" Dan bangkit kembali untuk terus berjaya dan kekalkan kejayaan itu selama mungkin .. Tak mudah kan ? Tapi itulah cabaran .. "
Tersengih ? Hehehe.. jgn gitu sahabat .. Yang tersengih tu tak tau apa apa .. Jangan malukan diri sendiri .. Mungkin tadi korang ada baca satu entri di satu blog sahabat meluahkan rasa geramnya pada 'abang' dan aku pasti ianya ditujukan pada aku ..
Tindakan aku pada mulanya ialah menerangkan padanya melalui entri namun tidak mendatangkan hasil .. Apa yang aku buat sebagai seorang ABANG ( bukan abang besar atau abang kawasan yer ) , aku cari dia di FACEBOOK .. Bersemuka kata orang .. Itu lebih matang bukan ?
Kenapa ? Aku kenal dia lama .. Aku pon pernah terhutang budi dengan dia dengan satu maklumat yang aku sendiri pon tak ragui kesahihannya .. Maka aku amik kesimpulan untuk menerangkan segalanya pada dia ..
Dan akhirnya dia akui.. dia salah faham .. Aku tak salahkan dia langsung... sapa sapa boleh terasa dengan entri itu , bezanya menerima atau melatah .. tu jer ..
Entri aku tadi adalah untuk seorang sahabat yang sedang putus asa dalam dunia blog .. Kedudukan dia itu sama seperti aku satu tika dulu .. Walaupun entri aku tu agak keras tapi aku yakin dengan kebijaksanaan dia , dia mampu mengolahnya dengan baik ..
Kalau bukan aku sebagai rakan blogger atau seorang abang memandangkan aku ni tua dari segi umur , sapa lagi nak tegur ? Nak tunggu cik anon tegur ? Kalau mereka tegur , pastinya korang taau camana rupanya kan ?
Aku faham kedudukannya tu.. aku pernah berada jugak ditempat dia.. EGO.. RASA BANGGA DIRI .. aku dah rasa semua tu.. MEMBAZIR sebenarnya .. Dan tak lama pon perasaan tu ..
Fikir semula dalam dunia blog ni.. Kita nak cari duit atau cari kawan dan pada masa sama , duit sebagai sampingan saja .. Tak de blogger kaya dengan buat entri ... Cukup untuk makan sebulan atau bayar bil internet ..
Kalau nak kaya .. dengan blog , bina empayar dengan cipta bisnis .. Yang tu , banyak dah contoh kita lihat .. Buat yang membaca , aku bukan nak perli atau jatuh kan sapa sapa .. Baca semula dan hayati.. Satu hari nanti , kita akan merasainya jika kita lalai dan sesat dalam dunia blog ini..
Selamat bersahur .. Ampun maaf dari BEN ASHAARI .. Sekali lagi , aku bukan dalam dilema.. Aku tau apa yg aku tulis.. Segalanya berdasarkan pengalaman aku yang cetek ini .. InsyaAllah ..