Sikap manusia .. Dan ini berlaku dalam masyarakat kita .. Masyarakat lain , aku tak buat kajian lagi .. hehe .. Maaf yer..
Aku amik contoh yang berlaku di persekitaran aku .. Gym dan blog .. Mula mula gym la yer .. Kebanyakkan mereka yang g gym ni pasang satu niat .. Iaitu nak milik bentuk badan cam abang kita ni haa ..
Lalu antara angan-angan mereka , nak jalan tepi pantai cam bro atas ni laa.. Hehehe… Perghhh … Dasat siut … Aku pon nak !!! Hahaha …
Tak de salah la kan ? Tapi apa yang menjadi kesalahannya ?? Jeng jeng jeng … Haaaa … Baru g gym ari ni , esok tengok cermin dah !! Apasal badan aku tak berubah pon !!
Aiseyman ! Vin Diesel ( hero Fast n Furious ) pon letak jawatan kalau g gym ari ni esok dah cun cam dia !!!
Sama gak seperti buat blog .. Ada yang baru je daftar blog dia , dah pasang angan angan nak punya puluhan ribu followers dan terus meletop sbb dia rasa penulisan dia best atau punya wajah yang menarik ! Haaaa.. Tamo la gini yer ..Betulkan balik niat tu ..
Pasang angan angan tu tak salah .. Cuma kena betul niat dan juga perlu ada ilmu mengenainya .. Kalau tak ???
Maksud SESAT disini … Akan ada yang guna jalan pintas untuk memperolehi kejayaan .. Ada yang akan menggunakan jalan keji mahupun yang tidak disukai Allah .
Maka dengan itu , belajarlah BERSABAR ..
Sabar ! Sabar ! Sabar ! Sabar untuk berjaya .. Sabar dalam mencari ilmu .. Sabar dalam menyebar ilmu .. Sabar itu amatlah penting !
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali Imran Ayat 200