Semalam , aku post entri ISU MURTAD .. Lebih 5 ribu orang masuk menonton video tu .. Ramai yang geram .. marah .. benci.. macam nak belasah orang orang di gereja tu pon ada ..
Cuba kita fikirkan kembali.. Kenapa mereka boleh murtad ? Iman tak kuat ? Kuat sangatkah iman kita ? Tu yang dok terdedah aurat sana sini tu ? Mungkin tidak sampai murtad tapi tetap melakukan dosa kan ? Amik rasuah.. memaki hamun sesama saudara .. apakah itu semua ?
Ok .. Aku bukan suruh galakan murtad .. Nauzubillah .. Berdosa besar aku.. Maksud aku , senang jer .. Apa peranan kita untuk mengelakkan saudara saudara seagama kita dari murtad ? Dalam akhbar hari ni , seorang mualaf dibuang keluarga kerana peluk Islam dan kini terkapai kapai mencari pohon untuk berteduh .. Apakah peranan kita ? Sapakah yang amik kesempatan di kala mereka susah ? Sekuat mana iman mereka sedangkan mereka baru peluk Islam ? Di zaman nabi s.a.w , bagaimana mereka melayan saudara baru ? Di zaman ini , kita layan mereka camana pulak ?
Aku tegaskan sekali lagi , aku bukan sokong mereka yang sedang berusaha memurtadkan saudara seagama tetapi aku menyalahkan diri aku sendiri kerana tidak memainkan peranan aku sebagai saudara mereka ..
Malam ini saja aku buat dua post mengenai saudara kita di Somalia sana... Aku terpanggil membuat entri ini setelah menonton pelancaran kutipan derma di berita tadi ..
Bayangkan , jika mereka ini di bantu oleh negara-negara kafir .. Kita gak melenting ! Sedangkan negara-negara Islam yang kaya raya , sibuk membelanjakan duit mereka membina bangunan bangunan tinggi melangit.. berpoya poya .. dan sebagainya.. Tu korang leh pk sendiri ..
2 post aku dah buat ... Jika aku buat segmen malam ini , berapa ramai yang akan buat ..Tapi jika untuk entri kebajikkan ?? Sapa nak buat ?? Serius , aku malu jadi blogger kalau ini pon aku kedekut nak buat ! Tak guna punya tinggi trafik kalau tak reti menggunakan ke arah kebaikkan ..
Itu di luar negara.. Dalam negara ? Yang fakir ni ? Berapa ramai ? Susah sangat ke nak mewar warkannya kalau dah tak nak sedekah ? Kita dok cerita pasal trafik , pasal SEO , pasal sifu tapi bab ni ? KESIAN je mampu kita luahkan ? Blog tu untuk apa ? cerita pasal boyfriend ? Cerita pasal makan apa tadi ? Serius , aku sedih giler ..
Mmg bukan masalah korang.. Tapi jangan melenting jika mereka berada dalam gereja !Apa kata DR ASRI mengenai isu ini ? Baca SINI