Terkedu dan terharu . Semalam aku ada buat satu entri khas untuk adik Hanna yang bertajuk , Pandai blogger muda ni berkarya … Suka ! ..
Sebelum aku post entri aku tu , jumlah rakan followernya cuma 17 saja termasuk aku .. Tetapi selepas aku update , jumlahnya melebihi 400 ( sehingga jam 10 malam) !!
Tak sangka ramai kenalan blogger yang lain sudi follow blognya .. Hurm.. Tapi tak boleh nak kata apa la kan , memandangkan entrinya pon mmg dah cukup bagus ..
Berusia 13 tahun dan bercita cita nak jadi novelis satu hari nanti .. Memang berbakat besar la .. Aku , pada umur dia kalau buat karangan pon bertajuk … AKU SEBATANG PEN je lagi ..
Apa pun , aku terharu dengan sokongan rakan rakan blogger yang lain ! Tanpa kita , mereka tiada erti. Dan tanpa mereka , kita pon tiada ertinya kan ? Kita saling bergantungan .. Kan kan ?
Majulah blog untuk .. er.. er.. untuk sapa eh ?