Dalam negara kena serang .. Luar negara pon kena serang .. Kalau betul betul berperang , apakah kita sudah bersedia dari segi mental ?
Dalam negara kena serang .. Luar negara pon kena serang .. Kalau betul betul berperang , apakah kita sudah bersedia dari segi mental ?
Ni tulisan kidal aku yang serupa macam doktor sunat orang tua.
Amacam ? Pasti korang kata awek ni punya lagi cun kan ? Eleeehh.. mentang mentang la awek dan aku ni dah takde teruna.. Huh..
Inilah tulisan jiran aku dan juga orang kampung aku nun di Pulau Pinang tuuh yang juga merangkap adik bongsu pada aku di dunia maya ini ! Hahahaha..
Tu tulisan LYSSA FAIZUREEN aka www.lyssasecret.com
Lama dah aku nak berjiran dengan dia.. Cuma tak tau nak bagi 'tanah' mana.. Mau tak mau , aku korbankan tanah kesayangan aku tu ..
Selain dari dia , aku ada dua jiran lagi .. Tapi jiran ni , duduk nun dihujung kampung... Terpaksa ! Ni pon atas persetujuan bersama.. Hehe..
Dan pastinya ketua kampung ...
Hehehe.. Alhamdulillah ... Dengan perkongsian ini , masing masing telah mendapat pulangan yang berbaloi..
Kenapa pertukaran ini dilakukan ? Kalau diperhatikan , setiap blog yang ada tu punya niche yang berlainan. Jadi , pertukaran ini membuatkan blog masing masing akan punya pembaca yang baru setiap hari..
ok kan ? Semua berlainan cerita ! Mmg best melepak kat sini... hahahah... Serupa ASTERUK..
990 .. Lagi 10 nak cukup 1 ribu ! Mesti dia ternanti nanti sapa yang sudi nak follow blog dia kan ? Hehehe.. Apa kata korang kasi cukup ? Aku dah pon follow dia.. hehe
Buat mereka yang dok sakit kepala bab FOLLOWER ni , ini cuma suka suka je ... tapi jangan amalkan konsep I FOLLOW U dah .. U WAJIB FOLLOW I ! Tamo gitu yer.. Follow tu biarlah kerana nak follow.. Bab ikhlas tu , kita tak tau .. Dan mereka yang rajin membalas dengan mengunjungi rakan follower dia tu , korang mmg bernasib baik dapat kawan gitu..
Aku ? Entah .. korang rasa ? Hahahaha.. OK.. jom g meriahkan blog adik kita neh..
http://angandansedar.blogspot.com/
Mesti menjerit punya bila dah cukup 1k .. hehe..
Jangan geleng kepala .. Jangan terkejut .. Jangan pura-pura tak tau .. Ianya satu realiti yang semakin mendapat tempat dan sambutan hangat di kalangan remaja dan belia kita mahupun mereka yang dah beruban rambutnya.
Pesta seks ni bukan baru lagi .. Lama dah wujud dalam negara kita dan bangsa aku pon ramai terlibat .. Tak caya ? Carilah dalam internet ni.. Macam macam cerita korang boleh jumpa..
Yang pasti , yahudi bersorak gembira atas kemenangan mereka.
Masalah sosial makin teruk di negara kita. Makin menakutkan untuk meninggalkan keluarga kita dirumah sendirian atau membiarkan keseorangan diluar sana .
Di Kajang , seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru.
Mana dia belajar semua ni ? Cuba kita fikir kembali ? Tak perlu jawab. Simpan dan perhatikan semula keselamatan dalam rumah kita mahupun bila berada diluar nanti. Jangan amik mudah bab keselamatan.
Hurm... Teruk teruk .. Satu satu kes timbul .. Berbaloi ke buat keje camni ? Bila dah tua nanti , fikirkan anak sedara korang lak yang kena ? Korang nak maki sapa ??
Korang tu , aku maksudkan yang buat keje bengong tu ler.. Heh.
Wahai ahli parlimen Malaysia .. Ingatlah .. Anda berkhidmat untuk rakyat .. Berkhidmatlah dengan ikhlas sebagaimana rakyat berkhidmat untuk negara mereka ..
Wahai ahli parlimen Malaysia .. Jika ingin gaji lebih , maka buatlah bisnis part time sebagaimana rakyat Malaysia buat .. Juallah korset Hi-O atau bukalah gerai burger.. Nak lagi best , buat blog dan letaklah iklan Nuffnang.. Kalau trafik tinggi , bolehlah guna Innity.. Masyuk wooo..
Ala Datuk-Datuk sekalian , kalau tak cukup .. toksah jadi ahli parlimen dah.. Bersara jeee.. Ramai lagi nak ni.. Tuuu.. Yang baru lepas keluar dari universiti tuuu.. Teringin nak jadi YB ..
Aku ?? Maaf la.. tak layak untuk memimpin manusia.. Aku sedar diri aku ini yang tak mampu melawan hasutan syaitan .. :)
"Ketika ini, Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534).
Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.
Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012. " . Selanjutnya - Mstar
Sumber : DezamanCottage
Aku nak tambah tapi kang takut ada yang kecik hati.. Apa pun , aku nak gelak ! hahahahaha ...
Sumber gambar : http://luvlyqiss.blogspot.com/
Gulp ..
