Umur aku , 35 tahun . Pelbagai pekerjaan pernah aku buat termasuk menganggur bertahun lamanya.. Sepanjang 35 tahun ini , apakah pengalaman hidup yang paling menarik sekali yang tak mungkin aku lupakan ? Menjadi GURU SANDARAN selama 2 tahun ..
Apa yang menariknya ? Sepanjang 2 tahun itu , aku merasainya seperti bertahun lamanya .. Setiap saat bergerak adalah saat yang sangat indah ! Melihat muka anak murid mengingatkan aku pada zaman persekolahan dulu , betapa aku anti pada guru !!
Bila aku bergelar GURU , aku akan pastikan anak murid tidak ANTI pada aku .. Sukar sangat tapi itulah kehidupan ! Ibarat seorang rodeo menjinakkan seekor kuda liar .. Jika dijinakkan , kuda itu akan menurut kata malah akan manja pada tuannya .. Aku tak la kata anak murid tu kuda tapi ibarat laaa .. aiseyman..
Sukarkah menjadi GURU ? Tak ! Jika punya minat serta dedikasi terhadap tanggungjawab , InsyaAllah akan dipermudahkan . Jika takde minat , suruh jadi perompak pon tak mungkin dapat rompak rumah ! Haa.. Tu contoh je la.. Jangan ikut lak !
Mungkin korang kata , " Alaa.. 2 tahun pon nak kecohhh .. "... 2 tahun di situ , 6 tahun di sektor awam yakni kementerian pelancongan , 4 tahun bergelar programmer , 2 tahun jadi konduktor bus sekolah .. Haaa.. Aku tetap kata 2 tahun sebagai guru itu tetap indah !
Saat paling aku suka ialah , menarik kerusi murid kemudian duduk di tengah-tengah kelas dan diam ! Bayangkan la masa tu badan aku cam Stone Cold ngan kepala botak lagi ! Hahahahaha.. Diam wehh anak murid !! Hahaha.. Dalam hati aku , ketawa terbahak bahak .. Rupanya camni laaa perasaan cikgu aku dulu ehhhh .. Hahahha.. Hampehh ..
Bila kelas tak dapat aku nak handle , aku panggil semua dah duduk di lantai .. Aku bukak cerita .. Kisah pengalaman hidup aku yang aku tokok tambah lagi bagi lagi sedap dan menakutkan mereka .. Haaa.. Yelah , aku jahat .. hahaha.. Tapi niat aku nak sedarkan mereka akan beruntungnya mereka sekarang ini berbanding nenek moyang kita dulu ..
Aku bersekolah Menengah di sebuah sekolah yang mana zaman aku tu , kalau sebut nama sekolah tu , confirm menitis air mata punya laah .. Antara sekolah budak nakal . Aku ni dah la baik budaknya.. Takde rekod disiplin langsung wooo .. Tapi bila tercampak kat situ atas sebab yang tak diketahui ( UPSR cemerlang okeh !) , aku tawakal je la.. Nasib baik ada abang aku kat situ .. Abang aku tu lak , dah jadi cam adik beradik ngan Pengetua sekolah . Takat kena rotan tu ibarat dapat gula gula setiap hari .. Tu abang aku ..
Budak nakal ... Bila aku masuk situ , aku jadi nakal.. Dalam kepala aku hanya nak main bola je .. Pelajaran , bila ujian , 50-50 je lulusnya .. Malas belajar ..
Satu hari tu , seorang guru Sains , panggil aku mengadap dia .. Dia berikan aku satu buku teks tambahan untuk rujukan pembelajaran aku .. Weh !! Mengalir airmata okeh !! Tak sangka ada guru amik berat pada aku .. Selepas tu , subjek Sains adalah subjek kegemaran aku .. Kalau gagal , aku malu pada dia ..
Dalam kelas , aku duduk bersebelahan dengan seorang budak ni .. Dia ni , masa SRP ( skang PMR ) , score cermerlang punya laaa .. tapi dia tak nak masuk sekolah budak pandai .. Nak stay sekolah tu gak..
Satu hari tu kan , dia datang sekolah .. Dia bawak satu paket besar ganja !! Terkedu aku !! Aku rasa kalau buat spot check , ngan aku sekali kena ni sebab subahat ! Tapi dah dia ni spesis gengster sekolah , aku wat dek je la .. Lagi pon dia bukan kacau aku pon ...
Malangnya pelajar pintar cam dia ni , terbiar hanyut .. Bukan dia je , ramai lagi .. Yang nak belajar ni ramai sebenarnya tapi tak dapat perhatian dari guru.. Aku tak salahkan guru .. Tapi kalau semua guru punya semangat dedikasi terhadap anak muridnya , aku rasa sampah masyarakat di negara kita ni berjaya dikurangkan ..
Sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan bersama tapi panjang lebar lak .. Kesimpulannya bagi aku , Menjadi GURU adalah seperti menjadi LILIN .. Gaji tak seberapa tapi pengorbanannya adalah sangat mulia .. Bukan semua orang mampu jadi guru yang baik dan benar benar komited pada amanahnya ..
Bagi mereka yang bergelar guru sekarang dan akan datang , Terima kasih .. Tanpa anda , sekolah tiada berseri.. Berkhidmatlah kerana Allah .. Berkhidmatlah kerana anda mencinta tugas anda itu .. Anggap setiap anak murid seperti darah daging sendiri.. Didiklah mereka seperti mana anda dididik satu tika dulu ... Terima kasih Cikgu..
Sekadar pengalaman hidup ...
Blog Pilihan : NasZ