Assalamualaikum dan Salam Jumaat,
Alhamdulillah seronok rasanya dapat jumpa jumaat hari nieh...
Alhamdulillah masih diberi nikmat dariNya... Saya juga amat berbesar hati nak bagi hadiah, tapi tatau camne nak buat..... Saya rasaaaaa saya nak bagi melalui KLIK KLIK kat page dqis2u.com di facebook..boleh ?
Okehhh sett!! saya nak bagi hadiah mana2 aje dari produk yang saya ada untuk setiap KLIK gandaan 100 sehingga berjumpa jumaat seterusnya...Saya nak mencari seramai sahabat, sudi2 kan lah yee... terima kasih...
PAGE FB ID : dqis2u.com
Direct LINK Page FB : DQIS2U
Terima kasihhh u'olsss...
p/s : pada yang dok mencari income partime niaga... boleh jengok2 produk kami di www.dqis2u.com.... produk keluaran dqis sendiri Halal, Bersih dan Segar... Insya'allah....
--
DQis Enterprise
www.dqis2u.com
YM : dqis_online
Penyanyi Saida Taruddin sah bercerai dengan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri dengan lafaz talak satu secara khuluk (tebus talak) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hakim Syarie, Suhaily Rosli memerintahkan badan hakam yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga itu untuk mengendalikan proses lafaz cerai setelah Mohd. Ghazali enggan untuk menceraikan isterinya.
Lafaz cerai talak satu tersebut terhadap Saida dilakukan oleh seorang pegawai mahkamah selaku wakil hakam bagi pihak Mohd. Ghazali. - Utusan
Wow ... wow ... tu dia penangan dunia hiburan .. Dari elok elok berkeluarga , akhirnya ? Haih.... Sapa lagi nak jadi artis ??? Cepat cepat .. G join Vokal bukan sekadar rupa tapi kalau ada fizikal atau duit mahupun network yang best best , pon ok gak !
Hampeh .
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!
Hahahahaha !!
Ada antara kita lebih gemar ketawa dari menghulur tangannya
5 blog terkini : karmila , Ros , sharifahzalikha , Afifah Hanim dan tieqa
Walaupun budak sekolah datang beli air kosong pon dia takda nak buat muka .. Padahal waktu skg ni ramai org dok membeli, dia layan dengan mesra gak ..
Harga ? Murah gilaa.. Terletak di Medan Selera Precint 16, makanan dia tip top dan byk pilihan.
Pergh.. caya la bro Aaron.. Dalam diam diam ehh ..
Aaron akan memegang watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Hollywood yang bertajuk PRINCE OF THE CITY . Turut sama berlakon adalah pelakon yang pernah berlakon dalam drama bersiri 24 dan CSI :Miami , Micheal Madsen.
Selain Aaron, filem itu turut menggandingkannya dengan pelakon Tara Wallers, Yang Kassim dan Jehan Miskin.
Filem yang bakal menjalani penggambaran selama 16 hari di Malaysia itu menggunakan sepenuhnya dialog dalam bahasa Inggeris.
Semoga berjaya buat mereka !
Sumber: Kosmo
Rezeki ada di mana mana .. Yang penting , cuba sebelum mengatakan TIDAK ! Kan kan ? Heheh..
Tempoh hari aku ada syorkan pada seorang kawan di pejabat aku ni .. Yelah , dia dok kata gaji laki bini tak cukup memanjang .. Dan dia pulak pandai memasak .. Jadi aku syorkan dia agar buat nasi kerabu dan jual di opis ..
Permulaan , mudah jer.. Buat la demo dulu kan.. Kasi kawan kawan rasa .. Mana yang berminat , order la nanti.. kan kan ? Hehehe.. Senang kan ?
Lepas dia buat tu kan , sekarang sehari dalam 20-30 bungkus abis dijual ! Hahahaha.. suka aku dengar .. Laki dia pun jual gak kat opis.. Tak payah bukak table pon .. Sampai sampai dah ada orang amik .. Hehehe..
Yelah , sekurang-kurangnya beban seorang manusia dah kurang. Bukan pe , kesian je tengok diorang yang kena tunggu hujung bulan baru dapat gaji ni..
Alhamdulillah.. usaha tangga kejayaan. Nak mula memang susah .. Tapi bila dah jalan , susah nak berenti.. hehe..
Hampeh gas betul !! Tak mengenang budi betul anak buah aku ni !! Baru berusia 3 tahun tapi mulut cam peguam takde lesen .. Ada ke patut dia g report kat mak aku yang aku bawak kereta laju laju sewaktu bawak dia meronda yang tak sampai 5 minit pon perjalanannya !! Adoii..
Aku bawak tak la laju mana pon.. Laju skit je sbb nak antar dia cepat . Aku nak balik rumah kat Putrajaya sebab dah lewat malam. Aku spesis tak suka memandu lewat malam ... Dia pulak dok teriak nak ikut g jalan jalan ..
Lepas turunkan dia kat depan rumah , aku terus memandu keluar.. Tak sampai pon 5 minit , mak aku telefon ..
" Ni haaa.. Aniq komplen kat aku .. Hang bawak kereta laju laju.. Hang bawak slow slow keta tuu.. "..
Adoi.. Nak pergi kena leter.. Nak balik pon leter !! Pergi kena leter dengan wife .. Balik , ngan mak aku.. Adoi... Teruk sangat ke aku memandu ???
Berbalik pada entri aku tadi tu , aku tak cerita details. Tadi , aku bersama dua rakan blogger aku menjadi saksi diatas kebangangan seorang lelaki berbangsa melayu beragama Islam, mengutuk bangsa dan agamanya sendiri demi untuk dapatkan tepukan gemuruh diatas lawak bangangnya itu ..
Satu lawak yang memalukan dirinya secara tidak langsung ! Kitorang tadi masing masing dah berapi . Akhirnya kitorang beredar dari situ yang mana sepatutnya tamat dalam kul 11 lebih. Event yang kitorang pergi tadi , aku pun tak tau apa motifnya. Mungkin bukan line aku kot..
Yang pasti , aku balik rumah dengan bau badan yang aku sendiri naik pening dengan baunya. Bau asap rokok yang sangat kuat ! Naik lrt tadi pon , rasa segan giler ! Camana mereka yang perokok boleh hidup dengan bau begini ? Maaf la yer.. aku cuma heran.
Masih terngiang lagi kata kata lelaki melayu celup omputih yang perasan AMERICAN tu ...
" Aku Melayu .. Beragama Islam dan minum arak.. Jadi ? " ...
Aku tulis tu pon dah panas kan ? Bayangkan ada penambahan selepas ayat tersebut.. Silap aku tak rekod tadi.. Dah keluar kamera cuma aku amik gambarnya saja.
Kawan aku , Jai .. Dah tweet Coo company tu untuk minta penjelasan. Tunggu je nanti apa cerita sebenarnya .. Haih... Ni la contoh Melayu yang tak sedar diri ! Baru studi kat luar negara , dah anggap bangsa sana ! Caitt... Yelahh.. aku tau bukan semua .. Tu contoh yang tak sedar diri je.. Aisey.. takkan nak kena tulis gak kot ?