Serius , ini akan berlaku .. Aku yang dah berblog sejak 2009 , berkali kali rasa nak tutup blog ni .. Punca ? Apakah kerana kekerapan mengupdate ? Atau tidak mempunyai idea ? Bosan ? Atau tiada arah tujuan ?
Ramai kenalan aku pon , dah tutup blog.. Aku tak pasti mereka kembali dengan nama baru atau buka blog mereka yang lama .. Cuma yang aku tau , berblog ni tak susah mana pon .. Sekadar menaip apa yang rasa diperlukan , tu saja ..
Jadi kenapa rasa sampai nak tutup blog ? Puncanya satu je .. TERIKUT IKUT rentak blogger lain .. Bila dengar blogger ni punya trafik tinggi tapi entri dia biasa je , kita jadi tensen .. Bila dengar blogger dapat $$ banyak , kita pon terikut nak dapat banyak , maka entri jadi tah hapa hapa jer ..
Apa yang patut kita buat ? Jadilah blogger sejati .. Blogger sejati adalah blogger yang melogkan apa saja yang dia rasa patut dilogkan ... samada untuk dirinya sendiri atau dikongsi dengan orang lain ..
Elakkan terpengaruh dengan blogger blogger lain terutamanya mereka yang lebih pada ciri ciri komersial punya blog .. Haaa.. Bukan tak bagus .. Bagus blog gitu cuma nanti tak terikut atau terkejar.. Diorng punya pengalaman dan ilmu .. Kalau nak ikut , kena ada semua tu. Bukan main taram jer .. sah sah terkontang kanting ..
Jadi , blog je cam biasa .. InsyaAllah .. aku pasti akan ada yang perasan kewujudan blog anda tu seterusnya akan dikhabarkan dengan lisan mahupun bertulis pada rakan rakan mereka ..
Biar perlahan asalkan bergaya .. Dari cepat tapi kusut masai !