Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. - UTUSAN
Macam macam ada ... Jom tengok apa kata wikipedia lak .. Tertanya lak .. Kalau Mat Sabu kata sebaliknya , dia ada bukti atau nak terbitkan filem atas kepercayaan dia ? Huhu.. Bikin pening orang jer ..
Jom baca apa kata Arkib Negara..
Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.
Pada Zaman Pendudukan Jepun rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.
Sumber: http://arkib.gov.my/bm/programkhas/kisahsejarah1.htm
Aku pelik .. serius pelik.. Macam macam orang dah pesan.. Dari no 1 hinggalah auntie kemas pejabat tu..
" Bawak kereta elok elok .. Biar sampai rumah .. jangan sampai kubur .. "
Tapi ?? Tak mahu gak paham... Apa punya manusia betul laa.. Nak bawak laju laju tu nak g mana ? Kalau nak bawak ala ala F1 tu , kasi tukar la itu kereta .. Ni takat kancil cabuk.. Myvi cabuk .. pastu nak bawak konon cam .. kereta bawah ni ..
tolong kasi kaya dulu.. Ni baru kena saman RM300 , dah mintak rayuan .. Apa kes !!
Encik polis , kasi saman je mana mana pemandu yang tak nak dengar cakap ! Bila dah eksiden , baru nak garu kepala.. Bila ada yang mati , baru nak teriak tak hingat .. menyesal la sangat tu !! Caitt..
Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.
Sebuah hadis kudsi,
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)
Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?
Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah
Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com
Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..
Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak menghukumnya.. Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu... kekasih.. bekas kekasih.. kawan .. kawan office... suami .. isteri... apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya... dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya... kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...
Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?
Rumah ni dimiliki oleh Ronaldinho terletak di Barcelona.. huhuh
Cukup gile aku dengan design rumah begini ...
Pelik ? Hehehe ..
" Wah.. kenapa kedai tutup awal ?? " Aku tanya kat mamat bangla jaga pam minyak di Shah Alam tadi ..
Aku ke Uitm Shah Alam malam tadi sbb ada hal .. Pastu singgah ke Shell berhampiran untuk mengisi minyak memandangkan esok ada projek menghabiskan duit di KLCC atau mana mana shopping complex yang berhampiran ..
" Sekarang tutup awal la bang.. Dulu tutup pukul 10.30 malam.. tapi sekarang 9.30 malam " . Mamat tu bagi penjelasan ..
" Apasal ? Ada banyak kes rompak ka ? " . Aku tanya dia ..
" Yala.. Itu hari , sana punya stesen minyak sana kena.. Situ pon ada kena jugak .. Jadi sekarang tutup awal la " . Dia tersengih .
" Ooooo... macam macam laa.. " . Selesai pam... Aku ucapkan terima kasih dan selamat hari raya kat dia .. Sengih dan masuk ke dalam kereta..
Haih... makin lama makin hilang sivik orang kita... Apakah makin ramai orang terdesak dalam membina kehidupan mereka ? Tercari cari arah atau rentak hidup ? Nak kata takde akal , boleh pulak pandu motor ! Nak kata tak bijak sangat .. hurm.. mungkin la kot..
Jutaan terima kasih pada anggota serta pegawai POLIS DIRAJA MALAYSIA kerana terpaksa mengorbankan cuti mereka bagi memastikan kelancaran trafik di seluruh Malaysia .. Dan juga anggota polis yang bertugas untuk mencegah jenayah ..
Tidak lupa juga tentera yang bertugas menjaga sempadan , JPJ , petugas tol dan juga mereka yang tidak dapat bercuti bagi memastikan MALAYSIA teru 'hidup' ..
Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir dan Batin .. Bertuah anda semua kerana berkorban untuk memastikan mereka dapat berhari raya .. Banyak pahala tuuu...
Seorang wanita berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.
Wanita berkenaan, Norshahira Mohd Rasul, dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani. - BHARIAN
Betul.. cinta tak semestinya bersatu tapi kerana cintalah kita bertemu.. Hehehe.. Page baru yang aku baru buat di FACEBOOK untuk mereka yang suka dengan bermadah pujangga ..
Tapi , janganlah kerana tak dpt bersatu , maka buat keje gile ! Keje gila yang aku maksudkan tu , kawin lari .. Tu bangang namanya .. Ingat ingat la orang tua yang membesarkan kita tu..
Bayangkan dari dalam perut orang tua kita membelai kita .. tau tau bila besar , kawin lari .. Pastu , bila dah tau kena tipu , baru nak teriak macam nak kasi runtuh gunung !
