DAYUS !!!
Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...
Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..
Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...
Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...
Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...
Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!
7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..
Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....
Surah ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”
Surah an-Nisa ayat 35