Bila aku godek komen komen lama , rakan blogger ni selalu berkunjung dan rajin meninggalkan komen di blog aku.. Huhu.. Thanks bro !
Bila aku godek komen komen lama , rakan blogger ni selalu berkunjung dan rajin meninggalkan komen di blog aku.. Huhu.. Thanks bro !
Ini bukan entri aku ... Sekadar bantu kawan.. hehehe... kang ada salah faham lak ..
Hai. Assalam semua pembaca-pembaca yang comel...
Me, Ayu Firzara sedang mencari seseorang / beberapa orang yang berbakat untuk menjadi model bagi sesi photoshoot sempena soft launch my very own Project Ex iaitu butik online Firzara Exclusive...Fabulous Elegance.
Kalau anda rasa berminat dan nak try bakat yang terpendam yang tidak seharusnya di pendam begitu sahaja itu...bolehlah email me at ayufirzara@yahoo.com ya...sebelum hari Khamis pukul 12 tengah hari.
Ouhhhh model untuk apa ya? Kalau saya cakap model pakaian dalam nak ker? Hehe. Eh taklah, masyaAllah. Model pakaian untuk butik saya tu la...Firzara Exclusive. Tak sama dengan Firzara Collection ya. Coz Firzara Exclusive is my very own label.
Okay, ini sikit details berkenaan photoshoot itu :
Tempat : TheArtSoul studio, PJ
Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 3pm - 5pm
So girls, what are you waiting for? Let's get presentable! Be fabulous and elegance!
xoxo, Ayu Firzara
p/s : Jangan malu-malu tau ni macam meet up and have fun je...kita pose pose sama sama! =)
p/s lagi : Kalau takde orang nak jadi model, jawabnye Ayu Firzara sorang je lah jadi modelnye. Huhu.
http://firzarafairyland.blogspot.com/2011/07/firzaras-next-top-model.html
Pergh.. puas aku godek mencari komen pertama yang MAT GEBU aka www.tiffinbiru.com , akhirnya jumpa gak... hahaha ..
" Penuh informasi....
Blog masak2 pun pening...kat email menimbun nak menjawab masalah perihal makanan...ada tu siap email gambaQ kek "bantat"....tapi kira amal jariah lah, sebab berkongsi apa yang kita tau...terus kan usaha murni anda!!!.... "
Mat Gebu ...16/2/2010
Aku tak amik port langsung sapa MAT GEBU dan jugak pengomen pengomen yang lain ... Tapi bila wife aku bagitau sapa MAT GEBU tu , baru aku tau , rupa-rupanya ada blogger otai singgah mai woooo...
Selepas perkenalan ngan dia tu .. aku test power rangers dia... Aku dapat award dari salah seorang blogger .. dan aku test bagi kat dia .. hahahha.. nak tengok dia buat ke tak ..
Waaa... dia buat tuuuuuu.. hahaha.. Cayalah Mat ! Mmg patut otai pon... Hahaha.. Selepas tu , ramai pulak bagi kat aku.. wahahaha.. mampus nak buat semua tu .. Aku mintak maaf sangat sangat bagi mereka yang pernah bagi kat aku tapi aku tak buat .. Serius tak sempat nak buat ..
Oh ya.. nak tengok Award tu ? Meh SINI .. Sejak tu , aku ngan Mat Gebu jadi rapat sehinggalah aku mencadangkan menukar feed kat atas tu haaa... Perkongsian ini , alhamdulillah sehingga sekarang ..
InsyaAllah , persahabatan kitorang akan sampai ke akhir hayat kami .. :) Terima kasih Mat Jambu kerana sudi menerima diri ini.. Eceh. cam bercinta la plak !! Wahahaha.. kang ada ingat gay !! hahaha.. tolong la yer .. jgn wat fitnah ! Apa pon mat , jutaan terima kasih kerana banyak menegur dan kenalkan saya dengan blogger masakan otai di seluruh dunia maya ni... :) Otai nehh !
Ketika mereka melaungkan keprihatinan ,
Mereka terlupa kami-kami yang di belakang ,
Terkapai kapai mengharapkan ehsan ..
