Hehe.. Kadang kadang kita lebih peka terhadap kesilapan seseorang itu berbanding dgn apa yg orang tu cuba sampaikan .
Published with Blogger-droid v1.7.4
Penerangan yang sangat santai .. Semoga dengan video ini akan memberikan pemahaman buat mereka yang kurang faham lagi mengenai hukum huduh.. InsyaAllah ..
Sambungan dari bahagian 1
Hehe.. comel ke ? Bagi aku comel dah .. hehe.. Yelah , yang join pon comel comel blaka … Maklumlah , masih remaja gitu ..
Dah .. jom g masuk blog mereka… Mana boleh tegur , tegur laa ..
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Terima kasih … Tamat sudah segmen blog blog comel …
Aku , bakal mencecah 36 .. Tahun depan laa .. Hahaha.. Bila masuk blog blog budak budak ni , terasa cam kanak kanak lak aku .. Hahaha.. Terasa muda kooo .. Hahahaha…
Blog diorang mmg comel .. Gaya penulisan mahupun isi kandungan .. Nak kata apa kan ? Mengundi pon tak lepas lagi ..
Masih aku ingat lagi , sewaktu aku baya diorang ni .. perasan matang ! Kan ? Padahal , makan pon mak bapak dok suap .. Haih ..
OK .. tamo cita panjang .. Jom kita godek blog diorang ..
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Mana yang hantar , masuk malam kang yer .. Tqq.. Pok Beng .
Jangan ingat dalam dunia maya ni , kita boleh buat sesuka hati saja terutama di Malaysia ni ? Segalanya punya peraturan dan undang-undang yer !
Dan bagi blogger yang gemar menghina individu lain secara terbuka , tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik blog tersebut .. Maka jangan sesuka hati jer dok menjatuhkan maruah orang lain ..
Blogging ini adalah tempat untuk bertukar cerita , maklumat , pendapat mahupun ilmu .. Bagi mereka yang plan nak salahguna tu , batalkan niat saja ..
Jangan lupa .. segala tindak tanduk kita , ada ganjaran .. Dosa atau pahala .. Mampukah nak mintak maaf kat orang yang kita hina tu sedangkan kita tak kenal pon dia ??
Lebih baik , tulis apa yang kita tau saja .. Jangan memandai atau buat buat pandai …
Wah.. macam tak sabar kepala ni nak berdesing dengan dentuman bunyi dram serta ‘gorengan’ gitar dari otai rock negara !! Johor Bahru dan Pulau Pinang dah meletop baru baru ni kan !!
Ni kat Stadium Larkin , Johor Bahru.
Stadium Larkin yang dipenuhi peminat peminat Search serta bro Amy yang senantiasa memberi komitmen 101% ketika persembahan ! Cayaaaalah bro !! Peeewitttt .. Mantap seehh ..
SEARCH di Pulau Pinang
Peerghhh .. Berasaappp !!
Kat Kuala Lumpur camana pula ??? Mereka yang dah terlepas peluang untuk menonton di JB , Pulau Pinang , mari mari !! Turun KL !! Konsert yang bakal diadakan pada 17 Disember ini .. Untuk maklumat lanjut , jom masuk page SEARCH .. klik SEARCH30 ..
Terkini ! Lokasi bagi Konsert Fenomena 30 Tahun Search ditukar dari Padang Astaka PJ ke Malaysia International Exhibition Convention Centre (MIECC)@Mines Resort City.
Baju SEARCH yang bakal menjadi milik anda ! Dan juga minuman percuma buat anda di sana nanti !
Bagaimana nak mendapatkan tiket ? Rujuk SINI !
Jumpa di SANAAAAAA !!!!
Gelak sat boleh ? Hahahahha .. serius .. Aku gelak sebab …
Nak kena posing gini ke ? Ni posing macam nak masuk ..
