Tak sangka sebenarnya dia nak klik butang FOLLOW tu untuk jadi sebahagian pemberi semangat pada aku ... huhuhu..
Nak tau ceritanya ??? Klik SINI .. :) Terima kasih kak nor kerana sudi FOLLOW blog kecil ini ..
Tak sangka sebenarnya dia nak klik butang FOLLOW tu untuk jadi sebahagian pemberi semangat pada aku ... huhuhu..
Nak tau ceritanya ??? Klik SINI .. :) Terima kasih kak nor kerana sudi FOLLOW blog kecil ini ..
Pastinya mereka yang lahir di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni , bila g kenduri kawin di kampung kampung akan terasa perbezaan yang amat ketara .. terutama dari segi hidangan dan juga suasana.. Deco deco tu sudah pastilah ..
Tadi , aku g makan kenduri di Hulu Langat.. umah adik ipar aku .. hurm.. biasanya kalau aku g makan kenduri , pastu setengah pinggan je aku makan.. terutama bila di bandar bandar .. Kenapa ? Aku dah boleh jangka apa juadahnya dan rasanya .. Maklumlah , majoriti skang semua main catering jer ..
Tapi entah hari ni , aku tengok juadah dia macam best lak.. biasanya aku akan amik nasi putih tapi ari ni , nasi beriani ! Bila dicampurkan dengan ayam masak merah , pajeri nenas (kot ) , sambal belacan dan ikan kering maka , aku mintak adik perempuan aku g amikkan satu pinggan lagi ! Huhuh... Segan nak gi amik sendiri .. hehehe .. Malah wife aku sendiri pon abis makan satu pinggan ! Biasanya dia takkan abis punya.. mesti sorong kat aku.. huhu.. dia kata sedap ..
Menariknya kenduri kendara di kampung ni , ialah gotong royong dan meriahnya tak terhingga .. Berbeza sama sekali.. Meriahnya masa kenduri.. tapi masa penyediaannya , tidak langsung best !
Tapi suasana tu aku rasa sewaktu aku kecil dulu.. Flat tempat tinggal aku tu , dipenuhi oleh penduduk yang mana asalnya dari Kampung Pandan... Haa.. mmg asal kampung la kan ! PErgh.. mmg best ! Kalau kenduri jer , mmg masa untuk bermain dan tackle awek !!
Wah.. banyak pendapat eh kat entri INI .. Ini pendapat aku kenapa blogger perlu femes ..
Ramai dok ingat , bila FEMES jeeee mesti jadi artis .. FEMES TAK SEMESTINYA ARTIS dan ARTIS TAK SEMESTINYA FEMES ! Kita tengok dunia kini .. Ulama yang femes , sering menjadi tumpuan untuk bersoal jawab mengenai isu agama .. Kalau tak femes ? Femes di bidang agama bukannya disebabkan kehenseman atau fizikal yang menarik tetapi kerana ILMUnya !! Contoh , DR Mohd Asri Zainul Abidin.. Sapa tak kenal dia ?? Femes kan dia ? Dia artis ke ? Tu satu contoh ..
Dalam dunia blog .. femesnya sesebuah blog kerana apa ? Rupa ? Penulisannya ? Ideanya ? Haaa.. ada banyak faktor kan ? Kelebihan femes pada blog akan memberi pulangan pada blogger tu sendiri .. Samada di dunia dan di akhirat ... Di dunia adalah keuntungan dan di akhirat adalah bonus ..
Pendek kata , bila blog popular , kita boleh gunakan dia .. Andaikata ada isu melibatkan umum , blog blog popular inilah akan mewar warkan .. Kalau tak popular camana ?
Sekiranya pandai bawak kefemesan blog ni , insyaAllah akan menghasilan saham di dunia dan akhirat .. Bagi aku , adalah penting untuk mempopularkan blog kerana ianya ibarat sebuah jenama .. Sebut je nama , orang kenal.. Buat apa saja .. mereka tak perlu tanya banyak sebab dah punya kredibiliti tersendiri ..
Malah , ada blogger lain pon minta pertolongan blog blog popular ini .. untuk apa ? Mereka yang popular dan femes ni je yang tau .. kan kan ?
