Tersirat ... Aku tak rasa dia nak sangat pon berlakon dah . Yelah , bidang lakonan di Malaysia ni , bayaran dia rendah . Glamer je lebih. Bila box office , baru dapat bonus . Dari dia dok buang masa berlakon , baik dia menyanyi. Tak payah nak buang masa nak duduk kat set berhari hari lamanya..
“ Kalau bayaran berlakon yang saya terima itu sedikit ia bukan sahaja merugikan masa dan tenaga saya tetapi juga bakat serta populariti saya dalam bidang lakonan. Lebih baik saya tumpukan masa saya dalam bidang nyanyian yang lebih senang, cepat dan berbaloi buat saya.
“Sebagai contohnya, sekarang ini kalau saya menyanyi dalam satu-satu persembahan saya dibayar lebih RM10,000 hanya untuk menyanyikan dua buah lagu sahaja,” katanya kepada para wartawan di Angkasapuri, di sini sewaktu pelancaran Konsert Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM.
Pengalaman dia mematangkan dia .. Aku rasa dia pun malas dah tu. Tapi kalau ada yang berminat , sila la bayar 1juta.. Rasanya ada ke berminat nak bayar ? Mesti diorang kata Jamal demanding padahal bagi aku , tu cara halus dia nak bagitau dia malas dah berlakon. Tak berbaloi.. Bayar 1juta , baru berbaloi .. Kan kan ?