Ada kawan bertanya lagi .. dan aku tak putus putus menerangkannya kerana setiap hari , pendapat dan pengalaman aku bertambah ..
Nak maju dalam dunia blog amatlah mudah .. Yang menyukarkannya adalah kemampuan diri .. Semua orang boleh cakap untuk maju tapi berapa ramai yang mampu melaksanakannya ?
Aku amik contoh paling mudah .. Untuk maju , banyakkan latihan .. banyakkan kajian .. Tanpa latihan , kita tak tau kelemahan .. Di situ kita akan kaji .. Apa sebenarnya 'blog' dan identiti kita ..
Beberapa buah blog yang baru 'lahir' , aku nampak mampu pergi jauh kerana punya identiti yang tidak tercemar atau terikut cara blogger lain ..
Nak naik tu , serius aku kata .. mudah .. tapi nak kekal atau terus naik tu yang susah .. Amik contoh dalam dunia artis .. DIVA ... sapa ? Dulu , Sharifah Aini .. Kemudian Sheila Majid .. Kemudian datang Siti Nurhaliza .. Habis semua dia pukul ! Tapi bukan sehari dua okeh !! Bukan ari ni dia pegang microfon , dia terus jadi DIVA !
Berapa ramai penyanyi yang lahir kemudian untuk merampas tahta Siti ? Sampai sekarang takde sapa mampu bersaing .. Yang lain ? Yang kononnya nak bersaing dengan Siti tu , mana pergi ?? Kawin dan duduk rumah terus .. Siti ? Dia trus maju dalam bidangnya malah dah buat bisnis lain pon..
Nampak tak ? Nyanyian cuma batu loncatan dia untuk berjaya dalam kehidupan dia .. Bina nama , kemudian buat bisnis .. Zasss... mabeles .. senang hidup skang ..
Sama gak dengan blogger .. Naik dengan bijak.. Gunakan bakat , kreativiti , usaha ... jangan sesekali gunakan pendekatan keji kerana bumi ni bulat ... Hari ni kita gelakkan orang , esok lusa orang gelakkan kita ..
Akhir kata , nak gembira dalam dunia blog ni sangatlah mudah .. Hasilkan entri yang mengembirakan dan memberi manfaat pada pembaca .. Tak kira 1 orang atau 10 ribu orang baca , yang penting mereka memahaminya dan mengangguk akan 'keistimewaan' blogger tu menyampaikannya ..