Setiap kali filem BUKIT KEPONG diputarkan di kaca televisyen , air mata aku pasti akan bergenang .. Satu filem patriotik yang sangat membawa kesan kepada diri aku .. Takde filem yang mampu membuatkan aku begitu semangat cintakan negara ! Ada ke filem melayu skang cam tu Tarak... Wa mau untung saja looo ..
Teringat bagaimana Dato Jins dalam filem tu memegang watak anggota polis mengenalkan dirinya kepada bos dia .. Sangat bersemangat tengok ...
Hurm... aku pernah jalani latihan pemilihan inspektor polis satu tika dulu .. Minat aku terhadap pasukan uniform negara ini dah ada sejak dari kecil lagi.. Terasa bangga bila berpakaian begitu..
Malangnya bila memikirkan sedalam dalamnya , aku berdoa agar aku gagal dalam pemilihan tersebut.. Alhamdulillah ... aku gagal ! Aku gagal kerana aku pakai cermin mata sewaktu ujian penulisan .. Walaupun fizikal dan ujian penulisan tu aku lepas tapi hanya kerana cermin mata saja aku gagal..
Aku tak menyesal langsung .. Syukur lagi adalah .. Syukur kerana aku tak mampu menjunjung amanat sebagai peguatkuasa undang undang .. Aku takut aku gagal dalam ujian yang Allah berikan ..Aku tau kelemahan diri aku ni .. Sangat sangat nipis imannya tika itu .. Skang ni pon tak la tebal mana pon tapi dah boleh berfikir dengan lebih matang .. tu maksud aku ..
Hurm.. pandangan masyarakat sekarang pada pasukan unit beruniform tak seperti dulu lagi .. Kalau ada kes jenayah , pantas mereka cari polis.. Kalau mereka nak membendung jenayah dari berlaku , mereka kata polis kejam ... Ramai berfikiran satu hala jer.. Selagi tak tertunai hasrat di hati , semua orang nampak kejam di mata mereka ..
Aku malas nak bicarakan soal semalam.. Sediri fikir laa.. Mak aku kata kat aku , jangan bawak kereta laju laju.. Stering di tangan aku sekarang ni , aku nak ikut cakap mak aku atau ikut suka aku memandangkan aku rasa aku seorang pemandu yang cekap ..
Lu pk la sendiri sebelum nak menyalahkan orang lain ... Asyik nak tuding jari jer .. Cait..