Aku baru diberitahu oleh mak mertua aku yang anak kenalannya baru saja mati akibat kemalangan jalanraya pagi tadi di area Kelantan. Menurutnya kereta tu dipercayai terbabas .. Waktu subuh gitu .. Aku rasa mesti mengantuk tu ..
Jadi buat rakan-rakan yang akan pulang beraya sempena Aidiladha ni , sila berhati-hati .. Ingat , anda nak pulang beraya korban .. Jangan anda pulak yang terkorban ! Aku bukannya doa tapi ingatkan korang tu jer ..
Ngantuk kalu , sila berenti dan tidur sekejap .. Ingat mereka yang ada disisi kita tu .. OK ?
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua rakan rakan pembaca dan juga blogger .