Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] ..
Kembali ke 'sekolah' ..
" Woii Wan ! ".
" Hehehe.. walaikumussalam... Amboi hang , makin segak nampak ! Ada awek baru ke ?? ".
" Ok la .. Lega kepala otak aku kat sana. Dapat rileks skit .. ".
" Huih.. sapa la nak kat aku ni.. Budak budak kampung aku tu mana nak pandang aku nih.. Lain la kau.. Berebut nak.. kan kan ? ".
" Iskh.. aku ikhlas ni. Haaa.. tutup cerita pasal tu.. Apa kes yang kau beria sampai nak turun ke kampung aku ari tu ? ".
" Hurm.. Adawiyah kan dengan aku takde apa dah.. Keluarga dia yang tak kasi kawan dengan aku. Dia pon menurut saja.. Apa lagi aku nak kata.. Jadi sekarang ni , aku membujang je la.. ".
" Sayang ? Kat dia ? Rindu tu mungkin ada.. Sayang tu mungkin lebih pada kawan la kot. Yelah, berapa lama sangat aku kawan dengan dia untuk sampai timbul perasaan sayang. Kau ingat sayang ni cam cendawan tumbuh lepas hujan ke ?? Matahari berlalu , hujang pon turun , cendawan pun membiak ? Gitu eh ? Aku bukan cam kau , kawan. Aku mungkin boleh kawan dengan mana mana perempuan tapi untuk bercinta atau menyayanginya , bukan mudah.".
" Hahahah.. Yelah.. Tu laa.. sapa suruh aku ceramah bab cinta.. Kan dah berair taik telinga kau ! ".
" Ala, tak pe la.. Mungkin jodoh aku dengan Adawiyah tu cuma kawan. Macam kau dengan Riana. Tak boleh paksa kan ? ".
" Erk.. Aku nampak cool? Cam ada awek baru ? Erk... Ada ke ? "
" Hahaha.. macam aku kata tadi .. Sapa la nak aku nih.. Anak orang miskin.. Sapa nak pandang kan ? Kena cari yang setaraf la.. ".
" Adoiii.. Kot ye nak tumbuk pon , jangan ka badan.. Cuba tumbuk kat tapak kasut aku ke.. Kan ok skit .. hehehe.. Dah dah .. jom g makan ... ".
" Hurm.. Diorang ada situ.. Yelah , wat selamba jer .. ".
-SAMBUNG-
Bukan senang mau buat .. ketepatan , kawalan tenanga serta kekuatan mental perlu nak layan menda nih ..huhuh... Dasat mamat neh ..
Mamat ni , Lassi Hurskainen ,penjaga gol UNC Asheville .
Aku tak dibenarkan komen atau masuk campur tapi cantik laaaa... Suka suka aku update ...
Cantik kan ? Nak tengok lagi ? G tengok kat blog DezamanCottage
Nasib baik aku tak bayar cukai lagi .. Erk.. Dah ? Ke belum ? Ke dah ? Belum ? Tak layak ... gaji ciput..
Alamak ? Nampak sangat sapa problem neh ? Huhuh.. tak baik tuduh tuduh Ben !! Dosa tau !! Sori mamat .. Hehehe..
" Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.
Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.
“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.
“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.
Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.
“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.
Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.
“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.
“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.
Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya. " - MSTAR
Cayalah ! Gud luck SEPAHTU dan Mamat , cuba la jadi SAMSUL Ghau Ghau.. Kalau berbakat , insyaAllah...
Selamat bersenam...
Aku kata dah... Macam macam adaaa..
Aku pun dah kembali berworkout.. Tapi diingatkan , sila buat kardio dulu baru layan ni.. Barulah ngam !!
Memandangkan aku nak jadi full time blogger tahun depan , maka event begini aku kena pergi untuk mendapatkan 'network' di masa depan.. Kena kerja keras untuk berjaya ..
Blog adalah mediumnya.. Sapa tau kan ? Hehehe... Usaha tangga kejayaan.. InsyaAllah .. Yang penting , kena sedar diri dan jangan lupa daratan dan Allah !
