Jadi mak andam .. muhahaha... Tak de la.. jiran aku ni .. saja menyemakkan diri sat...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] ..
Tanpa nama singgah kembali.
Terima kasih Ben .. Di luar jangkaan saya sama sekali .. Tak sangka akhirnya Ben berani meluahkannya .. Itulah yang sepatutnya dibuat dari dulu. Jangan bila kehilangan , terasa menyesal. Bila di tangan , dilempar-lemparkan !
" Arghhh... sapa dia ni ??? Adawiyah tak baca ke ??? Malu aku bila pembaca aku tanya sapa Adawiyah ni .. Kang ada yang ingat aku syok sendiri .. Haih.. susah susah.. tapi tak pe la .. Dah terlanjur aku lepaskan entri tu , maka biar je la begitu. ". Bisik kecil hatiku.
Bukan mudah untuk meluahkan kata CINTA .. Untuk melepaskan rasa SUKA , amatlah mudah .. Tapi CINTA bukan satu permainan. Bukan satu pertaruhan. Ianya melibatkan hati , maruah , pengorbanan serta keimanan.Bukan sekadar ucapan I LOVE YOU , bermakna sudah jatuh cinta ..
Penantian suatu penyiksaan. Akan aku miliki hatumu itu , wahai Adawiyah. Apa sekali pun rintangannya , akan aku tetap rentasi. Aku nekad Adawiyah. Aku tak kira kawan mahupun lawan , kali ini .. kau akan aku jadi milikku ! Selamanya ...
Akan aku bersemuka dengan Wan Kembung nanti ! Akan aku minta hatiku kembali ! Dia bukan barang mainan ! Dia adalah CINTA ku ! Kalau nak bergaduh pun , bergaduh la.. Kalau nak hilang kawan pun , hilanglah. Terlalu banyak sudah pengorbanan aku pada seorang kawan selama ini. Tapi tidak yang ini.
Malu akan aku tolak ketepi.
"Wan , jap lagi jumpa aku dekat cafe. Bawak Riana sekali. Adawiyah pun. Antara soal hidup dan mati. "
Send ..
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43]..
New Post
Adawiyah ,
Hadirmu sejuta makna ..
Dikala hidupku penuh duka ..
Adawiyah ,
Senyuman umpama mentari pagi ..
Menyinari hidupku ini ..
Adawiyah ,
Andai kau ku miliki ..
Lautan api aku renangi ..
Adawiyah ,
Terimalah hati ini..
Sesuci embun pagi ..
" Aku harap kau membacanya .. ". Selamat malam sayang ..
Publish !
Itu saja cara yang boleh aku fikirkan. Kalau nak berdepan dengan dia , sahih aku akan ke wad ICU. Bila melibatkan hati , aku pasti mati ! Walaupun sepatutnya aku kena berani tapi aku sememangnya penakut untuk meluahkan perasaan..
Log Out
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] ..
" Naper Ben nak jumpa Adawiyah ? ". Adawiyah memandang aku dengan penuh tanda tanya.
" Siang malam , Ben memikirkan perkara ini. Ya , benar.. kita masih belajar .. Masa depan adalah penting.. Tapi ... Ianya akan lebih bermakna jika ... Adawiyah .. sudi bersama dengan ... Ben.. ". Tergagap gagap aku melafazkannya.
Aku nekad ! Aku perlu luahkan sebelum terlambat. Aku tahu Wan hanya sekadar bermain perasaan dengan Adawiyah dan Adawiyah sekadar teman biasa.
Bagaimana aku mengetahuinya ? Aku kenal sangat Wan tu. Dia takkan mudah nak bercinta dengan perempuan. Perempuan baginya umapama rantai ! Jika terjebak dengan cinta , maka digarinya hidup-hidup.. Hilang segala kebebasan. Ini bermakna , dia tidak mencintai Adawiyah dan ini peluang bagi aku untuk melepaskan segalanya isi hati.
" Tapi Ben .. Wan ? ". Adawiyah serba salah.
" Ben akan bersemuka dengannya. Tak rela dah Ben hidup begini setiap hari .. Setiap malam terbayangkan Adawiyah. Merenung gambar Ada .. Ah.. terus terang , Ben merindui Ada ! Dan Ben perlukan Ada dalam hidup Ben .. ". Aku berterus terang dengannya.
" Maafkan Ada , Ben.. Ada tak dapat terima.. " Adawiyah mengelengkan kepalanya dan pergi meninggalkan aku.
Entah kenapa tiba-tiba lagu Spring muncul di benak aku ...
" Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku ..
Di tengah malam syahdu hatiku merindu ..
Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi ..
Aku berdoa agar engkau bahgia .. "
" Huh.. aku tak sanggupp.. aku tak sanggup kalau ditolak sebegitu rupa .. Ahhhh .. " . Aku membayangkan jika aku berdepan dengan Adawiyah untuk berterus terang dan apakah yang akan berlaku ! Oh tidak .. Aku tidak rela ditolak begitu saja..
Biarlah aku membujang !
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] ..
" Wan , aku perlu cakap sesuatu dengan kau .. ".
"Hurm.. cakap je la.. Sejak bila lak kena mintak kebenaran dari aku untuk bercakap ? Adoi.. ISA pon dah dilupuskan.Jangan risau.. Takkan kena ISA punya kalau kau salah cakap. Cuma kena saman je la.. hehe.. Aku gurau je la bro..U my preng , kan ? ".
Dengar bahagian tu yang buat aku lemah . Aku bab kawan ni , mmg susah skit. Orang kata , ' die hard ' punya la... Sanggup tinggalkan awek kerana kawanlah ! Tu orang kata la. Tapi aku tak lagi sebodoh itu.
" Sebenarnya aku nak cakap dengan kau pasal Adawiyah. " . Aku cuba berlagak cool.
" Oh , kekasih gelap ku itu.. Kenapa dengan dia ??? Dia curang dengan aku ?? Siapakah lelaki itu ?? Berani dia !! ". Wan mengenggam penumbuk .
" Hek ler mamat ni.. Dia curang tak pe ?? Hampeh !! Camana la dia ni boleh jadi kawan baik aku ???? ". Bisik hati kecil ku ini.. Eceh.
" Haaa.. kenapa dengan Adawiyah .. " . Wan tanya semula pada aku.
" Dia cari kau tadi. Aku terserempak dengan dia kat cafe lepas makan. Kau dah blah masa tu.. ". Aku menipu dia.
" Laaaaaaa.. tu jeee ??? Aku ingatkan ada hal penting sangat la tadi. Kalau takat nak jumpa tu , esok esok je pon tak pe. Aku tengah usha awek baru neh !! Jambu siut !! Ok.. aku gerak dulu.. Apa apa , aku roger eh.. Kalau jumpa Adawiyah , kim salam sayang kat dia . ". Wan pergi tanpa menoleh langsung. Salam pon tak bagi. Hampeh punya kawan. Perempuan punya pasal , kawan ditinggalkan.
Aku nak kata apa dah. Dah mereka pilih si Wan tu sebagai kekasih hati. Yang ada baik cam aku ni , tak nak pulak jadi pilihan. Nasib nasib..
-SAMBUNG-