Tak la bunuh diri yg bunuh diri tu .. Neraka aku nanti .. Maksud aku , malu sampai ke mati punya arr..
Published with Blogger-droid v1.7.4
" Nama saya ...DonaldCat ! ..Kuasa saya , berenang sambil mengiau tanpa henti serta mampu mengigit ikan di dalam air .. "
Aku tetap kenal korang punyaaa.. Nyamar laaa.. ingat tak kenal keee !!
" Aku dah cuba yang terbaik bagi memastikan aku tidak dikenali !! "
Sempat pergi satu ' open house ' member sekolah dulu .. Terjumpa geng geng lama .. Hehe.. Lawak bila tengok memasing dengan anak-anak mereka .. Tak sangka la kawan kawan yang jahatnya sama level ngan penjahat ( termasuk aku ) , boleh menjadi ayah yang baik dan penyayang .. Sememangnya masa mematangkan manusia ..
Patutnya lepas satu rumah ni , aku ada sebuah rumah lagi nak pergi tapi memandangkan seminggu aku tak g umah orang tua aku , maka aku cadang nak terus g sana ngan wife .. Rindu pulak kat diorang dan anak anak buah aku tu ..
Sesampai kat sana , bapak aku yang jarang nak luahkan rasa rindu kat kitorang , meluahkannya sampai rasa nak g umah kitorang pagi tadi tapi memandangkan dia kurang sihat maka dibatalkan saja hasrat tu.
Kesempatan melepak bersama ayah aku tu , aku bukak cerita pasal Mat Indera dan cerita British di zaman dia dahulu.. Saja nak dengar pengalaman hidup dia ..
Dia cerita segala pengalaman politik dia ( orang kuat parti sehingga berpaling tadah kerana ... ) .. Mmg ada kebenaran dari cerita dia .. Maklumlah apa yang kita tau sekarang ini cumalah dari pembacaan saja .. Kadang-kadang kita perlu dengar sendiri dari mereka yang berpengalaman kan terutama dari orang tua kita sendiri ..
Ayah aku yang mana dari semenanjung dan kemudiannya berhijrah ke Sabah sehinggalah 'dihalau' keluar dari sana akibat pertukaran pemerintah , mencerita segala -galanya ( apa yang dia tau la ) termasuklah cerita Singapore ..
Apakah cerita sebenar British sebelum Jepun datang menakluk Malaya dan cerita sebenar selepas Jepun pergi sehinggalah cerita mengenai komunis ? Tanyalah orang tua kita atau atuk nenek kita.. Mereka ada cerita mereka tersendiri ...
Hurm... politik ... mmg sukar nak kata sapa betul sapa salah. Orang ni naik , ceritanya begini.. Orang tu naik , ceritanya begitu .. Mmg kita kat tengah-tengah ni jadi mentimun je la..
Makin lama makin pelik sikap manusia ni .. Bukanlah semua tapi segelintir yang semakin hilang pedoman hidup. Ini dapat dilihat dengan tersangkutnya carian carian pelik berdasarkan Histats.com yang dipasang diblog BEN ASHAARI.COM .
Apakah carian tersebut ? Jangan baca sambil makan ketupat atau nasi impit.. Takut tersembur nanti.. Baiklah , anda bersedia ? Ayuh , kita mulakan..
Kesimpulan :
Nilailah sendiri ... Bagi yang ada anak , silalah pantau .. Jangan percaya 100% . Aku dulu pon bergelaar anak.. Sekarang bergelar suami.. Lagi la kena pantau !! Hahahaha..
Sambung dari episod ( 8 ) . Dan bagi yang belum pernah baca , sila rujuk di entri INI
" Woi Ben , lama dah sampai ?? " . Manis sungguh sapaan si Wan Kembong ni .. Harap je belajar sekolah agama tapi tak praktikkan langsung.
"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh ya Sahabat .. Lama tu tak la , tapi aku tak boleh bangun dah ni .. Melekat terus kat kerusi ni haa.. " . Aku perli si Wan.Hampir sejam aku tunggu dia. Ini la dia orang kata JANJI MELAYU .AKU tak kata tapi mereka yang dah biasa gunakan maka aku ikut jer !
"Wah , ustaz Beben ! Heheh.. maafkan aku laa. Aku pergi antar awek aku no 4 tadi pergi shopping. Karang kena jemput lak.. Hehe..Apa nak buat , awek ramai ! ". Wan bagi penjelasan tanpa rasa bersalah langsung memandangkan dia tahu aku takkan ambil kisah kelewatan dia itu .
" Inilah dia orang melayu . Asal lebih sikit bab agama , terus panggil ustaz . Hampeehh .. Haa... dah tau ada ramai , Riana tu nape nak ayat gak ? Nak kasi cukup koleksi gambar awek dalam almari kat dapur rumah kau tu ke ? " . Kegeraman aku hampir terletus. Tapi si Wan ni muka tebal ! Tidak akan ambil kisah langsung. Yang penting , apa yang dia hajatkan , terlaksana.
