Ada rakan blogger baru mintak aku bagi pendapat aku mengenai isu FOLLOW MEMFOLLOW ni ..
Sebelum aku bagi pendapat aku , terlebih dahulu sila baca kenyataan ini ...
" Pendapat penulis tidak semestinya kekal . "
Ayat ni boleh dijumpai dibahagian PERINGATAN bawah sekali .. Apakah tujuannya ? Perlu diketahui bahawa setiap kali aku keluarkan pendapat , pendapat aku berdasarkan situasi aku pada ketika itu .. Dalam erti kata lain , pendapat aku akan berubah sekiranya ada rakan pembaca atau blogger mengemukakan pendapat yang lebih kukuh berdasarkan logik , fakta serta dalil yang lebih sahih ..
Berkenaan isu FOLLOW memFOLLOW ni , aku pernah keluarkan pendapat aku yang terkini ( sila klik SINI ) .. Hurm.. isu ni , takkan abis sampai bila bila .. Nak kita didik blogger baru , aku rasa ini isu kecik sangat kecuali bila ada blogger yang menipu atau memaksa .. Part ni yang kebanyakkan blogger tak senang sangat ..
Aku pelik.. serius .. pelik giler kenapa boleh sampai nak menipu dalam soal memFOLLOW ni ?? Tu pun nak menipu ? FOLLOW je la kalau rasa nak bertukar .. Kalau tak nak , jgn buat ..
Yang memaksa ni pon satu hal.. Yang nak paksa sangat ni kenapa ? Aku dulu , buat gak menda ni .. tu pun memula jer.. pastu jadi boring.. Apa yang aku buat cuma FOLLOW .. Tak suruh diorg FOLLOW pon balik.. Diorg nak FOLLOW semula , terima kasih aku ucapkan .. tu jer... Tak de la pulak nak hangin satu badan sampai terkentut kentut .. adeh ..
Aku pernah 'tembak' gak blogger yang gunakan tema I FOLLOW U , U FOLLOW ME .. Kenapa ? Bagi aku , itu satu paksaan secara halus.. Apa yang patut korang buat ialah .. Sekadar FOLLOW jer .. Kalau nak 'lebih menjadi' , FOLLOW blog blog yang baru .. 95% dia akan follow balik.. heehhe.. Pasni pasti korang tak follow aku dah punya.. hahahah .. Tak kisah la.. :)
Setelah setahun lebih berlalu , aku memahami bahawa aktiviti ni cumalah bersifat 'sementara ' saja .. Tak perlu nak gaduh , nak bertekak atau bermasam muka .. Jauhkan bermain sihir secara maya yer .. hehe..
Ok..tu je pendapat aku .. Kalau nak FOLLOW , buat secara sihat .. kalau tak sihat , maka korang sendiri yang sebarkan virus itu lalu blogger yang dah lama ni terkena jangkitan lalu hangin la gak kan .. hahaha .. .
NO KOMEN ! hahahah ...