Amacam ? Ok tak kalau ada skill gini ?
Published with Blogger-droid v1.7.4
Beliau menjadi terkenal kerana menjaringkan gol sewaktu mengambil penalti , dengan menggunakan tumitnya ! Saksikan sendiri youtube diatas.
Malangnya beliau terlibat dalam kemalangan kelmarin sejurus pulang dari latihan bolasepak .. Theyab Awana , pemain UAE , yang menjadi sensasi kerana jaringannya itu sewaktu perlawanan persahabatan menentang Lebanon , baru berusia 21 tahun. Dijadualkan dia bersama pasukannya akan menentang Korea Selatan pada Oktober nanti ..
Dah sampai ajal.. Popular atas dunia.. Kita camana ? - Yahoo
Blog Pilihan :Eyazz
" ARghhh... baik aku mati jee dari hidup begini !! " .
" Benci ! Aku sumpah kau jadi monyet jadian ! " .
" Celaka budak tu ! Eksiden kau kat situ !! " .
Perasan tak ? Tak kan ? Kadang kadang main sedap je kita sebut dalam hati seperti " Eh , lantak laaa.. nak kencing manis ke .. darah tinggi ke ... badan aku .. suka aku la .. !" .. Kalau itu jatuh sebagai doa camana ??
Aku spesis panas baran. Dulu la.. Sejak ada darah melambung ni , aku kena kawal dah amarah aku ni .. Sekali dia hinggap , demam , mengeletar , sakit kepala , pasti menjengah .. Apa yang berlaku aku rasa adalah dari kecabulan mulut aku sendiri ..
Ayah aku sering bagi nasihat untuk kawal sikap panas baran aku ni.. Nanti dapat darah tinggi baru tau .. Ada aku kisah ?? Masa tu aku muda lagi .. Suka sangat ikut syaitan punya perangai ..
Akibatnya ? Sekarang dah ada darah tinggi ... Ni sbb dok berkata dalam hati la ni.. ' ada aku kisah aku ada darah tinggii ?? ' ... Sekarang ?? Baru padan muka aku ! Mmg aku kisah aku ada darah tinggi !
Jadi , berhati hati dengan apa yang korang bisikkan di hati .. Kelak menyesal sampai mati ..
Setelah hampir sebulan aku tak buat segmen , malam tadi aku buat satu segmen pendek khas buat rakan rakan blogger yang teringin mencari rakan baru ..
Kalau aku nak cari rakan blogger baru yang rajin , pastinya mereka antara yang pasti aku kunjungi.. Kenapa ? Tu korang masuk dan baca sendiri entri entri mereka ..
38 buah blog... Blog manakah yang menjadi pilihan mereka .. 5 buah blog yang telah menjadi pilihan hati mereka sejak kenali dunia internet ini .. Jom tengok ..
Alhamdulillah .. Nampak ok sikit wife .. Setelah 2 botol air dimasukkan , dah tak nampak pucat muka dia .. Dah boleh tersenyum dan bertambah selera makannya ..
Diceritakan kembali pada aku saat-saat dia didalam wad semi kritikal tadi , dia kata disebelah katil dia ada seorang lelaki dalam lingkungan 20an pun turut dimasukkan air.. Punca sakit tak tau ..
Wife kata bro tu tidur jer... Berdengkur dengkur.. Perghh.. mau tak dengkurnya , nurse jaga .. Haaa... Wife aku tak leh tidur.. Dia mmg susah nak tidur kalau ada orang yang tak dikenalinya ada berhampiran .. Maka berjagalah dia sehingga habis 2 botol tu kira-kira 3 jam jugak la..
Menariknya , selepas 3 jam , bro tu punya air tak jugak abis.. Akhirnya dia panggil nurse...
" Patutlah... air tak bergerak dari tadi ! " .. kata nurse setelah buat pemeriksaan kat botol tu haa..
Boleh ??? Hahahhaha.. gamaknya lagi 3 jam la dia dlm tu.. Wife aku , selamat dh keluar .. Sian bro tu eh .. hehehe.. Tak pe , nurse comel comel dalam tu ..
Blog Pilihan : aQu dOt cOm
Aku tau ini isu basi . Zizan dah minta maaf . Kes tutup. Ahmad Idham pulak ada ke ? Setakat kenyataan yang dibaca di intenet ni , tak nampak pulak dia minta maaf . Mungkin baginya adegan tersebut ok kot ? Wallahualam .
Perbincangan antaranya dengan Pemuda PAS dah menemui kata sepakat.
“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.
“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” - Mstar
Ni pendapat aku pulak ... Tiada pengajaran dalam filem HANTU BONCENG . Penonton disajikan dengan adegan yang hanya mampu ketawa tapi kosong ..
Selepas ni , kalau filem arahan Ahmad Idham .. aku download je dari internet atau beli je cetak rompak , atau suruh member je ceritakan kat aku .. Ok bro ? Jangan ingat box office tu dah cukup bagus. Nasib baik ada Si Zizan yang keloloh tu.. Kalau tak ? Filem tu pon sama bungkus.
