dua entri sehari dah memadai .. Sebenarnya tidak .. Blogger perlu kreatif dan pantas serta bijak mencari maklumat dan menggunakan keadaan sekeliling sebagai punca isu entri ... Jika kita asik mempromosi entri yang sama sepanjang hari , bagaimana kita nak dapat pembaca yang berulang kali ke blog kita ?
Yang ketiga dan terakhir untuk malam ni , cari identiti sendiri .. Yang ni ramai susah nak dapat .. bagaimana nak dapat identiti ? Cuba cerminkan diri sendiri dan tanya .. apa sebenarnya korang nak buat dengan blog ni ?? Pasti korang akan dapat jawapannya ..
Ok... ni 3 adalah asas blogging buat blogger baru tapi ramai gagal ikut kerana mengamalkan konsep GUA PUNYA BLOG , GUA PUNYA PASAL tapi dia blogwalking sambil promosi blog dia bagai nak rak .. Kalau cam tu punya blog , ari ni orang masuk.. esok lusa ? Takkan nak ulang tayang perkara sama berulang kali ?
Sekadar pendapat aku .. Diharap dapat membantu .. Kemaskan blog .. kemaskan entri .. kemaskan katil ... okeh ?