Alhamdulillah .. suka aku ... baru aku faham betapa seronoknya melihat wajah orang yang kita sayang gembira ... Maafkan aku.. aku bukan nak riak atau tunjuk bagus yang aku beli itu ini .. Apa yang aku beli tu murah jer ... Sapa sapa mampu beli .. kan ?
Apa yang aku cuba sampaikan ialah , ada antara anak anak zaman sekarang ni , bila dah bergaji besar .. mereka terlupa terus asal usul mereka .. terlupa terus mak bapak mereka yang membela mereka dari kecil.. tapi apa yang mereka lebihkan adalah pasangan mereka !! Cinta mereka lebih penting sampai sanggup ketepikan ibu bapa mereka ..
Sambung.. Bila melihat ayah aku yang mula pegang kamera dan menyatakan betapa sukanya dengan kamera tu , aku jadi lega sangat.. Risau kot dia pening dengan function kat kamera tu ...
Sebenarnya ayah aku ni , mamat kamera di zaman muda dia dulu .. Ada aku ceritakan dulu dalam blog ni.. Sat aku cari eh .. Ok.. jumpa... Boleh baca kat SINI ( kisah dia dan kamera dia ) dan ini antara kisah kenapa aku sayang sangat pada ayah aku .. huhuh.. nak nangis sat ... huwaaaaaa.... Meh klik SINI ..
Aku bersyukur sangat sangat pada Allah kerana memberi peluang pada aku untuk memberi secebis kasih sayang untuknya .. Aku tak mampu membalas segala jasanya tapi aku berusaha untuk memberi ketenangan jiwa pada dengan menyatakan bahawa anak ini masih lagi mengingatinya walaupun sudah cukup dewasa untuk membawa diri ...
Semoga Allah mengampuni dosa kedua dua ibu bapa kita ... Amin ...