Hampeh .. Aku tertipu.. aku ingatkan real la lalat ni hinggap kat laptop aku ni.. Beria la nak jentik.. Caittt..
Gambar ni dari profile sorang rakan di FB .. Pinjam sat eh bro.. hehehe..
Hampeh .. Aku tertipu.. aku ingatkan real la lalat ni hinggap kat laptop aku ni.. Beria la nak jentik.. Caittt..
Gambar ni dari profile sorang rakan di FB .. Pinjam sat eh bro.. hehehe..
Camana nak majukan blog yer ? Persoalan itu timbul bila tiap kali hadirnya blogger-blogger baru , tak kira dari mana pon asal usulnya pasti nak tips ini ..
Aku ? Perkara pertama yang aku fikirkan dulu la kan … “ Orang tak bengang ke kalau aku asik update je nanti ? Maklumlah , aku kemaruk menaip … “
Kedua … Apakah corak penulisan yang sesuai untuk aku sebenarnya ? Atau lebih tepat lagi , identiti … Dengan adanya identiti maka pembaca mudah membezakan antara blogger yang lain ..
Penting !! Jangan peningkan bab trafik atau pembaca atau apakah mereka akan baca .. Yang paling penting , apakah kamu suka dengan apa yang kamu update tersebut ? Apakah kamu akan memberi manfaat buat pembaca kamu kelak ? Jangan fikirkan hari ini atau esok.. Fikirkan sekali akan datang ..
Bila dah ada semua tu , baru langkah ke depan …
Rasanya berkali dah aku membaca kisahnya dan baru hari ini aku dapat tau tentang pemergiannya… Sangat menginsafkan aku .. Yelah , sapa sangka kan ? Ajal maut tak kenal siapa kita .. Bila tiba masanya , kita tetap dibawa pergi .. Cuma bagaimana , bila dan di mana saja persoalannya ..
Hurm.. Aku pasti ramai blogger akan buat entri mengenai ini .Cuma aku harap , kalau boleh elakkanlah dari meletakkan gambarnya .. Kita harus memahami keadaaan keluarganya..
Dan jangan amik kesempatan buat isu panas la yer .. Buat rakan rakan blogger sekalian , jadikan ini satu ikhtibar .. Isikan blog kita tu dengan kebaikkan .. Andai kita pergi satu hari nanti , sekurang-kurangnya blog kita ni boleh dijadikan pembekal pahala buat kita .. Yelah , nak bina masjid tak mampu.. Nak sedekah wang ringgit apatah lagi kan ? Maka blog sajalah yang kita ada … InsyaAllah ..
Aku sendiri pon memikirkan untung nasib aku sebagai blogger .. Yelah , kadang kadang aku pon terlepas pandang atau mengikut perasaan sangat bila berkarya.. hurm… Semoga Allah ampuni segala dosa aku ..
Al-Fatihah buat Rara Zikry
Gambar hiasan
Aiyok .. tertonton di tv tadi .. Aku terus terang je la yer .. Aku ni bukan anti mana mana parti asalkan perjuangan nasib bangsa dan menjaga kesucian agama , aku ok jer ..
Ada satu perwakilan tu .. bagi pantun 4 kerat yg bunganya buai laju laju .. Aiyooooo .. Come on laaa.. Kot ya nak puji melambung sekali pon , toksah jatuhkan maruah bangsa sendiri ..
Walaupun ianya satu hakikat tapi secara tak langsung menunjukkan bangsa melayu ni akan bergantung pada bangsa lain sampai bila bila ! Ini seperti melayu takkan maju punya woooo ..
Haih… Hati hati la… Ni bukan satu je aku tertengok .. Ada banyak .. Tang mengata kat ‘belah sana’ tu sedaaapppp je tapi sendiri dok buat tak perasan lak ???
Bila nak berjuang , jangan jatuhkan orang lain .. Berjuanglah dengan sebenar-benar juang … Niat tu !! Jagaaa… Kerana Allah dan negara !
Rakyat memerhati ..
