Wahh. Ada orang kata Nuffnang tipu ke ? Perghh... sampai hati kata gitu tauuu.. Hehehe.. Keyword ' Nuffnang tipu ' tersekat di blog aku nih...
Benarkah Nuffnang tipu ? Innity tak bayar atau Advertlets juga begitu ? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang dah guna ketiga-tiga syarikat tersebut.
Semua bayar laaa... Bezanya cepat atau lambat je.. Haaa.. Tapi sebelum itu , sila tanya diri sendiri.. Ada buat kesalahan tak seperti fraud click ? Kalau ada , mungkin akaun korang akan ditahan sementara siasatan dilakukan.
Dan , pastikan segala personal details perlu diisi seperti no akaun bank , alamat dan sebagainya. Sila rujuk kembali di setting memasing.
Dan jangan cepat melatah.. Aku pon cam korang gak dulu.. Memang berbulan nak bayar.. Mereka perlu dapatkan bayaran terlebih dahulu dari pihak terbabit sebelum membayarnya pada bloggers.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran , korang email terus je pada mereka untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Takat tanya kawan-kawan , kadang-kadang tak membantu sangat.