Wah... satu penghargaan kepada blog aku....
" Kami dari pihak SimplySiti Sdn Bhd berminat untuk menggunakan blog anda sebagai medium "online advertising' yang mampu memberi faedah kepada kami dari segi "create awareness" kepada jenama kami dan juga memberi maklumat tepat dan berkesan kepada pengguna.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranaya kami dapat bekerjasama dengan benashaari.com. ...... "
Email yang baru aku terima dan membuatkan aku membacanya berkali kali ! Yelah , aku kan blogger lelaki .. SimplySiti lak produk perempuan.. Agaknya sbb blog aku ni ramai pembaca perempuan kot.. hehehe..
Tak kisah la.. janji apa yang aku usahakan selama ini berjaya membuka mata banyak pihak ... Samada dapat atau tidak , tu belakang kira .. Yang aku kira , aku dah sampai ke situ !
Apa pun , jutaan terima kasih buat semua rakan rakan pembaca dan juga blogger di blog ini yang mana tidak putus putus memberi sokongan..
Satu penghargaan dan hadiah buat blog aku yang mana hari ni genap 2 tahun aku bergelar blogger ! Terima kasih .. Syukur Alhamdulillah.. Rezeki baby... semua aku simpan untuk dia.. Nak beli lens pon pk jutaan kali tau !
LELAKI sebelum kahwin dikatakan romantik dan begitu penyayang serta lemah lembut ibarat pijak semut pon tak mati.. Sebenarnya hakikat ni , sama je tak kira lelaki ke perempuan ..
Ambil contoh paling mudah je la kan .. Kalau g rumah bakal mertua , apa yang akan kita ( lelaki atau perempuan ) buat ? Berapa peratuskah kita akan menjadi diri kita ? Pastinya kita akan berlakon sedikit kan ?
Sama je bila nak mengorat .. Takkan nak tunjuk taring memula atau nak tunjuk kuku walaupun itulah sepatutnya .. Tapi bila tunjuk sapa diri kita sebenar , apa pasangan kita akan menerimanya sedangkan itulah proses penyesuaian terhadap sesuatu perhubungan ..
Lelaki akan cuba belajar mengenali pasangannya ( perempuan yer ! ) , dan cuba menjadi yang terbaik bagi memastikan mereka bahagia dan menjadi pasangannya ..
LELAKI selepas berkahwin dikatakan amat berubah sekali berbanding sebelum kahwin ( nikah dulu ) .. Kenapa ini berlaku ? Sebelum nak kata lelaki berubah , apakah perempuan tidak berubah ?
Ambil contoh paling mudah la yer .. Bab order makanan .. Sebelum kawin , paling tidak pon , makan bihun dan air sirap .. Selepas kawin camana pulak ?
Bab shopping pula , lelaki sebelum kawin akan mengekor ke mana saja pasangannya pergi.. Kenapa ini berlaku ? Ini adalah proses pembelajaran.. Nak tau apakah citarasa bakal isterinya .. Kalau jenis material , maka ada kesempatan untuk cabut lari .. Kalau mampu tanggung , tak pe la kan ? Kalau tak ? Ada gak pinjam along .. pas kawin , mula gaduh sebab sarat dengan hutang gara gara nak tackle pasangannya itu ..
Lelaki berbeza selepas kawin adalah seperti evolusi jugak .. Cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Kenapa lelaki jadi penyayang ? Sebab isterinya .. Kenapa lelaki jadi garang ? Tu kena tanya diri sendiri..
Curang ?? Ini bukan topiknya .. hehehe.. Sekadar pendapat peribadi ..
"Nyet .. Mai la turun.. Ni ada awek call ko nehh .. "
" Apa kelas bos awek call .. Try buat panggilan lucah laa .. Baru cool !
" Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin."
Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.
Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu. " - Hmetro
Perghhhhhhhhhhhhhhh... 3 jam ??? Menanah kepala otak woiiii... Ingat kejap je ?? Walaupun perbuatan memukul isterinya itu tidak patut langsung , tapi apa yang dilakukan oleh isterinya itu mmg boleh buat mana mana lelaki hilang pertimbangan .. Pukul ? Tu melampau la.. tapi kalau naik hangin tu tak mustahil tu ..
Kalau aku ? Jangankan 3 jam , setengah jam confirm aku g masuk cari.. Mana la tau apa apa jadi pada isteri kita tu kan .. Kita jugak nanti pening kepala ...
Belasah ? Buang masa jer .. kang tak pasal pasal menghabiskan hayat dalam penjara...
Memula ASTRO buat keje gila dengan menaikkan harga tak tentu pasal .. Entah apa alasan diorng pon tak tau laa.. Nak kata tak untung , membohong la.. Setiap rangkaian diorng tu iklan memanjang ! Ke nak beli kelab EPL gak ??
Dan semalam , syarikat telekomunikasi di Malaysia ( Maxis , Celcom , Digi dan lain lain ) akan menguatkuasakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kepada pengguna keatas setiap pembelian tambah nilai prabayar .. Tu pon termasuk ke atas SIM prabayar yang baru ..
Haish.. ni apa gila ni ? Semua pakat nak naikkan itu ini ?? Kalau asyik naik , sapa nak turun ? Makan kat restoran skang ni pon dah ada cukai perkhidmatan .. Kat kedai mamak pon ada kalau tak silap aku ! Semua pakat nak beli kelab EPL atau LA LIGA ke ??
Kerajaan tengok je ? Isu ASTRO pon tak abis .. tambah ni lagi ? Walaweiii .. Takkan dari ari tu tak abis abis meeting pasal ni ?? Amboi.. dasat benar ni ... Kalau bab lain , pantas pulak buat kerja .. Ni nasib rakyat tau tak !
Kalau ASTRO boleh la di terajang buang .. Kalau sampai nak guna telefon pon kena cukai , aku rasa ada baiknya kita ....
Zaman public phone.. Pasni akan nampak la ramai orang bertenggek kat public phone... Haish.. teringat zaman aku remaja dulu.. Member siap bawak kerusi untuk bergayut berjam jam lamanya... akhirnya kawin ngan orang lain ... Adeh..
Tapi mlm ni aku nyaris buatkan dia susu protein milik aku gara-gara dok fikir idea utk cerpen aku tu haa..
Kalu tak ?? Mesti mcm dlm video tuuuu..