KEPUTUSAN PIALA FA 2011 :
TERENGGANU 2 - 1 KELANTAN ( MASA TAMBAHAN )
Laki bini .. sambil update blog ,kitorang layan bola .. Wife , spesis tak boleh ada perasaan terkejut atau gelabah.. haaa.. jadi dia tengok sipi sipi gitu .. Aku ? Tengok gitu jer ..
Maaf , aku sokong Terengganu malam ni .. Kalau bukan Terengganu pun , aku tetap tidak akan sokong Kelantan .. Kenapa ?? Aku bukan anti pasukan Kelantan .. Aku sokong mana mana pasukan dalam Malaysia ni asalkan mereka bermain atas semangat memajukan sukan bola sepak negara ..
Kenapa aku nak Kelantan kalah malam ni ? Aku bagitau kat wife aku .. Dengan kekalahan Kelantan , ini saja bukti bahawa penyokong Kelantan adalah berdisiplin ! Menafikan selama ini mengatakan bahawa penyokong Kelantan tidak boleh terima kekalahan .. Bila mereka kalah , mereka akan bergaduh .. cari pasal .. merosakkan stadium !! Buktikan anda semua bukan begitu !! Penyokong Kelantan bukan saja bergembira bila menang malah menerima kekalahan sebagai satu semangat kesukanan ..
Kedua , dengan kekalahan Kelantan , mereka akan lebih kuat pada masa akan datang .. Mereka akan buat post mortem mencari kesilapan mereka pada final FA ni ..
Seperti aku kata pada wife , jika aku ini jurulatih pasukan Terengganu , aku akan mintak pemain aku mengawal ketat setiap inci pemain Kelantan dan bermain dengan keras dalam diam .. Ini akan memprovoke pemain Kelantan untuk bermain dengan lebih keras seterusnya merosakkan permainan pasukan Kelantan ..
Maaf ... inilah antara faktor yang patut jurulatih Kelantan , M.Karathu tekankan pada pemain Kelantan .. psikologi .. kekuatan mental .. Seperti kita lihat pada LEE CHONG WEI yang cepat putus asa atau tertekan tiap kali berdepan dengan Lin Dan .. bila dia mampu kuasai mental , maka dialah juara ..
Ketiga .. sekali lagi maaf.. ni pendapat aku.. Penjaga gol Kelantan , Khairul Fahmi terlalu selesa sekarang .. Seolah olah dia kebal dan tidak mampu dibolosi .. Ini akan mendorong dia berlatih dengan lebih keras selepas ini ..
Tu je la eh.. Sekali lagi.. MAAF .. Aku bukan anti mana mana pasukan .. Pasukan Kelantan bagi aku satu pasukan yg cukup kuat dalam negara kita ni .. cuma mereka perlu 'kalah' sebentar untuk menang pada pertandingan yang akan datang ! Kekalahan adalah perlu untuk menghasilkan kemenangan pada masa akan datang !