Alhamdulillah ... Bila bicara mengenai blog , pastinya dalam kepala memikirkan mengenai pembaca .. sapakah pembaca blog kita ? Kategori pembaca manakah yang ingin kita mahukan ?
Part ni susah ... kalau blog kita ni cerita pasal remaja , di mana lubuk lubuk remaja selalu lepak dalam blog ? Bagi aku , remaja tak susah .. tapi apa yang kita nak adalah pembaca yang berkualiti .. Pembaca yang berkualiti adalah pembaca yang mampu memberikan feedback yang pastinya membawa perubahan pada corak penulisan entri kita ..
Bagaimana nak tarik mereka ? Satu ... kumpulan sasaran yang bekerja ... Entri yang biasanya ada berkaitan dengan produk terkini .. Penyampaian terhadap produk perlulah tersusun dan simple ... Selain dari tu , kajian menunjukkan pembaca dari golongan yang bekerja gemar membaca gossip .. Tak kira gossip apa pon , asal dapat release tensen mereka jap , pasti menjadi sasaran ..
Untuk tarik mereka ke blog kita , yang ni kena belajar main SEO ... kalau takat main ping atau ping kat FB , takkan berjaya 100% ... Mereka gemar google untuk mendapatkan maklumat .. Jadi , sapa punya keyword yang kuat dan mengena pastinya akan berjaya ..
Kumpulan belia , biasanya lebih suka membaca entri entri mengenai pendapat .. tak kira pendapat mengenai apa pon , mereka suka berfikir ... kemudian mereka akan memberi komen .. Kumpulan ini , mudah didapati di laman web sosial ..
Kumpulan remaja .. ni lagi mudah ... maklumlah remaja... kalau diperhatikan corak penulisan remaja ni , mereka punya entri yang gemar 'memberontak' ... Dari sudut template pon dah tau.. takde makna nak bunga bunga .. Keras je gitu... tiada jiwang okeh ! Kumpulan ni senang dipancing di laman web sosial .. dan juga SEO ..
Tapikan bagi aku la... aku suka semuanya ... aku takde target mana mana kumpulan .. Apa yang aku fikir.. apa yang aku nak luahkan , tu je aku taip .. Kalau aku nak bermain dengan blogger , aku buat segmen.. kalau aku nak serius , aku buat entri serius .. macam macam ..
Pembaca .. alhamdulillah , majoritinya dari blogger sendiri .. ini kerana segmen aku berjaya membuatkan mereka terpikat .. Samada mereka yang suka akan blog aku ini atau haters sendiri.. senantiasa masuk untuk mencari isu untuk dibincangkan sesama mereka dan kemudiannya di bangkitkan di parlimen mereka sendiri !
Kesimpulan , nak tarik pembaca .. kena ada strategi promosi dan entri yang seimbang.. info dan menarik ... buat permulaan , jangan panjang lebar ! Pikat pembaca dengan 'borak dari hati ke hati ' ...
Sekadar pendapat... terima kasih ..