Ketika mereka melaungkan perjuangan ,
Seketika saja mereka insaf ,
Selebihnya mereka ketawa kegembiraan ,
Harta melimpah tak kunjung habis ..
Ketika mereka melaungkan kejayaan ,
Mereka terlupa kejayaan suatu kegagalan ,
Yang mana mereka pernah kecapi ,
Satu tika dulu ...
Sesungguhnya aku kecewa pada mereka ,
Memperkotak katikkan kami kami yang dibelakang ini ,
Dengan senyuman manis seribu makna ,
Seolah tiada apa yang berlaku
di dunia kini ...
Aku tidak pasti kini masa depan ku
Perlukah bergantung pada mereka ?
Atau mulakan hidup baru
Dan berdoa agar Allah berikan hidayah pada mereka
Sesungguhnya tanah ini tanah kami cintai
Tidak ingin sama sekali aku meninggalkannya ...
Mereka ...Mereka.. Mereka ..
Sedarlah...hidup ini hanya sementara ..
Amanah yang kamu pikul
Amanah rakyat yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..
Mereka ..mereka..mereka
Insaflah...
Kami tahu dunia ini mereka yang punya..
Kami tahu akhirat nanti Dia yang punya..
Kejadian ini membuatkan aku seringkali trauma bila wife aku datang jemput aku ( dengan keta la )...tapi kejadian ini bukan berlaku semasa dengan wife aku sebaliknya nun 4-5 tahun lepas..
Tarikh : Tak ingat \tak ingat \ 2003-2004
Masa : Malam ( atas kul 10 )
Lokasi : Depan blok aku , Flat Sri Melaka ,Cheras
Planning nak g makan downtown ...uptown ni kat pj nun...masa ni masih kat sana sebelum pindah kat damansara nun...ek..ke kat damansara ? aku pun tak ingat ..tapi apa pun mmg satu satunya uptown , kat situ je..takde lain dah...
Sampai masa...member aku call kata ada kat depan dah ...diorng kata g ngan dua buah keta..satu kancil satu lagi wira kalau tak silap aku...
Berjalan ibarat model antarabangsa , aku sengih kat geng2 aku kat dalam keta wira tu...Apa giler diorng duduk penuh dalam satu keta..apasal tak naik keta satu lagi ? aku tertanya sendirian..kemudian aku masuk dalam keta kancil warna hitam yang berada depan keta wira tu..
"Apahal la keta ko ni kotor sangat ...kata ari ari cuci...keta cikgu cam ni ke ? " aku terus membebel dalam keta tu...
"Dok tunggu apa lagi ni ? " aku bercakap tanpa paling ke muka pemandu tu...
Kemudian aku rasa pelik..nape tak bercakap lak member aku ni...aku pandang muka dia lalu aku terkejut !!
Dia tengok aku dengan keadaan terpinga pinga ..
'"Aiseyman ! ....aku salah keta laaa....adoi..."
Aku cakap kat brother tu..."er..sori ek..salah keta lak..." . Aku sengih aku kuar...beb...aku rasa cam nak bunuh diri masa tu.. Aku kuar..aku cari keta kawan aku..rupanya dia kat belakang keta wira tu...bukan yang depan wira tu...
Aku jalan ke keta member aku tu...Budak-budak dalam keta wira tanya aku semasa aku melintasi keta diorng.." Wei Sal, member ko ke ? " aku sengih je..." nanti aku cita la..."
Bila aku masuk dalam keta kawan aku tu...dia tanya..." Member ko ke ? " .. Aku tengok muka dia...
" Ko percaya tak aku kata..aku dah salah masuk keta..aku ingat tu keta ko ". Member aku bantai gelak cam nak mati ! Aku ??? Mmg dah mati masa tu !!!
Bila sampai kat uptown..aku cita kat diorng...adus...mmg jadi bahan aku malam tu...Tu bukan kali pertama...ada 2-3 kes mcm tu terjadi kat aku..semua waktu malam ..malam aku tak nampak sangat ...lebih lagi kalau keta tu warna gelap..
Skang ni..kalau wife aku datang jemput..aku kena tunggu ..tengok betul betul...sampai dia tengok muka aku , baru aku g kat keta..hahahahah..selagi dia tak tengok..aku wat dek ...
