Sejak aku mula aktif 100% dengan blog , aktiviti di gym agak terkeluar dari jadual aku.. Ini berpunca dari badan yang agak letih kerana lewat tidur selalu ..
Pengorbanan ? Aku kena pilih salah satu buat masa sekarang .. Antara masa depan dengan minat tapi nampaknya dua dua aku minat dan bermakna aku kena pilih masa depan ..
Bahagiakan masa ? Mmg pon ,.. Skang ni aku cuma g gym 2 kali seminggu dan selebihnya aku berlari dalam rumah.. naik turun tangga 10 kali sekali harung dan terus wat senaman berat , pastu ulang semula... Pergh.. mmg sesak nafas gak .. tapi berbaloi ! Rasa segar gila badan bila peluh mencurah curah keluar ..
Disbbkan tu aku jarang bersenam , maka nafsu makan mula merajai aku .. Makan tak hengat punya .. hehee.. dan aku dah tak fit sangat.. Jalan dari lrt ke pejabat pon dah mengah .. hehehe.. tak leh blah !
Maka operasi bermula.. Sejak 3 hari lepas , aku mula amik pemakanan yang mengandungi serat seperti roti dan protein saja .. Aku cuba elakkan nasi .. Nasi membuatkan aku sangat kenyang dan malas !!
Operasi ini akan diteruskan sehingga selepas raya .. Aku perlu berusaha bersungguh sungguh .. 3 hari ni , aku rasa sangat selesa . Perut aku pon maintain kembali .. Tamo badan cam dulu dah tapi nak buat ala ala pelakon korea je.. ehehe..
Ala.. kasi la semangat !!!