Satu perlawanan yang aku sifatkan lebih berhati-hati di kedua dua pihak tapi pada minit-minit terakhir baru banyak serangan dibuat terutama oleh Harimau Malaya ..
Tak kisahlah .. janji menang .. Jaringan yang aku rasa lebih pada bernasib baik namun itulah dia bolasepak.. Bagus camana pon kalau tak bernasib baik , tak leh nak kata apa gak kan ?
Harapnya final nanti , Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Indonesia .. Baru betul betul final kan ? Baru best tonton Heheh.. Tamo menang pingat emas dengan ‘mudah’ .. Biar ada keringat jantan mengalir setiap saat tak kira pada pemain atau pun penonton di Malaysia ini.Baru puashati tengok bola !
Sekali lagi , tahniah buat jurulatih serta pemain Malaysia atas kemenangan menentang Myanmar ini . Harap dapat pertahankan pingat emas yang dimenangi mereka 2 tahun lepas..
Keputusan separuh akhir Malaysia menentang Myanmar , 1-0. Indonesia selepas ini ..