Tak kira NUFFNANG , INNITY ,ADVERLETS atau sebagainya ... Kalau korang berblog semata mata nak pungut hasil dari diorng , maka ... korang telah melakukan kesilapan .. Serius .. Apa yang korang dengar dan baca , ada blogger berpendapatan puluhan ribu dari iklan sebulan tu , adalah khayalan semata mata .. Kecuali ! Kecuali dia ada buat bisnis sampingan lain di blog .. Haaa.. bisnis seperti menawarkan ruang iklan dan sebagainya ..
Tapi jika hasil semata mata dari syarikat pengiklanan , itu adalah omongan kosong .. Beribu , mungkin.. Puluhan ribu .. Sila senyum... tunjukkan bukti pendapatan bulanan .. Jika benar , sila ngangakan luas luas mulut tersebut ..
Dulu aku pernah bincangkan isu ini .. Ramai blogger terutamanya yang baru baru ni , berblog adalah kerana khabar angin yang mengatakan berblog mampu mengkayakan seseorang dalam masa singkat .. SILA TEPUK DAHI SENDIRI !
Apa yang boleh aku nasihatkan ialah , berbloglah dengan hepi .. Cari trafik sejati .. Luaskan publisiti... Kenali diri ... Cari rangkaian promosi .. Dan duit akan hadir dengan sendirinya ..
Percayalah .. Jangan harapkan syarikat pengiklanan sangat ...hampa nanti ... Kalau benar nak sangat , sila popularkan blog anda .. :) .. Letak gula , semut pon datang .. Jangan risau ..