Ni cuma aku punya strategi .. takde kaitan dengan mana mana strategi blogger lain.. Kalau ada , cumalah satu kebetulan...Kenapa aku berkongsi ? Aku berpegang pada , ILMU KITA DATANGNYA DARI ALLAH .. TIADA HAK KITA UNTUK MENYIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI .. MAKA SELAYAKNYA BERKONGSI JIKA IANYA PATUT MEMBAWA KEBAIKKAN PADA ORANG LAIN .. Segalanya terpulang pada diri sendiri.. Tiada paksaan , okeh ?
Seperti yang aku buat selama ni , aku berblog dengan punya perancangan tersendiri .. Bermula dengan LIHAT DAN BELAJAR .. CUBA DAN ANALISA ... Aku lihat bagaimana blogger blogger terdahulu dari aku berblog .. Cara tulisannya , template blog , penggunaan teknikal blogging dan banyak lagi .. Ternyata apa yang korang nampak sekarang inilah yang paling sesuai dengan aku ..
WUJUDKAN BLOG - PROMOSI - KREATIVITI - BERDIRI SENDIRI ...
Aku dah punya blog .. Promosi aku dah lakukan sebelum lagi aku punya blog .. Dan tempat aku promosi habis-habisan adalah di FACEBOOK yang ternyata memberi aku pembaca tetap dan juga pembaca biasa ... Pembaca biasa ni , bila dia rasa nak datang atau ternampak promosi , baru dia datang ..
KREATIVITI yang korang nampak pastinya adalah SEGMEN aku .. Hampir setiap hari aku buat segmen .. Segmen di mana bukan aku sorang je 'makan' tapi semua yang terlibat ( pastikan rajin ) akan membuahkan hasil ..
Bila perancangan berjalan dengan teliti , maka inilah fasa terakhir untuk memastikan apakah segala usaha selama ini membuahkan hasil ...
Apakah maksud aku dengan BERDIRI SENDIRI ? Tidak perlu lagi promosi dan SEGMEN .. SEGMEN mungkin perlu untuk membantu blogger blogger lain ... Tapi aku akan kuatkan dengan entri entri aku sendiri .. Yakni entri peribadi yang mana aku akan bercerita apa saja yang ada di depan mata aku .. Bukan lagi untuk mencuri trafik tapi adalah untuk berkongsi cerita ..
Aku akan mulakan pada awal tahun depan ... Ni adalah tempoh terakhir aku menguatkan lagi segala promosi dan strategi .. bukan mudah ...
Trafik selepas ini akan jatuh .. Tetapi akan meninggalkan pembaca pembaca yang setia dan juga menghasilkan pembaca yang sememangnya berminat dengan blog kita ..
Disinilah kekuatan penulisan dan intipati cerita kita akan menentukan segalanya .. Apakah mereka masuk ke blog kita kerana segmen ? Atau cerita orang lain ? Atau juga cerita kita ?
Jika tidak berjaya , bermakna masih ada kekurangan lagi .. Maka ..perlu perancangan lain .. Ingat , pelancongan negara kita pon sampai sekarang masih lagi memerlukan promosi yang berterusan .. Negara kita masih belum dikenali.. Begitu juga blog kita .. Jangan sangka popular menjaminkan kehadiran pembaca yang berterusan ... Saingan terlalu banyak di luar sana .. Jangan sampai kehilangan pembaca setia kerana merekalah medan pengiklanan kita paling berkesan !
Sekadar pendapat .. InsyaAllah ...