“ Ahhh … tensen !! Takda sapa' nak baca blog aku !! Penat je tulis macam macam .. Tapi ??? “
Tensen ??? Kenapa nak tensen ??? Kembali ke niat kita berblog .. Apakah kerana kita minat ? Atau sebenarnya nak mendapatkan pendapatan melalui blog ?
Tak salah pon kalau nak menambahkan pendapatan tapi yang salah ialah cara kita pasarkan blog kita .. Sekarang ni ada pelbagai strategi dan yang penting ialah modal untuk memasarkannya.
Jika nak cepat , iklankannya .. Jika tiada modal , maka perlahan-lahan kayuh .. Segalanya memakan masa bukan ? Mana ada orang terus kaya bila buat bisnis ??
Tetapi jika suka suka , pedulik apa la kan ada ke takde orang nak baca ! Jadi , kenapa nak putus asa ? Bukankah itu satu cabaran yang menarik ?? Gunakan segala ilmu yang dibelajar di sekolah mahupun dengan pengalaman kehidupan kita ..
Blog adalah satu produk korang .. Bagaimana nak bagi orang yang tak dikenali singgah ke blog kita ? Menarik bukan .. Satu cabaran.