Benarkah ? Boleh pakai kah kata kata itu ? Sewaktu zaman P.Ramlee , banyak filem filemnya punya maksud tertentu. Setiap isi ceritanya disampaikan dalam bentuk tersendiri. Ada yang memandangkan sekadar filem jenaka tetapi jika diperhatikan , setiap filemnya ada kebenaran mengenai dunia di waktu itu dan juga sekarang !
Kebelakangan ini , banyak filem menjadi box-office adalah filem filem ringan. Aku pernah pernah terlibat dengan satu meeting bersama U-Wei Shaari dan Melissa Saila (kalau tak silap aku ) satu tika dulu untuk membantu mereka dalam Jogho .. Sebuah filem berat tetapi tidak mendapat sambutan. Mengapa begitu ?
Sememangnya inilah yang kita hadapi. Bila bab berfikir , berapa ramai akan mengangkat tangan untuk berfikir bersama dan jika ketawa , berapa ramai akan berdekah-dekah ?
Filem kita masa kini.. Satu perkembangan yang bagus di mana , pasti menguntungkan pembikin filem jika bijak menganalisa citarasa penonton. Tak susah ! Buat lawak bodoh sikit , masukkan isu semasa kemudian letak hantu atau adegan gaduh gaduh ala ala hongkong , maka tip top terus ! Ini adalah rempah ratus filem Hongkong di zaman Jacky Chan , Stephen Chow dan ramai lagi..
Aku tak salahkan pembikin filem.. Kita sebagai penonton yang inginkan filem filem sebegitu rupa. Sapa nak beratkan kepala dengan menonton filem berat ? Dah la dengan masalah dunia ! Pastu nak diberatkan lagi dengan filem filem yang memerlukan akal untuk berfikir ? Takde punya kan ?
Sama seperti drama.. Tetapi sekarang ini ada perubahan pada drama kita .. Ada intipati dan pengajaran. Sayangnya ini tiada dalam filem.. Kalau ada pon , filem tersebut gagal mencapai kutipan box office dan menyebabkan pembikin filem malas nak buat filem begitu dan beralih arah ke filem filem ringan yang mana pengajarannya hanyalah di penghujung cerita tersebut ..
Dan sayangnya , sekarang agama menjadi satu permainan skrip untuk bagi penonton ketawa .. Ada yang sedar , dan ada yang tidak .. Salah siapa ? Penonton ? Pembikin ? Penulis skrip ? Pengarah ? Atau pelakon ?
Bila kita mahukan yang ringan , biarlah menusuk di kalbu ! Bila keluar dari panggung atau abis tayangan , maka yang keluar dari mulut ,
AKU INSAF !
Adakah ini berlaku ?? Sayangnya dari 100 yang menonton berapa ramai yang akan kata sebegitu rupa ?? Sapa lagi yang mampu mendidik masyarakat kalau bukan rakyat kita sendiri ? Sesungguhnya kalau filem dari luar , jangan mimpi nak dapat pengajaran tapi bukan semua .. Ada juga filem yang benar benar mampu mendidik penonton tapi berjaya box office ...
Perhatikan filem dalam tahun ini .. berapa banyak filem yang dah kita tonton dan memberi kesedaran ... Kitalah menentukan hala tuju filem kita... Apa yang kita makan , itulah yang mereka tanam.. Apa yang kita beli , itulah yang mereka import ..
Sekadar pendapat ..