Ramai tertunggu-tunggu iphone5 diumumkan.. Nak tengok camana dia punya rupa dan kelebihan .. Tapi hampaa.. Hampa kerana bukan iPhone5 yang diumumkan sebaliknya iPhone4 yang dipertingkatkan mutunya lagi dan dipanggil iPhone 4S .
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan.
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.
Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit
Nasib baiklah aku bukan peminat gadget Apple.. hehehe... Jadi tak la frust sangat.. Tunggu HTC keluar yang terbaru lak selepas HTC Evo3D ... lalalalal...
Orang kata , kalau isteri mengandung .. perangai si isteri jadi pelik atau suami tu .. Pelik , maksudnya tak pernah dibuat gitu.. Aku ??
Kebelakangan ini , aku jadi 'bapak malas !' ... Nak ke sana sini , malas sungguh .... Nak duduk rumah je rasa.. Tidur tu tak la , tapi malas nak bergerak...
Tidur ? Aku susah nak tidur sbb masa berharga bagi aku.. Aku stop layan blog , kul 1 pagi .. Pastu baru tidur.. Lepas subuh tu , dah mula kerja walaupun hari cuti..
Teruk kan ? Tapi aku malas ! Hahahha...
Blog Pilihan : mokcik ni ha..!!
E
"SAYA SUDAH MEMPEROLEHI RM60,700 DLM
MASA DUA BULAN
DENGAN BISNES TERULUNG TAHUN INI ! "
Makin berlambak pulak email-email macam ni masuk ke inbox aku .. Tu baru duit.. Part kapsul hebat diranjang laa.. Isteri sayang punya laa.. Adoiii.. Hebat bila makan ubat ! Tak makan ubat , kena sebat dek isteri ?? Haaa... isteri cari lain baru tauu !
Ni bisines 'jutawan segera ni ' satu hal lagi.. Kalau dah sampai RM70K sebulan, apa jadahnya sibuk dok mengemail orang ?? Bila nak join, ceritanya lain..
Pastu , tepuk dahi .. kena kencing .. Nak kaya punya hal .. Haih.. macam macam .. Buat la bisnes yang memberi manfaat pada orang lain.. Sapa tak nak kaya kan ? Tapi kayalah dengan mengayakan orang lain !
Pagi pagi , rakan kita dah menelaah blog rakan rakan .. Kata mereka , ada bnyak isu menarik untuk dibaca .. Hurm.. aku pon nak tau gak sebenarnya.. Apakah citarasa mereka ? Mungkin dengan cara ni , kita dapat memperbaiki lagi penulisan kita dan juga memahami apa yang mereka maukan dari blog kita.. Tak gitu ?
Jom kita layan satu satu...
TERIMA KASIH ...
Jeng jeng jeng .. mudah jerr .. Senang jeeer ... Confirm AIR ASIA pon kalah punyaaa.. hehehe...
Contohi mereka ! Kat skrin tv dalam kapal terbang tu , kasi taruk iklan .. Haaa.. amik je iklan iklan yang ada di dalam Malaysia ni .. Kalau boleh , mereka yang buat blogshop pon leh iklan kat dalam kapal terbang gitu.. Barulah masyukkk ... Taruk kat belakang tempat duduk ( seat ) kasi penumpang kat belakang nampak lagi bagus.. Tayang iklan 20 minit pastu 1 minit drama atau filem 10 tahun lepas punya.. Jimatttt...
Apa ada hal... Air Asia boleh ? Takkan MAS nak jaga standard lagi.. hehehe... Buat ASTRO dan TV3 , terima kasih kerana menyiarkan iklan iklan yang jauh lebih bermutu dari drama yang ditayangkan . Walaupun ada drama atau filem berulang kali ditayangkan , mereka tetap menyukai iklan dari drama atau filem tersebut. Perbanyakkan lagi iklan iklan yang bermutu yer..
Semoga berjaya MAS .. Menang award pon tak guna kalau asik rugi.. lalalalla... Harap pasni leh beli kapal lagi besar.. Cash ! Jangan beli kelab bola EPL dah la.. Kalau nak beli , beli Barcelona terus atau team Brazil.. Baru berbaloi.
Huh !