Hehehe..bukan pe...ramai sangat yang datang jemput anak beranak diorng kat erl central tu yang guna MYVI...warna sama lak tu .. haaa...tak rela aku dituduh perogol atau penculik !!! hahahahahaha...
Re-Publish ..
Bila usia menjengah diri ,
sedar tak sedar ,
semakin mendekati kubur ,
Mati itu pasti ..
Aku terlalu asyik ,
dengan dunia ini ,
serasa tidak mungkin mati ,
Senyum ketawa kegembiraan ..
Bila di cerminkan diri ,
apakah amal ku ?
berapa beratka dosa ku ?
apakah yang akan aku bawak ke sana nanti ?
siapakah yang bakal mendoakan aku tatkala bila aku tiada nanti ?
Aku terfikir ,
Adakah merekakah yang selama ini bergelak ketawa bersama ,
Atau mereka yang aku sanjungi selama ini .
Pemimpin , pasukan bola dan juga artis artis pujaan ku ,
Yang akan sedekahkan al-fatihah pada ku ?
Renungi diri ini ,
apa yang akan aku tinggalkan sebagai sedekah ku ,
nak ku bina masjid ? nak ku bina surau ?
aku tidak mampu semua itu...
Hanya satu ...
Aku harap biarlah ini sebagai satu sedekah ku pada mereka ,
Biarlah ini ku abadikan di dalam lubuk hati mereka ,
agar mereka senantiasa beringat ,
Mereka menghampiri kematian disaat saat mereka dilahirkan ..
Sedarlah sahabat sahabat ku...
Kita hidup bukan untuk hari ini...
Kita hidup untuk di sana nanti..
Bawalah bekal semampu boleh...
Agar berdiri di dalam kelompok mereka terpilih ....
Mak aku kata ..
Dulu bila dia dapat tau yang dia mengandungkan aku ..
dia sangat gembira ..
dia sangat sangat bersyukur kepada Allah..
kerana memberinya anugerah yang tidak ternilai ..
Mak aku kata ..
Dulu sewaktu mengandungkan aku ..
9 bulan itu sangatlah mencabar ..
Namun tidak terdetik dihatinya langsung menyesal
kerana mengandungkan aku ..
Mak aku kata ..
Saat saat paling indah dulu adalah melihat aku dan abang aku lahir ke dunia ini ..
Melihat senyuman terukir di wajah ayah aku ..
detik istimewanya sebagai seorang isteri..
Mak aku kata ..
walaupun dulu kehidupan kami sukar ..
ayah aku tetap membanting 4 kerat tulangnya siang dan malam
mencari rezeki agar kami semua tidak kelaparan ..
Mak aku kata ..
kali pertamanya aku ke sekolah ..
dia mengalirkan air mata ..
kerana tak sanggup berpisah dengan anaknya ..
walaupun seketika ..
kerana itulah kali pertama dia berpisah dengan anaknya ini..
Mak aku kata ..
betapa dia bersyukur aku telah habiskan pelajaran aku ..
kerana selama ini siang dan malam dia berdoa
agar aku menjadi manusia yang mampu berdikari ..
Mak aku kata ..
saat perkahwinan aku itulah yang paling dia nantikan ..
kerana aku telah memberinya seorang lagi anak ..
untuk dia menumpang kasih sayang
bagi menghabiskan sisa sisa umurnya ..
Aku kata pada mak aku ..
Aku bersyukur sangat kepada Allah ..
dia tidak membuang aku di tepi tong sampah ..
atau memberi kepada orang lain ..
membesarkan aku dengan penuh kesabaran ..
menghayunkan buaian dengan penuh kasih sayang ..
menyiapkan bekalan makanan di pagi hari untuk aku bawa ke sekolah ..
Aku berterima kasih kepada mak aku ..
kerana dia sanggup bergolok gadai harta pusakanya
untuk memberi pelajaran kepada aku
agar aku menjadi insan berguna kepada masyarakat ..
Aku bersyukur kepada Allah ..
Kerana memberi aku seorang ibu .. seorang ayah ..
sehingga kini aku masih menagih kasih sayang mereka ..
dan mereka tidak langsung lokek akan kasih sayang mereka ..