Haaaa.. rilekss... isu panas ... Serius panass .. kan kan ? Ok.. tajuk dia .. Kenapa ada bloger kata dia tak nak femes atau tamo jadi cam retisss .. haaaa...
Ok.. ni pendapat usang aku yer .. Kembali ke basic... Kenapa orang buat blog ? Jawapannya , untuk merekodkan segala-gala perjalanan hidupnya .. Ok ? Betul ? Tak kira la resepi , ilmu dunia ke.. ilmu akhirat ke .. atau apa saja .. Semua dia tuliskan ke dalam blog .. Alaaaaa.. tulis ngan taip , adik beradik laaa.. tu pun nak jadi isu ! Haih.. ok ok.. aku tukar ... Semua dia taipkan ke dalam blog dia .. OK ? Puashati ? ok... sambung ..
Kemudian kita tengok .. dia promote tak entri dia tu ? Haaa.. kalau benar dia tulis untuk dirinya , perlu ke dia promote entri dia ? OK.. dia promote hanya untuk berkongsi dengan rakan lain .. Tapi kalau satu tempat je , ok la kan ? Pastu ilmu tu akan tersebar dengan sendirinya kan kan ?
Ni kalau sampai lebih dari 5 tempat dia promote ? Camana tu ?? Apa yang dia nak sebenarnya ? Trafik kan ? Trafik tu pembaca kan ? Haaa.. kalau dia dah promote sampai gitu sekali , mesti dia nak ramai pembaca kan ? kan kan ?
Bila dah ramai pembaca , mesti la dia pemes emes kan ? Haaa... Mesti la seronok kan kan ? Seronok sebab ramai masuk baca blog dia kan ? Bukan sebab dia pemes emes tu haa... Berbaloi gitu.. tulisannya menjadi bacaan ramai orang ..
Ok.. camana pulak jika tulisannya dipromote bagai nak rak.. tapi tak ramai nak baca ? Salah sapa ? Salah promosi atau intipati tulisannya ?
Bila dah jadi gitu , maka ... mereka akan kata .. " Ala , aku buat blog ni bukan nak jadi popular pon , kan kan ? " Kan kan ? Bayangkan , tetiba ada media contact dia .. nak temubual dia pasal blog dia .. rasanya dia tolak atau terima ?
Femes dalam dunia blog ni berbeza dengan dunia artis .. Kefemesan dalam dunia blog ni ada dua .. Satu pasal tulisannya .. satu pasal fizikalnya .. Mana satu yang lebih best ? Aku , terus terang .. aku nak tulisan aku ( walaupun tak menarik ) menjadi bacaan santai mereka tatkala tengah bosan atau nak merehatkan minda seketika ..
Kesimpulan... jangan hipokrit .. Mereka yang buat blog yang benar benar kerana ALLAH , boleh kira dengan jari ...
" abg ben , mcm mane nk jadi setabah abg ben ? belog saya selalu kena attack .. mksudnye , ape yg sy post semua org nk pertikaikan .. baik post pasal diri sendiri , mahupun post tentang orang lain .. kdg2 letih n rase givup dlm dunia blogging ni .. mnx pandangan siket .. "
Salah satu komen yang aku terima di blog dan dia mintak pandangan aku .. OK.. sebelum tu , aku nak bagitau .. ada spesis yang memang senantiasa tak puashati dengan kehidupan ini .. Ada je tak kena ..
Aku pon dalam golongan yang tak senantiasa tak puashati dulu tapi alhamdulillah , aku sekarang mensyukuri segala nikmat yang aku terima sekarang .. Nikmat Allah atas dunia ni terlalu luas.. Kalau tak gali , camana nak dapatkan ? Tapi sebelum nak gali , mintaklah dariNya .. InsyaAllah.. tak tergali nanti !