Orang kata la.. Mengikut pengalaman mereka yang pernah mengandung , kalau si ibu ni dia punya meragam lain macam seperti muntah muntah yang teruk , serta dok sakit sana sini cam sakit pinggang tu , tandanya nak dapat anak perempuan.
Satu lagi tanda ialah perut.. Kalau membujur , kata mereka ( kot ) tu perempuan.. Kalau membulat , lelaki.. Betulkah ? Maknanya aku bakal dapat anak perempuan ?
Kalaulah anak perempuan , kena pasang bodyguard sepenuh masa .. Aku kena g gym balik ni.. Mana mana budak lelaki nak dekat , aku jauhkan ! Grrrr...
Bercinta ???? Takde maknanyaa.. Cukup time , kawin !! Kalau ada yang berkenan tu , sila simpan duit dari sekarang ! OKeh ? Hantaran berapa ? Ahhhh... kena ikut pasaran wall street !
Hampeh.. Belum apa apa , dah poyos !
Perasan tak wahai blogger ? Aku perasan .. Kalau tak , biar aku cerita sedikit..
Blog aku ada banyak entri setiap hari.. Entrinya berbeza beza isunya.. Ada yang pasal blog .. Ada yang pasal artis .. Politik la.. kadang-kadang mengenai kehidupan harian kita .. Dan sesekali aku selitkan mengenai keibubapaan .. Maklumlah , .. hehe.. kan kan ?
Menariknya , bila post aku berkenaan blog , pastinya ramai remaja yang akan komen .. Bila politik , bercampur baur pembacanya .. Dan bila mengenai keibubapaan , pasti ibu ibu memunculkan diri dan memberi komen ..
Sangat teruja .. Itulah menariknya mempunyai blog .. Ramai fikir , dengan punya trafik yang tinggi sudah cukup untuk 'hidup' di dunia blog ini tapi tanpa mengetahui sapakah yang mengunjunginya, ianya tidak memberi kepuasan yang maksimum.
Ramai fikir trafik adalah nombor ... Nombor yang masuk dan tertera itulah sesuatu yang menarik.. Bagi aku , trafik adalah pembaca .. Biar 1 tapi berbaloi.. Kerana 1 itu mampu beri satu perubahan pada kehidupan kita .
Menarik bukan ? Terima kasih pada yang sudi singgah ..
Yearghh.. 5 lagi blog baru terpilih berdasarkan FOLLOWER terkini.. Hehe.. Terima kasih kerana sudi singgah ..
Oh ya , hari ni ada masalah teknikal sedikit dengan blog aku.. Jap ada jap takde .. Jangan risau , blogger ni lom plan nak bungkus blog dia lagi.. Hehehe..
http://fadshahputra.blogspot.com/
http://sayangsemut.blogspot.com/
http://dongengataurealiti.blogspot.com/
" Kaki dia tak nampak lagi .. "
Gulp .. Tertelan air liur terus aku bila dengar doktor kata gitu .. Tapi aku cuba menenangkan diri. Wife pon diam jer. Aku tau apa yang bermain di dalam kepala dia .
Dalam kereta , dia diam . Sesekali bercakap tapi takde kaitan dengan apa yang kitorang dengar tadi. Dalam hati aku berdoa agar dijauhkan dari apa yang aku dan wife fikirkan ..
Kemudian aku bersuara.. Aku kata aku tau apa yang dia dok fikirkan .. Dia pon cam terkejut tapi pada pemeriksaan lepas , ada pulak doktor bagitau ada nampak kaki .. Agaknya tadi dia tidur .. Biasalah , tengahari kan baby tidur..
Kala ini , aku tak dapat bayangkan perasaan ibu bapa yang memilik anak yang aku fikirkan tadi.. Sungguh tabah mereka.. Tiada manusia yang mampu setabah mereka ..
Ya Allah , berikan mereka kekuatan untuk teruskan hidup ini. Berkatilah hidup mereka ..
Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak. Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia - Bernama
Hurm.. Tu berita ringkas jam 12 tengahari .. Hehe.. Terbaca satu status di sebuah fan page FB yang berbunyi begini , 'Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.. '
Menarik betul .. Tergugat gak nak masuk balik ASTRO tapi mengenangkan diri yang dah terlalu jauh sesat mencari duniawi , maka aku batalkan je la hasrat aku tu.. Lagi pun nanti aku tak nak besarkan anak aku ( insyaAllah ) dengan hiburan macamana berlaku pada aku.
Mungkin aku kolot tapi demi kebaikkan dia , biarlah dia membesar dalam persekitaran yang penuh dengan ilmu. Itu azam aku.. Kartun kartun pon tak payah la... InsyaAllah..
Blog ? Aku suruh dia belajar menaip.. Tulis apa yang dia rasa setiap hari.. Tapi akan dirahsiakan la apa blog dia tu... Hehe..
Tu baru perancangan.. Kita mampu merancang je... kan kan ? Kot jadi terbalik , naya gak aku.. Tertiba gila kat K-POP ??? Mau gak aku kepop dia nanti.. hehe..
Sampai hati beruk betina tu tuduh aku Vampire ! Vampire taring kat atas laa.. Ni kat bawah ! aku ialah kacukan Vampire ngan Werewolf ! Huwaaaa... Skang aku dah solo !! Sapa nak berkenalan dengan aku ??