Semalam , sewaktu aku nak pergi menyusahkan diri untuk join Explore race yang benar benar menguji stamina aku setelah berbulan perut aku diisi dengan pelbagai lemak dan karbohidrat , dalam lrt ni ada la satu adegan romantik gitu.
Weee... aku tak hairan sebenarnya tapi yang membuatkan aku meluat ialah aksi perempuan tu ! Maaf , aku bukan nak menghina tapi sekurang-kurangnya ingatlah anda di mana bila nak berbuat sesuatu yang tak enak di mata masyarakat. Bab dosa , tu anda dengan Allah. Cakap nanti , melenting pulak kan ?
Si perempuan ni , sekali lagi maaf aku pinta .. tiada niat mengutuk yer.. Orangnya mmg bersize besar.. Berapa besar tu , aku tak tergamak la nak tulis.. Nanti ada pulak ustaz atau ustazah komen kata aku nak mengutuk ciptaaan Allah. Hehe.. Aku tak kisah sebenarnya.. Malah respect kat laki tu sbb sanggup terima dia. Mungkin perempuan tu baik serta bagus orangnya sehinggakan lelaki tu nak jadikan dia pasangan hidupnya. Jodoh tidak mengenal rupa dan usia.
Pasangan tu berdiri. Lelaki tu , aku tak pasti bangsa apa tapi berkulit gelap seperti india. Kalau nak kata india, nanti mana tau mamak lak kan ? Hehe.. Tapi kira hensem la .. Tinggi dari aku. Hehe.. Perempuan tu , dari mula aku berdiri kat situ , dia tak abis abis dok bermanja dan meleser cam ular melingkar dahan pokok ! Macam laaaa ada orang nak kebas laki dia tu.. Adehhh..
Tu je la aku leh kata.. Nak tulis lebih lebih , dosa lak aku kan.. Cuma buat mereka yang belum bernikah tu , ingat ingatlah anda dimana . Mungkin anda tak takutkan neraka Allah tapi jagalah maruah anda sebagai wanita.
Huih.. Tak takut neraka Allah ???? Gulp... Kalau takut , pasti tak buat kan ? ;)