“ Uuuuu .. G mana lambat sangat ni haa ???? Ni mesti tak abis abis dengan kerja u tu kaann ?? U janji ngan ai kat sini kul 6 !! Ni dah kul 10 dah !! Dah la call u pon tak dapat ! U off hp kenapa ?? Ni mesti ada perempuan lain !! U ni betul betul buat ai macam tunggul kayu kat sini laaaa .. Tau tak berapa ramai cuba ngorat ai ??? Ai sampai nak malu tauuu .. Kang kalau ai layan , u kata ai gatal ! Haaa… Ni datang ngan badan bau busuk ni nape ?? Alaaaa…. camana nak dating makan kat hotel mahal dengan bau u cam ni ??? Tensen tau tak aaiiii .. Ni yang buat ai menyesal pilih uuu ni !! “
“ Saya eksiden tadi .. Ni pon sbb dah janji. Tapi memandangkan u dah menyesal , tak pe.. silakan g cari yang lain .. Ni satu je yang saya cakap .. Sekurang-kurangnya , tanya khabar dulu sebelum membebel.. ok ? Selamat malam dan sayonara … Kirim salam kat bakal bf u nanti .. Harap dapat makan kat hotel mahal mahal sampai dah beranak pinak nanti yer.. Bye.. Assalamualaikumm … Oh ya , mesti tak solat Maghrib tadi kan ? “
“ Er .. ai uzur laaaa.. Alaaaaaaaa.. tamo la cam niiiii… Plsssssss sayang … “
“ Heh.. alasan biasa.. Caauuu bebeh !! “
Rahsia seorang wanita, hanya U-Queen jawapannya! Anda pasti menjadi RATU di hati sidia!
membekalkan tenaga luaran dan dalaman
membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut,
membantu menguat dan merapatkan otot vagina
membantu mengatasi masalah faraj longgar dan berair
membantu mengencang payudara
membantu mengangkat punggung
membantu menaikkan seri pada wajah dan awet muda
membantu melewatkan menopause
membantu mengeratkan hubungan suami isteri
membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis
membantu melancar / membersih darah serta peranakan
membantu membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badanmembantu mengatasi masalah berat badan
membantu mencerahkan kulit dari dalam
Untuk keterangan dengan lebih lanjut atau membuat tempatah , klik SINI
Teringat lagi kenangan 5 tahun ulang alik di PWTC .. Sepanjang tempoh tu pelbagai kenangan yang aku dapat dan pastinya Perhimpunan Agong UMNO sering menjadi tumpuan mata aku ..
Mana tidaknya , orang berduyun duyun datang ke PWTC tu.. Macam macam gaya dapat ditonton ketika tu .. Perghh.. Seronok gak pon ada .. Ada sekali tu sempat derma darah lagi ..
Cuma part yang tak bestnya ialah part part ucapan .. Kenapa ?? Aku hanya mampu geleng kepala saja dan seterus berlalu pergi ..
Kenapa gitu sekali ? Sebab bila kita tau satu perkara yang sebenarnya , kita akan kecewa … Perlukah aku pujuk hati untuk menepis segala kenyataan yang aku lihat mahupun dengar sendiri ?
Asalkan ISLAM… Cuma malu bila saudaraku mencaci maki sesama mereka .. Sedangkan mereka tau sapa mereka .. tetapi demi pangkat , kuasa dan duit , mereka sanggup menelannya dengan harapan punya masa untuk bertaubat ..
Wallahualam.. Semoga Allah berkati perjuangan mereka yang berjuang keranaMu , Ya Allah ..
Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross dengan isu USTAZAH JADI-JADIAN
Macam macam perangai ada ! Buat itu ini segalanya tak kena saja di mata mereka .. Kalau tak nak ikut , DIAM !! Jangan g jarum orang sana sini !!! Ajak buat jahat , korang mengata .. Ajak buat baik , korang membebel ! Apa korang nak ???
Aku tau … korang takde apa nak kan ???? Sbb tu orang kata , takde keje G LA CARIK KEJE !!
Itulah yang berlaku pada kita sebagai manusia ni .. Macam macam buruk sangka yang ada .. Yang baik sangka , sikit sangat .. Apa laaa ..
Nasib baik jumlah yang suka merosakkan pemikiran orang lain ni kecik tapi ianya virus dalam masyarakat kita .. Kalau tak dibendung , maka ianya akan merebak dan memusnahkan spesis manusia yang baru nak insaf ni ..
Hampehgas betul !