Kenapa orang asyik mintak pandangan dari aku ? JANGAN TANYA AKU LAAA !! DAN TOLONG JANGAN NAK MELUAT ,MENYAMPAH ! Bukanlah aku nak sangat keluarkan nasihat ni .. Apa yang aku kongsikan di sini , semua pihak boleh kongsikan pendapat masing masing .. Tapi malangnya , ada seciput dari pembaca aku ni , rasa lain lak.. Rasa macam aku ni nak tunjuk bagus dengan memberi nasihat ! Aparaaaa... Kalau orang tak tanya , takkan aku nak jawab kan ? Kalau tak jawab , orang kata aku sombong.. Bila orang kata aku sombong , 'ko' pon tumpang sekali join kan kan kan ? tu ko suka la kan ? Geng geng tanduk berekor ... huh ! Kalau tak nyusahkan orang lain , tak sah ... ni semua gara gara si laknat tu nak cari kawan kat neraka tu nanti la... Astagfirullah al a'azim ..
OK.. Aku jawab pertanyaan dia tu yer ..
" Dik , tak kira dalam dunia apa kita duduk .. selagi wujud syaitan .. selagi tu kita senantiasa digoda .. Syaitan ni tak nak tengok kita gembira .. dia nak kita senantiasa berduka .. rasa panas.. geram.. dendam ..benci.. haaa.. segala yang negatif tu dibisikkan dari dia...
Nasihat saya satu jer .. Selagi tak melanggar batasan agama , menghiris hati pembaca , merosakkan minda , dan melampaui undang-undang .. maka berkongsilah apa jua pendapat adik dengan rakan rakan pembaca di blog adik ..
Mereka yang selalu menganggu adik ni , mmg jenis tak leh tengok orang lain gembira.. Jangan dilayan.. Diorng suka kalau kita patah hati..suka tengok kita kecewa .. tunjukkan yang adik punya semangat yang jitu .. semangat pahlawan melayu ! Pantang menyerah kalah ! Berjuang sehingga titisan darah terakhir .."
Sampai bila diorng nak kacau ? lama kelamaan , diorng g main guli ngan kengkawan dia punya.. ok ? Teruskan berblog dan berkongsi cerita ... ;) "
Ramai betul yer manusia yang hitam hatinya .. Gamaknya entah bila nak sedar diri pon tak tau la ..
Mereka baru ..tapi bersemangat .. tapi jgn setengah jalan .. Tak ramai mampu mendaki gunung walaupun punya semangat .. Bila dah setengah jalan , pakat berenti ramai ramai .. Tu baru kena dugaan yang ringan yakni penat ..
Ramai fikir , berblog ni jalan mudah untuk menjana pendapatan .. Ye.. mmg jalan mudah tapi tak semudah yang di sangkakan .. Perlu ada strategi dan juga perancangan yang jitu .. Kalau takat pk pacak muka je terus meletops , maka silap sama sekali la gitu ..
Ada banyak cara yang ditunjukkan dalam blogger blogger tak kira baru atau lama .. Mereka berkongsi cara dan ilmu .. Ada gak tak nak kongi.. Nak kata apa dah kan ? Hak masing masing ..
Tapi tak pe la... masing masing dengan niat sendiri.. Apa yang termampu , kita dah kongsi bersama .. Sekarang terpulang pada kemahuan diri sendiri .. Kat aku skang ni ada senarai nama blogger yang berminat untuk diterokai oleh korang ..
Maka pandai pandai la korang yer .. Meh klik SINI ..
Hahaha.. sori la yer .. aku sebenarnya tau lama dah .. cuma tak nak kecoh jer.. Lagi pon aku nak blogger tu naik dengan sendirinya walau pun aku tau dia boleh gunakan nama ayah dia untuk naik dengan cepat ..
Tapi bila terbaca entri di satu blogger ni , maka dengan rasminya ... rahsianya terpecah .. Jadi , nak kata apa dah kan ? Aku pon tolong pecahkan lagi.. haahha ..
Blogger yang aku kata ni , aku sangat salute dia .. Sangat cool orangnya .. Aku sangkakan pada mulanya dia berumur dalam lingkungan 27 tahun keatas berdasarkan kematangan dia dalam perbualan ... tapi rupanya ? Haa.. orang kata baru bercerai susu !
Dalam bidang blogging ni , dia mampu pergi lebih jauh .. cuma dia belum jumpa identiti dia lagi .. InsyaAllah dia akan jumpa satu hari nanti.. Bagi dia peluang untuk membuktikannya ...
Masa akan menentukan segalanya ... InsyaAllah .. Nak tau sapa ? Meh baca entri INI ..