Wow ! Tak sabar nak tunggu konsert di Kuala Lumpur nanti ! Bukan apa , seperti yang pernah aku ceritakan dulu di entri yang bertajuk KONSERT FENOMENA – SEARCH 30 TAHUN , sememangnya aku cukup teruja bila mengetahui Search bakal buat tour .. Hehe…
Ok , apa yang menariknya konsert Fenomena Search 30 tahun ni ? Mula mula sekali pastinya akan mengembalikan segala kenangan silam .. Kedua , harga tiket yang menarik ! Dan , apabila korang tempah atau beli tiket tu , korang akan dapat T-shirt ekslusif percuma , Minuman percuma dari para penaja Lipton Ice Tea & Red Bull dan berpeluang untuk memenangi Perodua Viva di dalam peraduan yang bakal diadakan nanti .. Haa.. Amacam ? Menarik kan ?
Dan konsert tersebut akan di hokan s oleh Burn, Jehan Miskin dan Nana .. Haa… Sebelum korang layan konsert Search tu , ada kumpulan lain yang akan menghangatkan suasana.. Nak tau sapa ??? Yearghhh… Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser, Sofea bakal menemui korang di sana nanti .. Dan tidak lupa , kemunculan khas dari raja lawak Angah , Jepp, Nabil dan Johan .. ;P
Harga tiket RM69 Kuala Lumpur (17 Disember) ,RM59 Pulau Pinang (19 November) & JB (3 Disember) dan korang boleh dapatkan tiket di stesen Petronas terpilih atau tickethotline.com.my .. Cepat cepat !! Kang bantai teriak kat luar konsert nanti akibat kehabisan tiket !!