Semalam , sewaktu berborak dengan salah seorang penganjur yang menjemput para bloggers hadir ke majlis pratonton BUJANG TERLAJAK (lakonan Nabil , Apek , Johan , Fazura dan Ebby Yus ) , ada dia tanya aku bagaimana aku dapat perkenalkan blog aku pada dunia maya ni ?
Korang ada jawapan dia kan ???? Haaa.. Jawapannya ialah , WIN WIN SITUATION …
Dari mana aku dapat idea ni ? Pada mula aku join dunia blog ni , aku nampak hanya satu dua blogger je yang meletop bagai nak gila hasil kerja media cetak !
Lalu aku terfikir .. Kalau media cetak mampu naikkan blogger tersebut , maka tak mustahil aku boleh buat satu kelainan … Jeng jeng jeng ..
Maka wujudlah idea aku tersebut .. Dan syukur alhamdulillah , ramai rakan rakan termasuk aku berjaya menjual nama blog masing masing hasil dari ‘kerja gila’ aku tu walaupun dapat banyak kritikan .. Tak kisah .. G bulan pon kena kritik kan ? Hehe..
Maka , aku terangkan apa yang aku buat pada dia .. Yelah , wat pe nak sorok sorok kan ? Ilmu kita kongsi bersama.. Tak rugi pon .. kan kan ?
Pasal kerja gila aku tu , nanti aku sambung buat eh.. Buat masa skang, nak rehatkan kepala aku yang nak gila dah ni …
Jom layan …
Semalam , mmg rezeki aku .. Orang kata kalau bab rezeki ni antara bab makan dan duit .. Tapi bagi aku masa juga satu rezeki .. Syukur pada Allah kerana permudahkan perjalanan aku semalam untuk ke pratonton filem Bujang Terlajak , arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen ..
Bayangkan , aku sampai stesen Erl .. lagi 3 minit nak berlepas !! Aku sempat naik .. Pastu sampai stesen KL Sentral .. Lagi 2 minit nak sampai komuter ke Seremban ( nak ke Midvalley) yang mana biasanya aku kena tunggu lagi 15 minit ke atas !!
Bila aku dah naik komuter tu , aku jadi pelik lak … Betul ke komuter ni ke Midvalley ?? Cepat benar dia sampai … Iskh.. Jangan menghala ke Pelabuhan kelang dah laaa.. Mau kes naya gak ni.. Dari nak cepat terus lambat ..
Sekaaali.. Alhamdulillah … Menyesal gak tak tanya pengawal keselamatan yg bertugas kat stesen tu.. Nasib baik betul aku naik komuter tu.. hehehe..
Sampai Midvalley dalam 6.40 … Naik ke tempat pendaftaran media .. Takde orang lagi .. Aku turun dan g ke The Gardens untuk solat Maghrib dulu .. Tengok Jusco , penuh gila orang.. Members card la katakan ..
Pastu di pratonton tu , sekali lagi rezeki aku yang mana aku dapat berbual serta berbincang secara santai bersama Prof.. Best part , dia mintak no tel aku okeh ! Hahahaha…
Kenapa dan mengapa ?? Tunggguuuuu …. Yang pasti aku amat
Akhirnya , aku berjaya memberanikan diri aku memberi komen secara langsung terhadap filem arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Bukan pe , letih dah nak cakap belakang belakang..
Memandangkan dia ada depan aku dan sedia mendengar sebarang pendapat mengenai filemnya , maka aku dengan selambanya pergi memberi komen aku ..
Respek ! Dia menerima serta memberi tunjuk ajar sedikit mengenai dunia pembikinan filem.. Dan di situ juga aku dan dia bertukar pandangan mengenai promosi filem melalui dunia maya ini .. Alhamdulillah , sememangnya dia seorang yang bersikap terbuka walaupun kebanyakkan filemnya dikritik .. Tak kisah la kan .. lain orang lain citarasa..
Kemudian dia ada bagitau aku mengenai satu jurusan yang mana mereka yang berminat dalam bidang perfileman ni bolehlah memohonnya .. Haaa… Apa lagi ??
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif ( Skrin ) Kepujian - CT223 yang dia kata tu adalah Program Pendidikan Jarak Jauh (e-pjj ) yang bakal membuat pengambilan untuk sesi Mac 2012 . Bagi mereka yang berminat tu , sila klik SINI
Terima kasih buat Prof untuk ilmu diberikan tadi.. Semoga Allah berkati usaha Prof selama ini dan akan datang .