Ya Allah .. Ya Tuhanku ..
Kau ampunilah segala dosa dosa kami ..
Kau ampunilah segala dosa dosa ibu dah ayah kami ..
Walaupun aku menjadi manusia kini ..
namun segala jasa kedua ibu bapa ku
aku tidak mampu membayarnya
walaupun berjuta wang ringgi aku hulurkan ..
RePublish - original di SINI
Walaupun biasa tapi ikhlas.. memadai dengan sebegini dari penuh sandiwara ...
Terima kasih Ayu Rosniza
Aku jumpa duit dalam RM500 di satu tempat umum .. Tak tau sapa punya ni ?? Apa yang harus aku buat ? Orang kata ni dah kira rezeki .. Ada yang kata tu bukan hak kita .. Kena pulangkan balik .. Camana ni ? Aku confius .. keliru .. Kang bagi kat balai polis , abis cam tu gak .. huhu..
Duit tu mesti ada pemiliknya kan ? Tapi camana ? Kalau aku tau pon sapa pemililknya , takkan nak bagi .. Dah rezeki aku kan ? Aku patut amik je ni.. ARghh.. rugi arr la kan ?
Haa... begitulah situasinya .. Andai kata kita jumpa duit pasti kita kata tu rezeki kita .. Pada satu sudut lain , sepatutnya duit tu perlu dipulangkan pada hak.. Serahkan pada pihak yang bertanggungjawab dan biarlah mereka yang tentukan bagaimana nak tentukan sapa pemiliknya ..
Tapi kita ni pandai je cakap.. Bila betul betul terjadi ... terus masukkan dalam poket dan kata itulah rezeki kita.. Bukan kita curi kan ? Dah depan mata kan ?
Jadi .. cuba kembali fikirkan .. Apakah itu hak kita sedangkan kita tau kita bukan pemiliknya .. Begitu juga tanggungjawab harian kita.. Kau dan aku .. Apakah kita berhak menikmati atas nama REZEKI sedangkan kita tau hakikat sebenarnya ..
:) mudah kita bagi jawapan bila kena kat batang hidung kita ..Yang haram akan dicari dalilnya agar jadi halal.. Mudah kan ? Kau dan aku serupa jer ... Jangan kata bila pandai agama , maka dia akan ikut lunas lunas seperti mana yang diajar dalam Al-Quran dan Sunnah Muhammad s.a.w ..
Zaman sekarang adalah zaman kepentingan diri sendiri.. Amat sukar untuk jumpa mereka yang sebenarnya KERANA ALLAH .. Jangan pertikaikan .. Kembali kita memikirkan sebenarnya niat kita .. Kau dan aku .. Allah Maha Mengetahui ..
IKLAN
dan banyak lagi produk .. hanya di SAKURA BLOOM
" Yelah , aku diam jer.. Aku cakap salah.. aku tulis pun salah.. Aku taip pon salah.. Aku diam je la yer .. Nanti aku tukar url blog ni letak nama ko eh ? Er.. nama ko apa yer ?? "
Ramai ingat , aku dah boleh goyang kaki bila dengar trafik aku dah beribu ribu sehari .. Hurm... Aku dah tukar strategi .. Dan strategi aku ni memerlukan aku bekerja dengan lebih keras lagi.. Dan penukaran strategi ni menyebabkan aku kerugian lebih 2 ribu UV (unique view / pembaca ) dan yang tinggal hanyalah pembaca setia saja ..
Penukaran strategi yang aku maksudkan adalah tidak lagi mempromosi entri di group group facebook seperti mana yang aku kerap buat sebulan dua yang lepas .. Begitu jugak dengan ping web.. tak lagi aku singgah .. Ada la sesekali dua .. tu jer ..
Hurm.. serius cakap .. tak langsung .. Dan aku tak mungkin akan goyang kaki punya .. Sememangnya aku akan update setiap masa walaupun trafik aku mencecah 10 ribu sekali pon..
Ini kerana aku punya blog adalah journal aku.. diari kehidupan aku.. Yer , mmg tak sebest penulisan blog lain tapi inilah perbezaannya.. Identiti blog aku .. Dan mungkin kata aku gila atau tegar .. Entah , sekali hati aku berbisik untuk berbicara , maka aku akan menulisnya di blog ..