Tak kisah la apa pop sekali pon ( ais kim pop boleh ? ) yang pentingnya jangan la sampai taksub woiii .. Ni ada sampai pakat nak bergaduh sbb sokong J la .. K laaa.. Adoi .. bikin malu je laaa… Layan lagu dah laa…
BEN : Teringat zaman bangang aku dulu .. Minat KRU sampai pakai sweeter tengahari buta ! Serius malu bila ingat balik .. Adeh .. Gara-gara krumania !! Malu aiii
Pagi-pagi lagi adik aku hantar sms pasal OMBAK RINDU .. Katanya best .. Rugi tak g tengok .. Heh .. Bagi aku , rugi lagi g tengok .. Takat filem cinta gitu walaupun mengalirkan airmata , tunggu je la kat tv .. Nak beratur atau habiskan masa kat panggung tu , cam tak berbaloi pulak ..
Bukan tak sokong filem kita tapi berpadanan je la.. Takat filem cinta , aku nak g buang masa kat panggung .. wat pe ? Bukannya ada kesan khas ke cam cita AVATAR tu ke ..
Bukan nak buat perbandingan tapi itulah realitinya .. Takat filem cinta ( tak kira omputih ke melayu ke ) , tunggu je la .. Layan kat rumah ..
Dengarnya dah cecah RM10 juta eh .. Kalau satu orang , RM10 .. RM10 juta brapa ramai orang g tengok kat panggung ? Pergh.. confirm meleleh airmata eh ?
Apa pun tahniah buat filem OMBAK RINDU. Sekurang-kurangnya pasni ramai la pembikin filem berebut buat filem cinta .. Dulu hantu , samseng , lumba sana sini . Dan sekarang kembali ke percintaan ..
Teringat filem Bukit Kepong yang aku tengok berpuluh kali termasuk juga filem filem P.Ramlee yang tak pernah bosan menontonnya.
MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.
“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.
Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.
Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.
“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.
“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.
Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.
“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.
“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.
“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.
Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.
“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.
Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.
“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.
“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya. – Hmetro
BA: Aku dari kecik lagi mmg tak suka dengan spesis monyet ni . Walaupun diorang ni nampak jinak tapi bagi aku mereka ni ‘kepala angin’ .. Aku senantiasa menjarakkan diri bila spesis ni ada berhampiran .. Perangai mereka sememangnya di luar jangkaan kita .
Pihak zoo patut alert manakala ibu bapa pula patut waspada .. Walaupun jinak, mereka tetap binatang !
Ni awal pagi punya carian.. Baru 16 minit selepas jam 12 tengah malam ..
Lagi top ‘ seluar dalam ‘ dari BEN ASHAARI ni !! Hampeh tul laa.. Apa laa diorang nak buat ngan seluar dalam ni ?? Takkan nak rebus buat kari kot ???
Setiap hari ada orang cari okeh ! Sapa laaa yang dok cari seluar dalam ni ? Kot yer nak beli seluar dalam online sekali pon , gunalah keyword yang betul .. Ni cam perogol bersiri jer gamaknya !
Keyword ( carian di enjin Google ) yang membuatkan aku terbeliak bijik mata .. Pergh .. Sampai gitu sekali eh nafsu kuda dia .. Isteri sendiri diliwatnya ..
Kita tau dalam ajaran Islam tidak dibenarkan sama sekali meliwat .. Apa itu meliwat ? Haaaa.. Ramai tak tau ni.. Meliwat ialah .. hehehe.. aku segan lak nak terangkan kat sini .. Lom tahap aku untuk terangkan .. hehe.. Pe kata korang je g baca kat Liwat Menurut Perspektif Syarak.
Hurm… kesian kan ? Si isteri tak nak buat laporan sebab sayangkan si suami .. Si suami sayangkan isterinya sampai sanggup meliwat isterinya mahupun menderanya .. Bukanlah semua .. Jumlah ni boleh dikira dengan kesemua jari rakyat Malaysia .. Heh…
Bagi mereka yang baru atau bakal nak menikah tu , jagalah isteri tu .. Jangan layan seperti binatang .. Sama gak perempuan tu.. Jangan pulak bagi nasi kangkang kat suami .. Tak bau syurga nanti..
OK ?