Zizan , jangan lupa pesanan otai. Kamu naik melalui undian peminat. Peminat bayar nak tengok sesuatu yang memberi manfaat buat mereka dan keturunan mereka satu hari nanti . Psst.. kaji balik filem P.Ramlee..
Isu ditutup. Selamat maju jaya buat mereka .. Ampun maaf dari BenAshaari.Com
Blog Pilihan : BiQaHatmin
Serius , aku tak hairan semua ni .. Kalau betul sekali pon , inilah hakikat kerja yahudi .. Dia kasi kita makan sampai gemuk secara percuma .. Sampai kita nak merangkak pun tak boleh .. Dia kasi tolong suapkan lagi !! Secara percuma dan bila kita tak leh hidup tanpa makan dalam masa seminit , diorang kenakan bayaran ..
" Lu mau makan ??? Lu bayar !! Tamo kalu ?? Selamat jalan romeo ! "
Apa cerita ?? Bijak tak yahudi atur strategi ?? Sama gak laa bab download mendownload ni .. Dia kasi free jeeee download movie ni .. Diorang blocked kira wat lakonan je.. Saja nak kasi leka umat Islam menonton semua filem filem maksiat mereka .. Dan akhirnya ? Jiwa dan minda kita dijajah secara tak disedari ! Ada terfikir ??
Bab kena bayar ni la kan .. Nun masa NAPSTER tuuu.. Tau NAPSTER ?? Kalau nak download mp3 masa tu , guna je NAPSTER ! Senang gilerr !! Search , jumpa ..
Selepas semua bergumbira mengunakannya tanpa was-was tetiba ada akta royalti plakkkkk ... Tak pasal pasal NAPSTER kenakan bayaran !
" Lu mau download ??? Lu bayar ! Tamo kalu , sila beli original ! Pirate kalu .. suara monyet jugak lu dengar ! ".
Agenda sapa ?? Yahudi jugak kan ? Sapa mangsa ??? Kita kita inilah ... Ada terfikir ?? Takde kan ?? Eh , ada ? Baguslah.. jadi apa tindakan kita ??
Boikot ????? Mampukah ?? Eleehhh..
FACEBOOK JUST RELEASED THEIR PRICE GRID FOR MEMBERSHIP. $9.99 PER MONTH FOR GOLD MEMBER SERVICES, $6.99 PER MONTH FOR SILVER MEMBER SERVICES, $3.99 PER MONTH FOR BRONZE MEMBER SERVICES, FREE IF YOU COPY AND PASTE THIS MESSAGE BEFORE MIDNIGHT TONIGHT. WHEN YOU SIGN ON TOMORROW MORNING YOU WILL BE PROMPTED FOR PAYMENT INFO...IT IS OFFICIAL IT WAS EVEN ON THE NEWS. FACEBOOK WILL START CHARGING DUE TO THE NEW PROFILE CHANGES. IF YOU COPY THIS ON YOUR WALL YOUR ICON WILL TURN BLUE AND FACEBOOK WILL BE FREE FOR YOU. PLEASE PASS THIS MESSAGE ON IF NOT YOUR ACCOUNT WILL BE DELETED IF YOU DO NOT PAY!
Pasni , TWITTER lak .. hahahah.. mana mau lepak ??? Blogspot pon pasni kena bayar !! Blog tak pe.. aku bayar ... Sbb berguna untuk aku.. hehehe ..
Propa je lebih diorang ni !
Blog Pilihan : NANA !
"Bila sudah popular dan mula hanyut dengan populariti membuatkan mereka lupa dengan tujuan asal mereka menceburi bidang ini.
"Mereka seharusnya lakukan sesuatu berbeza bagi menarik perhatian peminat dan mendapat sokongan mereka," ujar Saiful Apek di Mstar .
Aku tak tau la sapa yang bro Saiful tu kata kan .. Eceh.. Terus bro tu.. hahaha .. Bro tak bro , yang penting respek .. ke nak panggil En.Saiful ? Waahh , ke Datuk ??? Hehehe.. InsyaAllah bang Saiful.. Hahaha.. sori wak ! Memain jer..
Tapi buat pelakon komedi , janganlah eksen sangat yer .. Ada antara awak tu tu naik disebabkan duit sms peminat awak tu .. Bila dah naik , eksen la plak .. Kang bila sakit ? Haaa.. kat sapa nak merayu undi ?? Cek pikiaq skit ..
Aku kebelakangan ni asik artis la plak eh ? Saja .. kasi variasi .. 2 tahun sudah berlalu .. Kena ada perubahan.. Tamo takok tu je kan .. Bergerak sedikit .. Tapi tak semestinya hiburan .. Mana leh 'bang' , kita bang ... asalkan niat kita adalah untuk sama sama mempelajari erti kehidupan ini dan kerana Allah .. InsyaAllah..