Zidane , Roberto Carlos mahupun Messi tak mampu lakukannya ! Ye la , sapa nak score gol sendiri kan ? Hehehhe ..
Zidane , Roberto Carlos mahupun Messi tak mampu lakukannya ! Ye la , sapa nak score gol sendiri kan ? Hehehhe ..
Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri selama 2 tahun berblog. Bila kita nak ‘ keluar dari tempurung ‘ kita , maka pasti berlaku kesilapan walaupun kita dah cuba mengelakkannya ..
Antara puncanya ialah entri yang tak tau dari mana asal usulnya atau sumbernya .. Terus main kaut dan buat entri .. Ini amatlah bahaya ! Boleh mengundang fitnah !
Terbaru yang aku dapat tau mengenai KM Kelantan , Nik Aziz yang dikatakan masuk icu kerana kanser .. Hurm .. Terkejut jugak aku pada mulanya .. Aku cari berita mengenainya di akhbar online , tiada perkhabarannya .. Aku google .. lalu aku jumpa berita mengenainya..
“ Naib Presiden Pas Nafi Nik Aziz Nazak “
Sahih lagi terkini . Dan menariknya dalam blog blog yang memaparkan berita tersebut , letak gambar nun tahun 2004 punya ! Waduhh… Aku tengok sekali pon dah pelik ..
Belajar mengkaji dan mendapatkan sumber yang betul dan barulah buat artikal mengenainya .. Jika was-was , adalah lebih baik biarkan saja dan tunggu berita mengenainya untuk lebih kepastian !
Hati-hati ya ..
“Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. “
Sewaktu kali pertama UPSR diperkenalkan , aku antara calon-calon yang mengambil peperiksaan tersebut .. Kira batch pertama selepas ujian penilaian darjah 5 dimansuhkan ..
Risau gak weh.. Aku nak masuk sekolah sukan yang popular waktu tu , Sek Men. Jalan Cochrane yang mana telah melahirkan ramai jaguh jaguh sukan terutama dalam bolasepak.
Persaingan terbuka. Satu ujian dibuat. Bukan berdasarkan peperiksaan tetapi ujian pemilihan pemain berbakat dibuat di sebuah sekolah .
Best part neh , mana mana parents yang kenal dengan jurulatih atau penilai , confirm dapat ! Datang dan bersalaman serta berbual mesra.. Anak dia main ? Adoii … Sedih siut .. Seawal usia muda aku dah kenal politik !
Bila aku masuk kerja di sektor awam sebagai kakitangan kontrak bersama ramai lagi lepasan ipt yang mana mereka punya pencapaian cemerlang di sekolah mahupun ipt , ada antara mereka tak mampu berdaya saing sedangkan dalam kelas , mereka terbaik ! Kenapa ? Apakah faktor kerana tiada pengalaman ?
Teringat lagi aku masa belajar , kalau nak lulus .. kena baik dengan pensyarah .. Belajar la bagus camana pun , kalau tak ngam dengan lecturer , susah mau hidup ! Kat sekolah mahupun di IPT .. Belajar berpolitik dan kipas lipas dah mula diterapkan.
Dan ini lebih ketara lagi kelihatan bila aku menjadi guru sandaran .. Format peperiksaan dan markah .. Hehehe.. Hanya mereka yang bergelar guru saja tau apa cerita disebaliknya .. Politik lagi ..
Jadi aku tertanya tanya la .. Apa yang akan jadi pada anak cucu aku satu hari nanti ? Jika mereka bernasib baik bergelar pelajar pandai ( bukan pintar) ,apakah mampu berdaya saing dengan pelajar lain memandangkan faktor politik memainkan peranan dalam lulus atau gagalnya pelajar ?
Sama juga bila mencari kerja.. Bila pihak syarikat membuat ujian , mampukah mereka menjawabnya memandangkan yang akan memeriksa jawapan mereka itu bukan pensyarah kesayangan mereka ?
Mudah untuk LULUS di negara kita ni dan tak susah untuk GAGAL juga.
Tahniah buat pelajar pelajar yang berjaya dlm PMR baru-baru ini .Semoga kejayaan ini mendorang anda lebih berjaya pada masa akan datang .Buktikan anda bukan mangsa politik !
Sekadar persoalan di minda.
Sebenarnya bukan header je .. tapi entri dia pon menarik ! Rajin blogger kita ni membuat kajian tersendiri .. Bagus bagus ! Baca la sendiri eh !
Isi khutbah hari ni , haramnya arak ..
Tiba-tiba teringat pepatah org yg jahil tapi berlagak pandai ..
" Minum arak ok lagi sebab tak jadi darah daging .. Makan babi jd darah daging .. Ok la kan ? " ..
Heh ..
Tudung Syria Corak yang baru. Hot Selling !!