" Amboi bang , marah nampak . Takde la aku beria nakkan si Riana tu walaupun aku berniat nak tackle dia .. Heheh.. Acah jer..Awek aku ni pon dah ramai. Sampai tak tau nak jaga yang mana satu dah ni . Kalau masuk Riana , dah 5 ! Hahaha.. Kopak aku bang ! " Wan bagi penjelasan sambil menghisap rokok.
" Marah tu tidak la... geram jer .. Haaa.. ni kalau nak melepak dengan aku , rokok tu sila padam . Aku tak nak follow kau masuk kubur dengan paru-paru aku yang rosak nanti..Kau g je la sorang sorang dulu yer .. Dah .. Jom masuk dalam .. Nasib baik la ramai awek lalu lalang.. Sempat jugak aku menambah dosa aku dengan cuci mata .. Diorang ni macam dah tak tau nak pakai apa kan ? ". Aku mula nak bebel .
" Wah.. tak cukup ke dosa kau tadi ? Ni nak tambah lagi ke? Hehe... Eh.... Tuuu.. tuuuuu.. Bukan dia ke ??? " . Wan Kembung muncungkan mulutnya ke arah seseorang .
" Eh.. tu Riana ke ?? " . Hatiku berbunga riang tapi kenapa dia tak sms aku lagi ? Aku pula lupa nak tanya kat si Wan tadi apa yang si Riana nak dari aku .
"Riana la bang.. Aku ngan perempuan mana boleh dipisahkan.. Sekali tengok lenggokkan dah kenal sapa dia ! Haaa... Nak gegar dia tak ? Tu dia ngan kawan dia tu.. Macam cun gak tu..". Wan mengangkat kening tanda gatalnya dah tiba.
"Jom la.. aku pun dah rindu sangat kat dia ni .. " .Malangnya hanya mampu terkeluar dari hati aku sahaja . Kat mulut , membisu seribu bahasa.
Aku mengekori langkah Wan Kembong menuju pada Riana dan kawannya yang sedang makan di food court KLCC . Cantik dia hari ni walaupun simple je pemakaian dia . Kawan dia ? Aku terlupa nak pandang.
" Assalamualaikum .. " . Wan Kembong bagi salam pada mereka .
" Tahu pulak mamat ni bagi salam ?? Tang aku , main woi woi je ??? Mati nanti angkat la keranda tu sendiri ! Caittt.. Lupa kawan tul ! ". Getus hati aku .
"Waalaikummussalam .. Eh , Wan .. Ben .. Korang nak g mana ni ? Wah... macam dah rancang je nak jumpa kat sini ?? ". Terpancar kegembiraan di wajah Riana bila nampak muka kami. Apakah dia gembira nampak aku atau Wan Kembong ?
Cemburukah aku ???
-SAMBUNG-
" Seksi tak saya ? "
Seksi lelaki , lain rupanya.. Seksi perempuan , semua tau walaupun seksi ni umum pendapat dan citarasa kan ?
Memandangkan LELAKI suka melihat SEKSI maka WANITA pon 'terpaksa'lah SEKSI walaupun tahu apa hukumnya .. Salah siapa ? Permintaan LELAKI atau WANITA yang menurut kehendak LELAKI ?
Bila pergi kerja , kena seksi... Mungkin untuk kepuasan diri ? Atau alasan biasanya adalah untuk keyakinan diri.. Jika tidak seksi , maka abislah keyakinan mereka ?
Ada yang akan kata , perempuan pakai baju kurung pon nampak seksi kan ? Cuba perhati semula baju kurung tu .. kainnya , designnya ? Mengikut bentuk badan ? Kain yang lembut yang mana bila angin bertiup akan menampakkan tubuh badannya ?
Seksi ? Seksi ? Seksi ? Antara aurat dan neraka ... Sempadan dosa dan pahala ...
Bayangkan .. Sekuntum bunga diletakkan di atas kepala wanita .. Bagaimanakah rupanya ?
Bayangkan jika gubahan bunga ini pula diletakkan ..
Tidak dapat dinafikan , kedua-duanya cantik tapi ??? Manakah yang sedap mata memandang ? Ya , betul ... masing masing punya citarasa .. Tapi hakikatnya ? :)
Sekadar pendapat seorang lelaki ..
Sila buat muka macam ni bila berdepan tuan rumah ! Confirm dapat punya ..
Yang macam ni pon ok gak.. Nampak muka welfare skit..
Tapi jangan sesekali buat buat perangai macam di bawah ni ..
Ni nampak gaya cam profesor yang dah kaya raya
Ni muka sombong !
Tapau makanan !
Jangan makan sampai tak larat balik !
Jangan mengatal dalam rumah tu !
Dan update blog dengan mengunakan elektrik tuan rumah !
Hehehe... sekadar tips yang tak mungkin berjaya.. kot ?