Salam .. selamat pagi .. Sahur dah ? Confirm dah kan ? Berkat tu .. OKeh .. Seharian isu isu panas dikalangan segelintir blogger yang melibatkan newbies dan juga aku dah berlalu .. Aku harap la yer ..
Bukan apa , aku dah bagi penerangan berjela .. Kalau masih ada yang tak puashati tu , pasni boleh duduk jauh jauh dan keluarkan entri entri yang menunjukkan anda itu lebih bagus dari apa yang anda perkatakan .. Jangan cari isu murahan ..
Dan , selepas ini ... jangan kata aku tak bagi amaran yer .. mana mana kutukan yang menulis nama aku secara terang terangan , samada di blog atau FB .. aku tak perlu pening kepala ... aku printscreen dan buat laporan pada ;
- SKMM
- POLIS
- PEGUAM
"Orang ramai juga dinasihatkan bertanggungjawab atas setiap komen yang dipaparkan dalam Internet kerana polis mempunyai keupayaan untuk menyiasat dan mengheret mereka ke muka pengadilan," .. Lanjut di SINI
Perundangan Malaysia
Perundingan Malaysia tidak membezakan penulis blog umum dengan penulis terbitan umum yang biasa, dengan itu blog dianggap satu penerbit sama seperti percetakan biasa. Oleh itu pemilik/penulis blog tertakluk dengan perundangan sama. Di antara akta-akta yang meliputi aktiviti blog termasuk seperti berikut:-
- Akta Hasutan 1948 - Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
- Akta Fitnah 1975
- Akta Rahsia Rasmi 1972
- Akta Iklan Lucah 1953
- Akta Perihal Dagangan 1972 - Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan.
- Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
- Akta Hakcipta 1987
- Akta Kesalahan Komputer 1997
Lanjut di SINI ..
Jadi , kalau rasa rasa nak kutuk tu , pastikanlah berasas .. Selagi ada yang menafikan ... ada bukti ... Maka berhati hatilah .. Sekian ..
Selamat berpuasa ..