Hanya RM27 sahaja (satu set inner dan outer). Hanya di http://www.asteriskboutique.com/
Ada lebih 200,00 blog di Malaysia ni .. Dan dari jumlah tu , berapa ramaikah yang aktif ? Tu belum kira yang dah bersawang mahupun dah tutup kedai .. Tapi , setiap hari juga ada saja blog blog baru dibuka. Menarik kan ? Macam satu kehidupan lak ..
Apakah kita kenal blog blog tersebut ? Ok , tolak tepi blog yang berbahasa selain bahasa melayu .. Ada berapa banyak ? Pergh.. Ramai siuttt… Dan dari jumlah tu , berapa ramai yang korang dah blogwalking ?
Hehe .. Aku percaya , skittt jer !! Kenapa ? Sbb bila aku dedahkan dengan blog blog yang genrenya berlainan , ada yang seolah hairan ? Macam tak percaya wujudnya blog tersebut sedangkan blog begitu dah berlambak di pasaran dan lama dah wujud pun ! Malangnya mereka tak didedahkan ..
Aku pernah wujudkan satu cara untuk berkenalan dengan blog blog yang berlainan genre melalui segmen malangnya ada yang kata aku amik kesempatan .. Hehe.. Maka , sekarang kita ‘bermain’ di taman perumahan sendiri je la .. Kita tak tau apa yang wujud di taman lain kecuali ada orang yang memberitahu.. kan ?
Selain dari tu, aku buat cara pertukaraan FEED atau RSS .. Kalau korang perhatikan , blog Mat Gebu dengan dunia masakan yang mana pembacanya pasti tergolong dari umur diatas 25 tahun ..
Lyssa Secret yang kaya dengan tutorial doodles , yang aku confirm pembacanya di bawah 23 tahun .. Blog Jiwa-Jiwa milik Angah yang penuh dengan bahasa puitis dan pembacanya terdiri dari mereka yg punya taman dalam hati .. Manakala Prince , blog yang berjaya memikat ramai anak dara dengan gayanya yang tersendiri ! Heheh ..
Jadi dengan cara tu , aku berjaya mempelbagaikan pembaca di blog aku dan juga mereka .. Dalam erti kata lain , aku wujudkan port pertukaran pembaca di sini secara tidak langsung . Ini akan berkekalan sekurang-kurangnya 2 tahun . Sambil itu aku perlu mantapkan lagi penulisan aku di dunia blog ini untuk memikat mereka yang ‘tersinggah’ di blog ini .
Itu strategi aku.. Mungkin akan ada yg fikir negatif.. Sekurang-kurangnya aku ada inisiatif untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dari dok menghabiskan masa mencari salah orang !
Kan kan ?
“ Mak , kita nak ke mana ni ? “
“ Oh .. kita ke kedai jap jer .. Mak nak beli kismis istimewa untuk kamu berdua .. Nak kasi otak kamu tu bijak ! Haaa.. Nanti senang la nak belajar .. Boleh dapat 9A dalam PMR ! Kan ? “
“ Wah .. bestnyaa .. Mak , nak tanya laa .. Kenapa bumi ni bulat yer ?? “
“ Iskh kamu ni .. tanya soalan merepek jer … “
Jeng jeng jeng … Jangan banyak tanya ! Ikut je apa yang dah diajar dari kecil hingga besar.. Anggukan saja walaupun kita punya otak yang pintar ! Jangan persoalkannya ..
Aku dapat jemputan dari Mydin semalam , malangnya tak dapat nak tunaikan sebab wife nak kena wat check up hari ni .. Jadi , sebagai balasan atas jemputan mereka tu , aku update sedikit la sebagai info buat mereka yang berada di Kulai Jaya dan berhampiran dengannya ..
MYDIN bakal melebarkan sayap perniagaannya melalui pembukaan pasar raya besar (hypermarket)yang ketujuh (7) di Kulai Utama, Kulai Johor yang akan bermula seawal jam 8.30pagi , yang juga merupakan pasar raya MYDIN yang pertama di Negeri Johor Darul Takzim.
AKTIVITI DAN PROGRAM
Pelbagai aktiviti dan program yang meriah bakal berlangsung selama 3 hari bermula dari (Jumaat), 23 Disember sehingga hari Ahad, 25 Disember 2011.
Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah :
Bagi yang berminat tu , boleh la pergi ke sana .. Nah.. amik alamat !
MYDIN Wholesale Hypermarket, Lot 1.18A, Kulai Hypermarket, Jalan Anggerik 8, Taman Kulai Utama, 81000 Kulai, Johor Darul Takzim
Selamat bershopping !!
Pernah dengar Syoknyerblogging.com ??
Tak penah tengok ? Ok ok.. Tak pe… Klik SINI .. Segala cerita ada kat situ ! Enjoy !!!