Nampak kerusi tu ? Terletak di belakang rumah aku ...
Kenapa dengan kerusi tu ? Perhatikan betul-betul .. Jangan tegur !!!
Kenapa dengan kerusi tu ? Perhatikan betul-betul .. Jangan tegur !!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
“ Apa yang akan terjadi pada aku kalau kedua ibu bapa aku tiada nanti ?? “
Soalan tu berada di benak aku sewaktu aku masih menuntut di sekolah rendah lagi .. Aku tak nak tinggal dengan sedara mara.. Aku tak nak kehilangan kasih sayang mereka ..
Tiba-tiba airmata deras mengalir laju ..
Pernah satu ketika , sejurus ayah aku menurunkan aku di depan sekolah .. Lantas aku memandang dia kembali ..
Rasa kasihan timbul di hati.. Awal pagi dia berjaga mencari rezeki untuk keluarga aku .. Bukan ayah aku je.. Mak pon begitu juga .. Sambil berjalan memasuki sekolah , airmata mengalir tanpa disedari ..
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali.
Sian Apek .. Itulah kehidupan. Segalanya milik Allah …
Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16thn., adik kpd Khairul Fahmi Che Mat yg pulang ke Rahmatullah jam 11.30 pagi tadi kerana denggi & demam panas.
Takziah dan Al-Fatihah
Sumber : AkuNiezam
Sikap manusia .. Dan ini berlaku dalam masyarakat kita .. Masyarakat lain , aku tak buat kajian lagi .. hehe .. Maaf yer..
Aku amik contoh yang berlaku di persekitaran aku .. Gym dan blog .. Mula mula gym la yer .. Kebanyakkan mereka yang g gym ni pasang satu niat .. Iaitu nak milik bentuk badan cam abang kita ni haa ..
Lalu antara angan-angan mereka , nak jalan tepi pantai cam bro atas ni laa.. Hehehe… Perghhh … Dasat siut … Aku pon nak !!! Hahaha …
Tak de salah la kan ? Tapi apa yang menjadi kesalahannya ?? Jeng jeng jeng … Haaaa … Baru g gym ari ni , esok tengok cermin dah !! Apasal badan aku tak berubah pon !!
Aiseyman ! Vin Diesel ( hero Fast n Furious ) pon letak jawatan kalau g gym ari ni esok dah cun cam dia !!!
Sama gak seperti buat blog .. Ada yang baru je daftar blog dia , dah pasang angan angan nak punya puluhan ribu followers dan terus meletop sbb dia rasa penulisan dia best atau punya wajah yang menarik ! Haaaa.. Tamo la gini yer ..Betulkan balik niat tu ..
Pasang angan angan tu tak salah .. Cuma kena betul niat dan juga perlu ada ilmu mengenainya .. Kalau tak ???
Maksud SESAT disini … Akan ada yang guna jalan pintas untuk memperolehi kejayaan .. Ada yang akan menggunakan jalan keji mahupun yang tidak disukai Allah .
Maka dengan itu , belajarlah BERSABAR ..
Sabar ! Sabar ! Sabar ! Sabar untuk berjaya .. Sabar dalam mencari ilmu .. Sabar dalam menyebar ilmu .. Sabar itu amatlah penting !
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali Imran Ayat 200
Aku terjumpa blog dia sewaktu blogwalking tadi.. Kira tak sengaja je la .. Hehe.. Bila aku baca impiannya , hurm… mengingatkan aku dulu dulu pada mula nak berblogging .. Punya minat dalam penulisan..
Cuma satu je aku nak tegur pada blogger ni .. Lain semua ok tapi untuk menarik minat pembaca dari pelbagai peringkat , paling penting ialah penggunaan bahasa diikuti dengan penyampaian .. Selebihnya adalah ‘anda sendiri’ ..
Bahasa .. Gunakan bahasa .. Mungkin nampak ‘kewl’ dengan guna bahasa bahasa zaman ini padahal tidak sama sekali ! Ingat .. Dalam menulis blog , kita secara tidak langsung mendidik pembaca kita .. Mana tau , ada pembaca kita di kalangan pelajar sekolah .. Bayangkan dengan guna bahasa yang tidak ada dalam kamus Dewan Bahasa di dalam blog , adik kita tu terikut .. Kena fikir juga tang tu .. Jangan ingat semua orang boleh fikir dengan bijak sekali.
Penyampaian .. Haa.. tang ni aku pasti ramai yang punya gaya tersendiri.. Aku tiada komen .. Tapi kalau boleh biarlah dengan bersahaja .. Pembaca kita pon tenang bila membacanya .. Kalau terlalu emosi , pembaca leh emo gak kan Hehehe..
Apa apa pun terpulang pada korang sendiri .. Blog korang … ‘Ganjaran’ pon korang yang punya ..
Oh .. Blog sapa yang aku maksudkan tadi yer ??? Meh klik SINI
Jangan tak tau , politik boleh membuatkan seseorang itu bertumbuk untuk mempertahankan pendapat atau pendiriannya ..
Jangan tak tau , politik juga telah memecah-belahkan persaudaraan mahupun persahabatan ..
Tapi jangan sangka lak politik akan melemahkan kita .. Walaupun berbalah pendapat . hanya ISLAM kembali menyatukan kita ..
"Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau adalah ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah negara kita," kata Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak.
Latar Belakang Nicol Ann David
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.] Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).
Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan tahun. Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon, yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya. Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang. Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16. Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu. Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.
Semoga kecemerlangan beliau dapat memberi inspirasi buat anak anak muda di negara kita ..
Sumber : Wikipedia
Haa.. jgn terkejut.. itulah hakikatnya sekarang .. Punca ? Entah.. dia tapis air guna penapis mahal kot .. hehehe .. Tapi tak mustahil nanti , satu hari air putih ni jauh lebih mahal air yang tak putih.. Haaa.. hehehe ..
Teringat satu kisah … Pernah aku masuk kelab malam sewaktu aku muda belia .. Masuk sekadar nak tengok apa yang best sangat dalam tu … Maka , minuman utama mereka , pastinya korang tau la kan .. Aku tanya member aku yang pernah keje kat bar ni … Berapa harga air tu ? Dia kata harga tu lebih murah dari air Coke / Coca cola .. Tujuannya , suruh orang order air kencing setan tu.. Haaa.. Baik punya strategi kan ? Air coke tu pon hati hati laaaaaa … Tu pesan member aku la.. Aku tak teringin pon nak minum .. Order air susu ? Ingat Jason King ke ? Hahahaha….
Moral … hargai air sementara harganya murah .. Terutama aku ni !! Adeh..
Harga dah tau … Dibawah RM200 tidak termasuk kos penghantaran. Kalau yang tinggal area KL , boleh order kat aku sebelum 25hb ni … Leh bagi by hand gitu .. Jadi tak termasuk kos penghantaran la yer..
Luar KL , kena tanggung kos pos.. Berminat , sila email di benashaari@yahoo.com
Dan ada banyak lagi jenis dan corak … Segalanya murah sbb YEAR END SALE !!! Hanya di http://www.asteriskboutique.com/