Cuma beza skang ni , entri aku dah tak sebanyak dulu.. bermakna aku update atau tidak , tetap akan ada yang masuk.. Itu satu perubahan yang aku perasan dan ianya satu petanda baik yang mana mungkin lagi 2-3 tahun , akan senantiasa ada pembaca setia singgah sini setiap masa tanpa aku promosi lagi ..
Yang pasti... usaha membuahkan hasil .. Jangan dok kacau orang .. kacau blog sendiri .. baru berbaloi !
Ni bukan entri untuk riak atau takbur .. tapi sekadar untuk mengingatkan diri kita akan kematian yang tak kenal masa .. Yelah , semakin lama semakin kita terkejar dunia walaupun ingat akhirat tapi dunia senantiasa di depan kita .. kan ? Aku tak perlu nafikan itu kerna itulah yang berlaku pada aku dan juga ramai rakan rakan aku .. Dunia menjadi keutamaan .. Astagfirullah al'azim..
Dulu masa sekolah , seringkali pelajaran agama bab sejarah nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat menjadi minat aku.. Akhlak baginda serta sahabat-sahabatnya cuba aku ikut tapi tak dapek semua.. Setan banyak sangat dalam diri .. huhuh..
Amanah .. hurm... paling aku takut .. Masih aku ingat lagi , sewaktu aku dilantik jadi Penolong Ketua Kelas walaupun aku tak nak.. Dah kawan kawan pilih , aku nak kata apa dah kan ..
Tapi diorg silap besar la.. hahaha.. diorg ingat bila lantik aku , aku jadi lembut la bila kawan kawan wat salah.. hahaha.. takde maknanya.. Sapa suruh bagi aku 'kuasa' .. Kawan tak kawan , salah tetap salah .. Yelah , sapa nak tanggung dosa aku kalau tak amanah kan ? Dah cikgu suruh aku jaga kelas.. aku jaga la kelas.. kalau tak kang , aku lak kena smackdown ngan cikgu..
Bila naik ke tingkatan 5 , aku tak jadi lagi Penolong Ketua Kelas sbb diorg pakat tak nak undi aku tapi aku dapat jawatan Bendahari Kelas.. Wahahahahha.. lagi dasat !! Hari hari aku kutip duit !!
Yelah , dah cikgu suruh kan ? Seminggu 50 sen jer.. hahahah... Banyak woo aku kutip.. Diorg pakat nak buat majlis perpisahan pada hujung tahun .. Duit kelas tu , aku simpan bawah katil aku ..
Peliknya , setiap hari bila aku kira , mesti kurang .. ARghhh.. Bila dah kurang , aku tambah balik ngan duit aku.. Aku tak pasti la samada aku salah kira atau tercicir.. Tak baik tuduh orang curi.. kan ? Heheh.. Tapi yang pastinya , aku guna duit aku balik.. biar lebih dari kurang .. Dan ada rakan yang tak mampu bayar , aku guna gak duit aku... Yelah , kang ada orang komplen lak kan ? Nape dia tak bayar ? Haa.. aku gak pening ..
Entah , bila tengok 'mereka' dok sakan guna duit rakyat , aku tertanya-tanya .. diorg tak tau ke yang diorng akan mati ? Ke dok fikir sempat taubat sblm mati ? Hurm.. amanah tuu.. apatah lagi yang makan harta anak yatim tu.. pergh... takottttt...
Korang lak camana? ada cerita ? Kasi cerita skit dan tinggalkan url blog korang.. Kita berkongsi cerita malam ni..
Dia cakap dia betul ....
Dia pun cakap dia betul ..
Dia kata orang tu salah ...
Orang tu kata lak dia tulah yang salah ...
Sapa pening ? Mereka yang pening itu adalah mereka yang tiada kuasa walaupun sebenarnya mereka itulah yang berkuasa ...
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. - Riwayat Ahmad
Sapa betul sapa salah ? Hanya dia sendiri yang tau ..
* Terima kasih Nur Zulaikha kerana membetulkan ..