Kalau blogger otai tulis pasal itik berak kapur , pon mesti ramai like punya kan ? Mesti ramai setuju kan ?
Aku tak setujuuuuuuuu .. Nape ?? Mula mula , kita selak semula kitab blogging kita .. Apakah itu blogger otai ?? Otai merujuk pada OLD TIMER atau dalam bahasa pasarnya , ORANG LAMA la kan ..
Berapa ramai orang lama dalam dunia blog ni punya pembaca setia atau sekali update beribu ribu ribu ribu orang mai masuk baca ??? Haaa… Serius kata , Dalam 10 tu , belum tentu lepas 5 !! Lagi 5 tu , menulis kerana sememangnya mereka suka menulis tanpa apa apa ‘balasan’ pon ..
‘ Blogger otai ‘ kedua merujuk pada blogger blogger yang punya ramai pengikut atau follower .. Jangan tak tau , ada yang baru blogging tahun ni pon dah meletop letop cam gunung berapi ! Apakah mereka juga layak digelar otai ? Ada yang akan kata YA dan ada yang akan kata TIDAK !
Kesimpulannya , bagi menarik pembaca ke blog kita , kita perlukan satu aura dalam penulisan kita ! Dapatkan aura itu , kemudian apa yang perlu kita buat untuk awalan dalam dunia blogging ni ialah promosikannya.. Itu yang paling susah .. Tetapi dengan gabungan kedua dua itu , insyaAllah …
Aku sendiri pon mengambil masa lebih setahun untuk mempromosi blog aku ini .. Namun sehingga kini , aku masih jauh ketinggalan berbanding blogger yang baru berblog tetapi telah berjaya mempunyai ribuan pembaca setiap hari ..
Dalam erti kata lain , JANGAN MUDAH PUTUS ASA JIKA INGIN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG ! JANGAN CEPAT BERI ALASAN ATAU MENYERAH KALAH ..
Semangat aku pada mula berblog , ‘BAGAIMANA AKU NAK KASI MEREKA YANG POPULAR DALAM DUNIA BLOG INI TAHU AKAN KEHADIRAN BLOG AKU INI ???? HELLOOOOO , SAYA BEN ASHAARI ..”
Cabaran yang aku pikul … dan aku sukakannya..