Jika si dia lafazkan CINTA , maka tanyalah dia , antara kekasih dan agamanya , yang manakah patut didahulukan ?
Jika si dia lafazkan RINDU , maka tanyalah dia , antara kekasih dan Al-Quran , mana satulah yang paling dia rindu ?
Jika si dia lafazkan PENGORBANAN , maka tanyalah dia , antara kerjaya dan solat , mana satulah yang dia sanggup berkorban ?
Jika dia tidak berkata apa apa , maka dekatilah dia dengan kalimah La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah … Sesungguhnya berCINTA kerana ALLAH itu lebih indah dari nafsu semata-mata.