Memula , aku nak ucapkan terima kasih pada si Katek kerana kerana telah terklik upgrade KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang mana telah memeriahkan lagi dunia blogger dengan kumpulan blogger yang boleh dikatakan besar di dalam group Blogger di Malaysia ni ..
Apa yang menariknya ? Masuk dan tengok sendiri .. ok ok.. dah part tu .. part ni sebenarnya lama dah berlaku dan amat bahaya sekali ! Apakah itu ?
Printscreen perbualan dia FACEBOOK dan jadikan entri ! Bagi aku ini sangat tidak bermoral kecuali atas izin rakan rakan yang terlibat sama..
Bayangkan jika mereka sedang berborak mengenai isu panas , tetiba ada yang buat begitu ! Zaman sekarang ni sangat pantas .. sekejap je boleh tersebar .. Gamaknya sapa yang malu nanti ??
Maka hati-hatilah jika kita berchatting di FACEBOOK.. jangan sampai muka kita terpacak dalam blog blog yang gemarkan isu panas begini !