Nak tackle awek ? Mudah je .. Tapi bukan tackle nak ajak berzina atau buat maksiat sebaliknya nak mengenal hati budi seterusnya menjadikannya bakal iseri.
Perempuan .. Sekeras-keras mana pun hatinya , dia akan lembut dengan satu je .. Ambil berat dan perhatian. Eh , tu dah dua kan ? Heheh.. Tapi tu la dia.. 2 perkara yang dapat melembutkan hati mereka.
Bayangkan ada satu awek ni la .. Keras sungguh hatinya.. Kita nak borak pun dia macam malas nak layan atau buat tak tau je.. Kalau kita ada no telefon dia , maka cuba-cubalah try tips ni ..
Sms ucapan selamat pagi dan tanya apa khabar.. Jangan harapkan balasan pada awal awalnya... Kemudian sesekali beri kata kata mutiara yang pelbagai bila menjelang tengahari dan sebelum tidur.
Macam aku kata tadi , jangan harap dia balas ! Tapi buat dalam sebulan dua. Kalau dia balas sms dengan jawapan jawapan jangan ganggu dia , cuba tanya kenapa ? Bukankah tu permulaan respon ?
Minta maaf dan nyatakan anda cuma berminat nak berkawan dengannya. Tak lebih dari itu. ;)
Perempuan ni hatinya lembut. Kalau dia solo , maka dia akan ok.. Kalau dia milik orang , jangan diganggu ! Ni pantang larang .. Tapi ingat , bila dah mulakan , jangan dah dapat .. terus tinggalkan !
Kalau tak de no telefon dia ? Dapatkan ! Hendak seribu daya .. Yakin boleh ! Aku boleh je.. Siap tolong member lagi.. Kawin dah pon.. Malangnya , lepas kawin , takde dah ayat cinta dari suaminya sebab ayat cinta tu , aku yang buat ! Hahaha..