Klik SINI
Gambar : Hmetro
Dari mula lagi aku dah rasa pelik bila Yuna menang untuk kategori Lagu Terbaik .. Bukan pe , sbb lagu PENAKUT tak menang dalam mana mana kategori pon walaupun dikatakan punya kelas tersendiri..
Alasan penganjur waktu tu ialah ..
"Semua lagu layak menang Lagu Terbaik, itulah kelainan yang dibikin dalam AIM 18 apabila lagu terbaik tidak dipilih daripada juara kategori setiap genre lagu. Pemilihan Lagu Terbaik ini dibuat oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak AIM 18 dan pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa lagu Yuna, Penakut dipilih sebagai pemenang," kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM 18, Rosmin Hashim .
Maka segalanya terjawab sekarang iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyedari berlaku kesilapan teknikal ketika pengiraan markah pemenang dalam kategori terbabit..
Boleh gitu ? Hehehe …
“Perkara ini disedari apabila ramai yang memberikan maklum balas terhadap kemenangan Yuna dalam kategori terbabit, memandangkan singlenya iaitu Penakut tidak memenangi kategori Lagu Pop Terbaik. “Seharusnya lagu yang memenangi setiap kategori iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Lagu Pop Terbaik dipilih untuk memenangi anugerah utama itu,” kata Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Andrian Lim .
Keputusan menarik balik kemenangan Yuna dalam kategori Lagu Terbaik harus dilakukan demi menjaga integriti persatuan dan penganjuran AIM itu sendiri.
Wow … Betul betul satu kelainan yang berjaya dicipta oleh AIM18 .. hehehhe…. adeh.. Satu kelainan yang tak patut dibuat kerana mereka itu dikatakan PROFESIONAL !
Patut ramai tak layan dah bab bab anugerah ni .. Segalanya punya agenda tersendiri.. Dan peminat Yuna pon jangan la sampai fanatik sangat sampai ada yang marah marah … Aiyok… Duniawi je semua ni ..
Jom Klik SINI