Jangan pandang ringan bab 'kebersihan' blog tu.. Adalah penting untuk tackle pembaca yang pertama kali masuk ke blog kita ... Andaikata blog korang tetiba terpilih untuk masuk ke dalam majalah ( sapa tau kan , cam blog aku , bulan ni dalam IN TREND .. tak sangka langsung ! ) , tapi bila orang masuk tengok.. masyaAllah .. Macam pasar chow kit daaa ..
Blogger ada pilihan .. samada nak dapatkan trafik melalui SEO atau keaslian penulisan korang .. Aku bagi contoh satu blog , NAMEE ROSLAN .. Kepuasan akan lebih terpancar sekiranya penulisan korang mendapat perhatian .. Tak semestinya pujian kan ?
Kadang kadang bila blog kita serabut , kita nak carik idea pon serabut .. Ibarat belajar dalam bilik yang semak dan kotor ... nak belajar pon takde selera .. bila g KFC , MCDONALDS atau perpustakaan , banyak lak idea eh ..
Bagi aku , pentingnya kekemasan blog untuk menarik pembaca setia ... Bukannya sesuatu SEO .. SEO mengundang pembaca yang bukan setia .. mereka datang sekali dan terus ilang .. Yang kita mahukan adalah pembaca yang setia ! Dan jangan lupa , pembaca yang datang melalui SEO akan terpikat jika blog kita kemas ! ada beza tu.. faham fahamkan ..