Nak kata padan muka , tak patut pulak.. Tapi bila buat kerja tu , tak nak pikir abis abis.. Kena la tau mana baik dan buruk.. Cinta cinta gak.. Tapi mak bapak tu kena la jaga ..
Kang menyesal tak sudah .. Haishh..
Ada kawan tanya aku ..
" Berapa pasang baju raya tahun ni , Ben ? "
" Tak beli.. Yang lama masih ada.. Baju menikah yang berharga beratus ringgit tu masih boleh dipakai malah cantik lagi .. "
Aku menjawab dengan selamba .. Asalkan cantik , kemas dan bergaya di pagi raya , sudah memadai bagi aku .. Menghidupkan pagi Aidilfitri dengan bermaafan sesama ahli keluarga itulah yang penting ..
Berpakaian cantik , biarlah berpada pada .. Mengapa perlu berhabisan semata mata untuk beraya ? Apakah tidak beraya jika tidak memiliki baju raya yang berpasang pasang ?
Apakah erti Aidilfitri bagi kita sebenarnya ? Mari kita baca kisah mereka sebagai pedoman buat kita semua ..
“Ketika orang lain sibuk mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri, kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah,” kata Norbitah Arshad, 37, kakak Muhamad Nur Aiman, 16, yang terbunuh dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain di Jalan Kampung Kempadang, malam kelmarin." - HMETRO
Apakah kita tidak bersyukur ? Syukur hanya di mulut sajakah ? Kawan , setiap saat adalah nikmatNYA ... Hayatilah .. Mana tau inilah Aidilfitri kita yang terakhir ...
Sebelum nak rogol , jom layan gambar yang sangat menstimkan ini ..
Terkini di Bharian - 14 rotan balasan rogol anak
Seorang buruh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun dengan tali rafia, bulan lalu.
"“Hukuman berat ini perlu dijadikan pengajaran bukan saja kepada tertuduh, malah kepada masyarakat pada umumnya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya dan bukannya melakukan perkara yang terkutuk dan menjijikkan seperti ini,” katan hakim...
G baca sendiri eh ... Bagi yang hobinya merogol , cuba tukar ke bercucuk tanam .. Kalau malas bercucuk tanam , cuba pegang tasbih.. berzikir.. Tak susah.. Duduk dan berzikir je.. Mudah bukan?
Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Lanjut > Bharian ..
Haih.. macam macam... Perkara begini sepatutnya boleh difikirkan sendiri .. Janganlah leka.. Jangan dok fikirkan kecantikan sampai boleh mendatangkan kecelakaan .. Ingatlah yang tersayang..
" Aku malas la nak raya tahun ni ... "
" Apahalnya ? "
" Yelah , tahun tahun lepas baju raya aku ada lebih dari 5 pasang.. Tapi tahun ni ada 3 pasang je.. tak best tul la "
" Oh ye ker ? Kau puasa abis ke ? "
" Tak pon... aku kan perempuan.. "
" Owh.. terawih sampai skang , dapat buat semua ? "
" Kalau dah puasa pun ponteng , terawih apatah lagi .. Kau ni pon satu laa "
" Aah eh.. betul gak tu .. "
" Tak best kan ?
" Kau puasa tak abis.. Terawih pon cam tu gak ... Pastu tak reti nak bersyukur.. Sememangnya tak layak la beraya .. Aidilfitri ni adalah hari Kemenangan.. Kemenangan melawan nafsu serakah selain dari menahan lapar dan dahaga.. Apa yang kau menang ? "
" Erk.. aku menang ... hurmmm.. aku abis duit banyak lagi ada la.. hurm.. "
" Kau duduk situ.. kau fikir semula.. Apakah kau akan bertemu lagi Ramadan yang akan datang ? Masa tu baru kau tau , satu hari di raya ibarat satu kenikmatan yang tak terhingga.. Dan pastinya waktu tu kau mohon pada Allah untuk kembali ke saat ini .. "
Krisis air di Lembah Klang pada 2014 !
Tapi kita tetap membazirkan air.. Apa kata air yg dibazirkan itu di 'dermakan' kepada mereka ?
Kebuluran di Somalia merebak ke dua lagi kawasan
Krisis kebuluran di Somalia dijangka akan merebak ke dua lagi kawasan di wilayah selatan di negara ini dengan berjuta-juta lagi orang menderita akibat kemarau teruk. - Utusan .
Apa salahnya kita derma sedikit .. Setakat duit makan untuk esok , kita dermakan pada mereka .. Yang penting , kita mainkan peranan kita sebagai manusia yang berperikemanusiaan ..
Jom baca entri ni pulak.. Moga ada keinsafan pada kita semua di malam ini ..Klik SINI ... InsyaAllah ..