Ini lalang ! Tau tak apa itu lalang ? Lalang dalam saintifiknya yang aku tak tau dan korang pon tak perlu amik tau kerana aku pasti takkan masuk dalam kursus kawin korang nanti .. Haaa...
Lalang ni , kalau korang nak tau , dia tak hidup di atas tanah jer .. Lalang ni boleh hidup dalam apa jua cuaca dan tanah pon .. Menariknya lalang ni boleh berjalan .. hehehe.. berkaki dua gitu .. Lalang apakah ini ?
Hehehe.. Lalang yang aku maksudkan ini ialah manusia yang mulutnya serupa bontot ayam .. hehehe.. Tau tak camana tu ? Dia ni mana mana puak boleh masuk .. asal boleh bercerita dan mengangguk dengan derasnya ..
Manusia jenis lalang ni , dua dua bahagian dia makan .. Bahagian yang mengutuk , dia menggangguk dengan laju , bahagian yang dikutuk pulak sambil angguk dia tambah ajinomoto , kasi power lagi .. hehe..
Apakah kita ini seperti lalang itu ? Hanya kita saja tau .. Buangkan sikap lalang dalam diri kita dan bercakap benarlah walaupun pahit untuk diterima ..